Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Jauh di sudut hati.. Masih berharap..
Harapan itu masih ada.. kadang terhilang kadang termuncul, kadang melintasi ruang minda.. ternyata seperti wajah dan nama kau melintasi di hadapan mataku jua.

Tapi penafian yang dilakukan membuatkan aku seperti menipu diri aku sendiri.. dan menjadikan diri ini dilindungi segala macam hipokrasi.

Tapi kala ini, hipokrasi inilah yang dapat menjadi satu tiang untuk aku meneruskan kehidupan ini.. Biasalah tu kan.. Mulut kate tak mahu.. hati masih mahu mengikuti..
KG.com.. yang suka berdrama.. DRAMA QUEEN


Perlukah berdrama.. drama untuk mendapatkan publisiti murahan.. atau publisiti PERCUMA.. itulah kamu yang katanya KG.com.

Memang segalanya suka berdrama.. DRAMA SWASTA..

Pabila drama swasta bermula.. WARTA BERITA akan menyusul..

(Tarikh), (Hari) KUALA LUMPUR, Seorang mahasiswa dari sebuah kolej swasta berperang mulut serta anggota badan yang lain kerana kisah remeh temeh yang akan menggegarkan dunia keGAYBOIan ari ini.

Kata-kata pemangsa dan mangsa "Ni lah yang meks tak suka ni, si sundel dah amik laki meks, then kutuk belakang pula"

"Dah kamu tak pandai jaga laki, nak buat cam mana.. Dah lobos.. makan luar"

"Wah wah"

..................... (Berita bersambung)

Maka, dengan warta berita ini, tersebarlah ke pelusuk alam, cerita pondan bergaduh dengan pondan, mencari kebenaran..

Gedebuk, perang segala anggota badan bermula, dan bermulalah drama swasta percuma tontonan anak watan yang cetek serta tinggi fikirannya juga.. Yang cetek makin cetek fikirannya.. yang tinggi, harapnya tidak menjadi cetek lah kaedahnya.. Kalau ya.. hadow...

CITY.com, selalunya tidak melakukan drama di depan khayalak ramai, tetapi secara senyap.. then hilang dari muka bumi.. kerana apa? MALU....

KG.com, tak tahu malukah.. Tidak tahu bagaimana tafsirannya.. anda yang menentukan..

So.. apakah yang anda mahukan? menjadi KG.com or CITY.com?
Kisah si pemberi TIPS
Jangan tidak tahu ya.. Tips yang saya katakan hari ini bukanlah tips yang biasa itu.. Tapi ini TIPS yang selalunya diberikan oleh pelanggan yang merasakan perlunya diberikan sedikit 'sumbangan' atas layanan yang diberikan... Itu lah tips yang dikisahkan pada kali ini..

Yelah.. kan aku ini menjalankan tugas dengan ikhlas di Nando's One Utama, tips yang aku terima.. hrm.. tiadalah banyak.. tapi, tak de langsung pun tidak jua.. Kisah nya bermula di sini, pabila aku mulai menjaga di Seksyen 5, seksyen luar yang begitu sesak dengan pelanggan.. Selalunya, pelanggan yang kaedahnya, cam hanjeng lakunya..

Seperti biasa, aku senantiasa menjalankan tugas dengan penuh hemat..

"Bom dia sir, welcome to Nando's, My name is Reezwan, this is table no 55, are u ready to order?"

"Eh.. kamu ni Melayu ke Mat Saleh"

"Maaf Encik saya Melayu"

"Abis tu, dah tak reti cakap Melayu dah? Nak ikut sangat orang puteh tu"

Wah wah, agak bagus ya, mempertabatkan Melayu.. terkadang aku teringat kata Prof Dr Ibrahim, ketuanan Melayu perlu di jaga..

Aku pun mulai menjalankan tugas di meja 55 dengan bahasa ibunda aku.. tersangat bangga menjadi anak Melayu... hatiku berbunga...

Tapi lain pula ceritanya selepas segalanya selesai, urusan pembayaran dimulai..

"Adik, nah ambillah duit ni..service bagus"

Sepertinya polisinya tidak boleh mengambil sebarang duit tips secara serahan tangan... jika mahu memberi, tinggalkan saja dalam folder itu... bukan tidak mahu.. tapi itu aturannya.. jika terkena "Mistery Shopper" sah sah failed...

"Maaf Encik, saya tak leh terima, encik dah bayar untuk service charge.."

"Ambil je lah.. saya tak nak orang kata, orang Melayu ni kedekut, tak de duit, berkira"

WTF... hanya dalam hati.. itu saja yang mampu aku katakan.. ni kah cara orang yang bermula dengan "mim".. Inikah caranya untuk membangkitkan kemelayuan itu.. inikah caranya untuk memartabatkan melayu??

Bagi aku bukan ini caranya... caranya mudah, sopan santun, ikhlas dan sebagainya.. kamu jua pun boleh berfikir bukan?

"Tak pe Encik, terima kasih ya.. datang lagi" lalu aku berlalu kerana terlalu terkesima dengan jawapan itu... Ade jua orang melayu yang begini.. Hurm.. pelbagai orang yang aku temui sepanjang perjalanan hidup ini...

Tegas aku katakan, entri kali ini bukan untuk menjatuhkan bangsa "mim" ini tetapi memberikan kesedaran sivik kepada yang lain..bukan ini caranya untuk mempertabatkan Melayu.. bukan ini caranya...

Sekali lagi.. BUKAN INI CARANYA.. untuk bermegah-megah dan sebagainya..

p/s: Cara dan rupanya serta pakaiannya biasa saja.. hanya menunjukkan yang orang biasa pun bisa memberi tips...
Renungkan.. Pi mai pi mai, tang tu...
Ahli Fiqir - 2 x 5
Credit to Warner Music



kwek kwek kwek kwek kwek kwek
kwek kwek kwek kwek kwek kwek

kali bahagi tolak campur
hilanglah geli kerana geli

dua kali lima sepuluh
lima kali dua sepuluh
lapan campur dua sepuluh
dua campur lapan sepuluh

sama pandai sama bodoh
sama lawa sama hodoh
sama cerdik sama belok
sama tenpok sama bokok

hidup diam kududu
kunci mulut nanti dulu
sebelum kau berbicara
sebelum kau nak berkata

jeling dulu hujung rambut
hingga dah ke hujung hujung kuku kakimu

kurangkan lada
kurangkan pedasnya
kurangkan rempah
kurangkan panasnya
kurangkan lebah
kurangkan sengatnya
kurangkan cakap
kurangkan silapnya

baik membisu takut takut
mana tahu silap hari silap bulan
lambat laun silap tahun
kau menjadi

dua kali lima sepuluh
lima kali dua sepuluh
lapan campur dua sepuluh
dua campur lapan sepuluh

sama pandai sama bodoh
sama lawa sama hodoh
sama cerdik sama belok
sama tenpok sama bokok

kwek kwek kwek kwek kwek kwek

jangan cakap lepas
biar pandai beralas
ada ubi ada batas
ada hari kami balas

hinamu hanya bias
cecarmu cuma tempias
hari ini kami berkias
esok lusa kami mengganas

jangan suka jaga tepi kain orang lain
kain sendiri yang terlondeh
kata dulang paku serpih
kata orang dia yang lebih

ada orang suka menerima
tapi tidak suka menderma
ada orang suka menderma
tapi diharap dibalikkan semula

dua kali lima sepuluh
lima kali dua sepuluh
lapan campur dua sepuluh
dua campur lapan sepuluh

sama pandai sama bodoh
sama lawa sama hodoh
sama cerdik sama belok
sama tenpok sama bokok

kwek kwek kwek kwek kwek kwek

dua kali lima sepuluh
lima kali dua sepuluh
lapan campur dua sepuluh
dua campur lapan sepuluh

sama pandai sama bodoh
sama lawa sama hodoh
sama cerdik sama belok
sama tenpok sama bokok

kwek kwek kwek kwek kwek kwek
Astro dan Hujan.. Tiada Penyelesaian

Hanya kenangan... Aku memasang Astro di rumah baru ku di Damansara ini pabila baru saja beberapa bulan tinggal di rumah baru ini.. Bulan Disember aku kira.

Tetapi perasaan antara mahu dan tidak mahu itu sentiasa wujud ketika mahu memasang atau tidak..

Harga = Murah jua ya
Program = Banyak jua.. Akademi Fantasia dan sebagainya
Pemasangan = Eh.. esok dah leh pasang dan tengok.. wah pantas dan effisien nyer..
Bayaran mula = RM100 je untuk pemasangan
Bil = Kalau tak pakai tak payah bayar. Maksudnya.. kalau dah kene potong, bill berhenti (Tak macam streamyx, dah kene potong pun kene bayar jua.. duit haram chu ols).

Hanya satu.. hanya satu kelemahan yang aku akan menimbangkan sekali lagi mahu memasangnya atau tidak (aku dan keluarga)...

Aku telah dibidas oleh penjual Astro di Giant Kelana Jaya.. Situasi nya...aku telah di sapa oleh dia dan seperti biasa aku akan menjawab.. sorry tak de TV.. ahakz.. jawapan biasa.

Aku: Tak mau la, tak da bagus ini Astro.. mahal saja, banyak iklan
Penjual: Mana ada iklan, u pernah tengok itu HBO ka? mana ada iklan? Iklan bagus tau, kalau u nak pegi tandas ka, nak pergi buang air ka?
Aku: Banyak la... I nak bayar untuk tengok programme, bukan tengok iklan..

Pada masa itu mama aku pun tiba, mahu pulang bersama

Mama: Ish tak payahlah dik, abang... tak bagus. tengok la rumah kita cam mana? Hujan nanti susah, bukan hujan je, mendung pun dah takdapat tengok..

Jawapan penjual..

Penjual: Hayya, lu tak da baca itu berita ka? Kan Astro mahu pasang itu baru punya Satelit.. (Measat 3).. nanti hujan ka ribut ka tiada isssue.. Boleh tengok.

Wah wah, bagusnya Astro.. ok la. akan dipertimbangkan.. Tup tup masa aku balik kerja (Masa tu keje kat Parkson One Utama), dah di pasang sudah Astro itu.. wah bagusnya menonton.. dan pada masa yang sama, kami bersama menanti kehadiran MEASAT 3..

Tapi pada masa itu tahun 2005.. sekali lagi tahun 2005.. sekali lagi ya.. tahun 2005.

Mari kita besarkan sedikit font nya.. 2005...

Surat khabar perdana negara jua sibuk membincangkan isu ini, isu hujan dan Astro yang akan membawa satu era baru dalam dunia penyiaran.. Akhirnya tahun 2006, Measat 3 telah selamat dilancarkan dan kami sebagai rakyat Malaysia masih menunggu impaknya.

Kini, hanya beberapa hari kita akan melangkah ke tahun 2010, sekali lagi 2010.. 2010..

Dan sepertinya perubahan musim, perubahan monsun yang membawakan hujan sepanjang petang, dan di Damansara ini tidak terkecuali telah membuatkan aku kadang kala terfikir kenangan silam tentang tahun 2005 itu, tentang MEASAT3 dan ASTRO yang memakan duit haram dek kuasa tuhan memberikan hujan ke muka bumi ini.

Gaya penontonan akan terganggu dek hujan yang melanda kerana Signalnya tidak dapat menembusi hujan yang lebat itu... Jawapan pasti dan arif lagi hanjeng oleh Astro.. Aku ada jua cakap-cakap perkara ini dengan rakan-rakan. Ternyata jawapan yang aku terima memang pasti dan satunya.

"Mereka tu kan MONOPOLI, dia yang tentukan harga, dia yang tentukan perkhidmatan, nak rosakkah, nak baikkah.. tiada siapa yang peduli, tiada persaingan, dialah satunya.. Di naikkan harga setinggi alam jua, penonton akan melanggan.. kerana tiada pilihan lain"

Betul jua, konsep ekonomi itu.. So..sepertinya kita hanya menunggu satu persaingan yang hebat akan berlaku antara Astro dan pesaing nya... Seperti kombinasi di bawah

Maxis - Celcom - Digi - U Mobile - Tune Talk

Giant - Tesco - Carrefour - Econsave

Seperti kombinasi persaingan di atas, masing-masing akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pilihan pengguna..

Pernah dulu, MITV mula menembusi pasaran dengan TV Digitalnya tapi tidak dapat bertahan kerana masalah ekonomi dan keadaan kewangan.

Tidak apalah.. aku hanya mendengar cerita, sambungan internet pantas Malaysia mencecah 10mb persaat untuk penggunaan domestik akan tiba beberapa tahun akan datang.. Aku berharap sistem ini akan jua membawa masuk rangkaian TV berdasarkan internet kelajuan pantas di Malaysia dengan harga yang kompetatif seterusnya melumpuhkan rangkaian TV Satelit yang tidak mempunyai daya penghantaran signal yang bagus.. kerna terhalang dek hujan..

Tidak lupa ya, teknologi baru itu akan dibangunkan oleh TM, yang dinaungi oleh kerajaan.... besar. sangat besar syarikatnya.. Dulu ASTRO makan MITV.. tidak mungkin pula nanti TM akan makan ASTRO..

Kami sebagai rakyat Malaysia hanya menunggu... terpaksa menunggu dengan sabarnya..
Harapan by Fazli Zainal
Jom dengarkan lagu ini.. Walau dah lama jua ya lagu ni tapi ini menggambarkan cerita cintaku jua...




Harapan by Fazli Zainal

Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami

Tiada penyesalan kasih ku korbankan
Andai telah tertulis ku terima
Ini bukannya ku pinta
Pergilah dikau diiringi keikhlasanku
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan
Kenapa perlu datang dan pergi...
Kadang kala aku teringat bait-bait lagu.. Lagu yang sangat popular ketikanya aku masih hangat bercinta..

Cinta.. cerita tentang meninggalkan dan ditinggalkan.

Itu lah yang aku rasakan. Rasa lama berulang kembali tatkala aku gembira menjalani hidup yang penuh dengan pancaroba dan dugaan.. Aku tempuh dengan keberanian yang teguh. Tapi keberanian itu luntur sama sekali pada hari yang kau datang, datang untuk menyakiti hati ini..

Perlukah kau datang hanya untuk menyakiti hati ini atau kau rindu sama aku? Aku tahu kamu mahu jua meratapi pemergian diri ini dan segala macam gokyah dan kata dusta serta nista.. Aku tidak pernah percaya dengan kata-kata itu, kerana kamu yang meninggalkanku terkapai-kapai dalam kelemasan....

Tapi rasa pedih itu hilang sekejap cuma, hanya sekapan aku meratapi, nasib rakan seperjuangan memahami diri ini, sambil memberikan semangat.. tapi aku mahukan kamu yang memberi semangat kepadaku... bukan orang lain.. tapi kau telah pergi jauh dari diriku..

Teruskan perjuangan.. itu yang perlu aku lakukan... Chayok...
Cerita cerita tatkala bercuti kali ini...
Salam semuanya.. apa khabar..

Meriah bukan.. sudah lama jua tidak menyentuh pc serta blog ini, hanya kerna aku puas dan penat bekerja siang dan malam, tidak mengira pagi dan petang.. Lenguh segala yang ada di badan yang semestinya semakin hari semakin besar ini...

Ahakz.. yang pastinya, aku cuti ini hanya curah bakti di Nando's One Utama... hanya RM 4 sejam, boleh la kan.. hanya memperolehi lebih dan kurang RM 700 untuk bulan ini.. Shopping sakan la kan.. Apa lagi.. mari mulakan operasi, tatkala masuk saja nilai gaji itu ke dalam akaun nanti..

Cerita-cerita pabila memulakan cuti ya...

Mulanya aku hanya pulang ke rumah awal, dan libur sana libur sini, akhirnya terpaksa pulang.. ada jua hal yang masih belum aku settelkan..

Dan aku pulang ke bumi KL, diterusi ke Mid Valley, menonton wayang... itu saja acaranya pabila bermulanya cuti..

2012, boleh la.. tidak rugi saja RM 11...

Di lanjuti dengan lepak, tasik, dan sebagainya.. makan.. McD..

Owh ya.. lupa mahu di khabarkan.. pergi saja berjalannya dengan Teman Tapi Mesra.. Shuk, Panda, Padin dan Piyan.. bergambar seronok2 dan sebagainya ... ahakz.

Tanggal 19 Nov, aku memulakan tugas di Nando's One Utama.. sungguh penat hari pertama..

Sok sek sok sek, begitu begini.. cam tu cam ni, dah hari ni 13 Dec, hampir sebulan jua lah aku bekerja ya..

Tapi seronok pabila dapat saja hasilnya nanti.. RM 700 dalam genggaman.. Shoppin ya..
Kisahnya butang SHIFT di papan kekunci anda...

Lihat rajah di atas.. dan kenal pasti saja semua butang yang ada di papan kekunci anda ya.. Hari ini, aku dengan sungguh murah hati ingin memberikan tunjuk ajar kepada semua pengunjung... perihalnya butang SHIFT di papan kekunci.

Sebelum lebih melanjuti, kiranya diberikan pengenalannya...

Butang SHIFT terdapat 2 kuantiti di papan kekunci anda.. satu di sebelah kanan dan satu di sebelah kiri.. Pabila kita mengikuti konsep asal Keyboarding, penggunaan butang SHIFT hanyalah dengan menggunakan jari kelingking atau pickle (entah betul mungkin ejaannya).

Mari kita lihat penggunaan utamanya..

Butang SHIFT secara khasnya digunakan untuk memberikan huruf besar (Letter Case) pabila ingin menaip dokumen atau apa saja yang menggunakan papan kekunci..

Kenapa adanya huruf besar dan huruf kecil.. kenapa tidak boleh digunakan huruf besar kesemuanya dan huruf kecil kesemuanya.. Semua ini untuk membezakan situasi dan unsur tatabahasa.. (Sila rujuk pakar tatabahasa anda).

Contoh : Kuala Lumpur di taip dengan menggunakan huruf besar di pangkal setiap perkataan.. K dan L.. tidak di taip : kuala lumpur.. dalam segi tatabahasanya, kata nama khas perlu untuk menggunakan huruf besar di pangkal perkataannya.

Begitu lah kaedahnya..

Baiklah.. mari kita lihat gambar ini..




Ini merupakan satu blog dari artis terkenal.. yang menggunakan kesemuanya huruf besar (lettercase) dalam penulisan blognya...

Ada beberapa kemungkinan kenapa bisa saja jadi begitu..

  1. Guru taipnya dulu tidak sempat mengajar butang SHIFT lalu mati..
  2. Guru taipnya saja tidak mahu mengajar butang SHIFT dengan alasan SABOTAJ
  3. Guru taipnya hanya mengajar butang CAPS LOCK (nanti saja aku terangkan perihalnya)
  4. Penulis blog ini tidak mempunyai guru taip dan hanya belajar sendiri.
  5. Butang shift nya tetanggal atau mempunyai papan kekunci khas yang tidak mempunyai butang SHIFT
  6. Jari kelinking si penulis patah keduanya dan akhirnya tidak dapat menekan butang SHIFT
  7. Saja saja suka suka, cantik katanya, walaupun HODOH,BURUK, TIDAK BERTAMADUN, CHENGAP semuanya ada...
  8. dan akhirnya alasan terakhir... ADE AKU KESAH.. BLOG AKU.. aku punye hal lah...
(penggunaan huruf besar dalam entri kali ini kesemuanya menggunakan butang SHIFT)

Dan akhir sekali, marilah sama-sama menggunakan sebaiknya butang SHIFT yang telah dicipta untuk memudahkan entri dan dokumen anda mudah dibaca dan profesional serta mengikuti konsep asas tatabahasa..
Salam AidilAdha.. jua mengira hari jua detik
Mari sama-sama mengucapkan Salam Aidil Adha, segalanya tentang pergorbanan dan sama menuju ke arah kemenangan dan hindari kesirnaan...

Bagitulah.. gayanya pabila hari kemenangan itu tiba, perlu untuk mengucap syukur kerana masih berada di atas muka bumi ini yang penuh rahmat..

Benar ya kata-kata rakan sekeliling, setiap apa yang terjadi akan ada hikmah yang menyusul dan aku hanya menunggu hikmah itu datang atas dugaan demi dugaan yang aku tempuhi beberapa hari ini.

Apapun yang berlaku.. mari sama-sama mengira detik yang membuatkan semua warga UiTM terasa seperti mahu lari ke hujung dan kembali.. kerana keputusan peperiksaan akan keluar.. akan dipaparkan

Tarikh keramatnya 10 Disember 2009

Yang pasti.. hari ini 27 November.. esok 28, lusa 29 seterusnya... 30 hb.. Berakhirnya bulan November..

1 Disember menyusul.... dan sembilan hari kemudian...

Aku hanya mahu keputusan itu tidak keluar, tapi terkadang tidak sabar untuk menunggu dengan lebih lama...

Sabar ya...
Atas Nama CINTA
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Bila nanti sampai aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau

Atas nama cinta
Ku relakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Ku bersumpah atas nama cinta.....



Credit to: Melly Goeslow/Rossa
Kekecewaan kesinoniman kehidupanku 2
Akhirnya.. aku terpaksa kembali mengepos nada-nada sedih.. tidak lagi dengan nada-nada riang seperti selalu.. kerana pintu hatiku kini, hampir tertutup untuk menulis.. walau terkadang masih ada ruang kecil untuk aku menarikan jari jemari di atas papan kekunci.

Apa yang terjadi, sepertinya salah aku sendiri, kerana jari-jemari ini yang sungguh gatal menaip sesuatu, membuatkan harapan yang dibina begitu musnah dengan cepat sekali, tidak sempat untuk bernafas sedikitpun.. sudah mati..

Tapi apakan daya, takdir penentu segalanya. Aku sepertinya perlu redha dengan ketentuan ilahi kerana takdir itu yang perlu kita patuhi.. Takdir ini jualah yang menentukan bahawa: Engkau sesungguhnya untukku.. Tapi.. aku bukan untuk engkau...

Hakikatnya terpaksa aku terima, walau sudah berputik sejak mula lagi, tapi perlu aku menerima adanya.. kerna, jari-jemari inilah yang membawa petaka.. sekali air bah, sekali pantai berubah. sekali jari-jemari menari.. sekali jua perasaan berubah... Begitu mudah perasaan berubah..

Memang mudah.. dari cinta ke benci, dari sayang kepada benci, dari suka kepada benci...

Yang tidak mudah, dari benci kepada suka, dari benci kepada sayang, dari benci kepada cinta.. Memang sukar untuk mengubahnya.

Apapun.. jika ada kesempatan, mari bertemu lagi, mahu mohon maaf seadanya, halal makan minum dan terima kasih atas segalanya.. Sesungguhnya, tidak pernah sekali pun aku berubah hati, hanya untukmu seorang.. Kerana bagiku.. engkaulah pelengkap hidupku..

Jodoh.. datang lah engkau..
Kad Matriks UiTM Perak... Sungguh cantik dan UPDATED
Pada permulaannya, terima kasih jua diucapkan kepada Que kerana datang rumah, foya-foya bersama dan sponsor yang diberikan.. Tahniah.. ahakz..

Kadang terlihat kepada kad matriks yang dimiliki oleh Que yang kini melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam. OMG... kad nya sungguh buruk dan tidak berperikemanusiaan. Tidak ku sangka UiTM Shah Alam dapat menghasilkan kad yang sebegini rupa...


Aku dikhabarkan bahawa Melaka jua menggunakan kad yang sama, begitu jua Perlis.. dan beberapa cawangan lain.. Tapi sebenarnya aku lebih "menyukai" kad matriks dari UiTM Perak ini.. Sungguh updated... Kalau anda semua perasan.. ade CHIP di setiap logi UiTM itu.... AHAKZ>>>>


Aku rasa, semua cawangan perlu menukar kad matriks yang canggih seperti UiTM Perak ini, Chip yang berteknologi tinggi dan tidak luntur walau terkena panas dan hujan.. Semuanya sangat baik dan menggunakan bahan yang diimport..

Syabas UiTM Perak...

Fikirkan..
Manusia memerlukan waktu seminit untuk mentafsir diri seseorang,
Sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang
Tetapi manusia memelukan waktu seumur hidup untuk merlupakan seseorang....
Pukilawati Ayammor.....
Hanjeng.. aku terpaksa menerjah ke bumi Seri Iskandar sekali lagi.. sekali lagi.. walau aku hanya mahu melupakan fikiranku sementara waktu.. tapi... perlunya sekali lagi.. sekali lagi ku bilang SEKALI LAGI..

Bosan sungguh dalam perjalanan yang membosankan... Bosan melihat muka-muka kuyu mereka membuatkan aku tertidur di dalam bus lantas membuatkan aku pening seketika.. Bangun-bangun.. Eh.. Sudah sampai rupanya.

Kenapa saja aku pulang ke Bumi Seri Iskandar ini.. ini hanyalah kerana barang-barangku masih ada yang tidak diletakkan dalam stor, hanya bergelimpangan di dalam bilik yang tidak berpenghuni.

Hanya satu perkataan yang aku bisa lafazkan.. PUKILAWATI...

Apa pun yang terjadi, aku kini telah pun berpijak di bumi Seri Iskandar.. dan akan pulang semua, mengembalikan ingatan yang asal.. TANPA UiTM... tanpa...

p/s: Seri Iskandar, Bandar Lindungan Neraka....
Senang sama-sama.., Susah masing-masing
Itulah lumrah manusia.. kepada sekelian ummat manusia juga lahinilah alaminya.. Pabila senang, ditumpang kesenangan itu, dan pabila susah, hilang untuk mencari kesenangan orang lain pula.

Dari kanak-kanak hingga dewasa, semua berpakat untuk meneruskan legasi etika yang tidak bermoral itu dengan alasan, semua melakukan kerjaan yang sama saja.. baik aku, baik engkau, baik kalian.

Satu lagi kaedah lumrah manusia: Senang hilang, susah cari.

Itu juga satu lumrah manusia yang azalinya ada pada sekalian ummah.. kenapa ya..ada perasaan begitu.. kerana manusia ini lahirnya dengan perasaan ingin senang, apapun ingin senang.. Siapa yang mahu susah.. Tiada siapa.. maka lahirlah satu kaedah yang sekarang ini menjadi trend manusia kota raya, mahupun di desa..

Begitulah cerita dan kisah sekalian ummat manusia yang sering diselubungi oleh perasaan hasad dan dengki yang meluak-luak..

Begitulah....
Ada apa dengan barangan TESCO

Pabila aku ke tesco.. aku akan menjadi konsumer yang paling bijak dalam memilih untuk membeli barangan yang terdapat di sana..

TESCO juga adalah pilihan pertama keluarga kami dan seterusnya adalah GIANT dan seterusnya jua pasar mini di bawah rumah ini.. Bawah RUMAH?? ahakz.

Dan semestinya aku sentiasa untuk membandingkan harga barang dengan GIANT, yang mana lebih murah dan yang mana lebih berkualiti. Tapi, apakan daya, kebanyakan harga kesemuanya dimenangi oleh TESCO. yang sentiasa lebih murah aku kira.

Apa pun hari ini, aku akan mempromosikan barangan berjenama tesco.. Tecso Choice dan Tesco Value.

Sepertinya.. aku memang akan memilih Tesco Choice dari Tesco Value kerana Tesco Choice lebih berkualiti setanding jenama terkemuka negara.. Mari kita lihat.. apa perbezaannya ya..


Tesco Value merupakan barang keperluan asas dengan harga terendah di pasaran.. Selalunya harga Tesco memang lebih murah dari Giant dan pasaraya lain yang mempunyai Brand sendiri seperti Carrefour dan sebagainya.

Selalunya aku akan menggunakan barangan dari range ini seperti minyak, gula, garam, tepung, tepung jagung dan sewaktu dengannya.

Kualiti barangan asas ini hampir sama dengan barangan asas dengan jenama lain.. contohnya.. Tepung cap Tesco dengan Tepung cap Sauh, ape perbezaannya? Hargannya saja..

Contoh lain, Gula cap tesco dengan gula cap CSR.. ape pula beza nya.. Betulkan?

Tapi.. barangan lain yang dikeluarkan dengan jenama Tesco Value seperti nuget, hotdog, barangan masakan yang lain, aku lebih gemar dengan jenama Tesco Choice.. kerana kualitinya lebih baik dan setanding kualiti jenama terkemuka..


Barangan dari rangkaian Tesco Choice merupakan barang pengganti kepada jenama lain yang mempunyai kualiti hampir sama dengan jenama terkemuka.

Contoh barangan, chocomalt (Milo), nugget (ayamas, ayamadu dan sebagainya), hotdog (ramli), dan pelbagai lagi barangan dari barang masakan serta barang keperluan rumah.. Segalanya ada.. tanpa syak wasangka..

Kebanyakkan barang harian di rumah aku ini menggunakan jenama tesco Choice, dari nugget, hotdog, pencuci lantai, pencuci tandas, sabun mandi.. (shampoo tidak ya).

Anda boleh cuba gunakan dan rasa sendiri kehebatan kualitinya... Memang setanding dengan jenama lain.

Tapi, ada juga barangan yang tidak menepati citarasa aku sendiri seperti barang masakan, such as kicap, sos dan sebagainya.. aku lebih senang menggunakan trusted brand aku sendiri..

Seterusnya..



Rangkaian Tesco Finest pula adalah rangkaian barangan import yang diimport khas oleh tesco. Barangan import ini harganya lebih murah (murah sedikit) dari harga barangan import berjenama antarabangsa.

Barangan yang aku beli di bawah rangkaian ini adalah minyak zaitun, spegethi dan barangan import lain kalau ada yang berkenan mahu membeli..

Semestinya, rangkaian ini dapat menggantikan jenama antarabangsa yang agak mahal harganya berbanding dengan harga tesco.. Murah sedikit, walau sedikit, dapat menjimatkan poket anda.

So.. apa lagi, marilah kita sama-sama menggunakan barangan tesco ini..kerana harganya lebih murah dan berpatutan, setanding dengan jenama terkemuka..

TESCO.. untuk anda dan keluarga... for you and your family..
Streamyx Vs Wireless Broadband
Mungkin ramai jua yang sudah melihat iklan-iklan bodoh dari penyedia perkhidmatan internet tempatan yang berbunyi : JOM POTONG..

Segalanya potong.. dari awal hingga akhir jua potong dan lagu-lagunya juga potong.. Apa yang perlu di potong sebenarnya.. Talian internet yang kamu guna sekarang perlulah dipotong dan mari bersama P1 Wimax.. Penyedia modem sebesar batu bata khas untuk membaling anjing untuk keselamatan diri (credit to LeoSabri.co.cc).

Tapi apakan daya... aku tidak sama sekali menggunakan perkhidmatan potong yang disediakan oleh P1 Wimax itu.. kerana apa?

Perlukah aku memotongnya?

Untuk aku... Streamyx atau Wireless Broadband (Wimax, HSDPA, UMTS, EdGE, dan sebagainya dari pelbagai penyedia perkhidmatan)?

Aku lebih menyukai streamyx... Kerna apa?

Kelebihan...
  1. Taliannya sangat stabil dan kelajuannya konsisten
  2. Harganya juga agak berpatutan
  3. Tiada Polisi Penggunaan Adil (Fair Usage Policy) - iaitu kouta penggunaan bagi setiap bulan.
  4. Sesuai untuk streaming video dan upload video dan audio..
  5. Sesuai juga untuk penggunaan berat seperti mendownload muvie dan sebagainya.
  6. Internet juga boleh dikongsi dengan mudah.. (Ramai boleh menggunakan)
Kekurangan

  1. Tidak mobil. maksudnya hanya berada di sesuatu tempat.
  2. Terpaksa mengambil talian telefon dan membayar sewa setiap bulan.
  3. Modem yang besar.
Mari kita lihat.. apa saja kelebihan dan kekurangan untuk wireless broadband

Kelebihan
  1. Mobil.. boleh digunakan ke mana saja
  2. Modem yang kecil
  3. Tidak memerlukan talian telefon kediaman
  4. Harga juga berpatutan
Kekurangan

  1. Polisi Penggunaan Adil (Fair Usage Policy) - iaitu kouta penggunaan bagi setiap bulan. (Maxis - 3gb, Celcom 5gb, P1Wimax dan DiGi 10gb bagi setiap bulan.
  2. Tidak boleh dikongsi jika tiada alatan yang sesuai. (Alatan modem dan sebagainya agak mahal dipasaran)
Kelemahan yang utama yang aku kenal pasti bagi pengendali perkhidmatan internet tanpa wayar ialah Polisi Penggunaan Adil (Fair Usage Policy) - iaitu kouta penggunaan bagi setiap bulan. (Maxis - 3gb, Celcom 5gb, P1Wimax dan DiGi 10gb bagi setiap bulan...

Apa yang berlaku bahawa anda hanya dibenarkan untuk memuat turun data berdasarkan kouta yang dibenarkan sahaja.. Jika sudah melebihi kouta, kelajuan akan menurun dan sukar untuk melayari internet..

Polisi ini juga tidak sesuai kepada pengguna yang mempunyai penggunaan berat kerana tidak dapat mendownload sebanyak mana yang mungkin.. tidak seperti streamyx yang membenarkan perkhidmatannya diguna sepanjang masa dan bila-bila masa.

Apapun.. bila dilihat kepada pro dan kontra. sebenarnya sama berat antara keduanya tanpa syak wasangka..

Jadi.. apa yang lakukan.. perlunya aku memiliki keduanya.. Streamyx dan Wireless Broadband..

Streamyx letakkan saja dirumah.. dan semestinya sukar mahu diskoneksi..

Dan wireless broadband, letakkan didalam bag, bersama laptop baruku ini...



KL.. here i come..
Yeay.. akhirnya aku akan menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada hari esok.. dan terus ke Club malam.. ahakz.. sudah lama juga tidak menjejakkan kaki ke sana ya.

Mari berseronok. walaupun ada satu paper lagi yang tinggal, hanya paper software.. petik jari saja chu ols.

Yang penting, mari seronok2.

Jumpa di la queen ya..
Kemaluan keterserlahan.. Tidak sama sekali
Antara sedar atau tidak, sudah 2 semester aku membuat kerja amal ala-ala OPKIM Perdana di Shera International. Setiap kali peperiksaan akhir, aku akan bertandang ke Shera International untuk melakukan kerja amal yang terdiri daripada menyediakan makanan dan sebagainya.. Hanya tolong sedikit-sedikit saja.. Tiada kerja berat pun...

Selalunya aku akan menghabiskan masa kira-kira 1 jam di kedai Shera.. untuk membantunya apa yang patut..

Persoalanya. ada yang bertanya.. TIDAK MALU KAH..

Malu kenapa saja?

Ada jua yang mengumpat.. "Hei, Chepon/Wanie/Wan Nonok dan miskin, die tak de duit sampai sanggup keje kedai Shera.."

Boleh tak begitu.. apa saja yang berlaku, aku hanya doakan saja kesejahteraan beliau..

Bagi aku, aku hanya mahu membuat amal di kala final xm. Semoga Shera serta Wan sekeluarga mendoakan aku dalam Final XM nanti ya..

Kepada yang mengumpat, silakan saja terus saja mengumpat.. bukan aku yang rugi dan ADA AKU KESAH... Yang patutnya malu, buat kerja jahat.. bukan buat kerja yang baik perlu di malukan.

Betul kan?

P/s: Aku sememangnya tidak ada perasaan malu, mahupun jahat atau baik.. ahakz,.

Note: ADE ORANG TENGAH MARAH.. takut la kiter..
UZEY dan GAY.. satu persoalan
Mari kita lihat bersama.. mungkin segala GAY dapat merasakan sesuatu.. Mungkin ya mungkin tidak ya.. tapi apapun, mari kita lihat dan perhati gambar ini...







Hurm.. ada potensi bukan.

Bagaimana mahu menghubungi... caranya telefon saja... 013-44*8*0*.. teka saja number yang bertanda * itu..

Myspace? Kejap ya.. Masih mencari..

Akhirnya sudah jumpa... http://www.myspace.com/uzey_sukepelangi

Selamat berjaya ya.. semoga mendapat jodoh kepada semua GAY diluar sana..

p/s: CheponCHANTIQUE.. kini mak hayam rupanya
Kalau sudah mulai, teruskan hingga akhirnya
Itu satu pepatah yang aku biasa dengar dan aku menjadikan ia sebagai satu pedoman hidup ini.. Tapi sekali pun aku tidak menepatinya malah melanggarinya.

Percuma saja kiranya aku melanggar prinsip itu.. kerana aku tidak lagi tahan untuk meneruskannya kala kehidupanku kini didesak oleh pelbagai acara dan dilema yang tidak tidak dapat sama sekali mengelakkannya.

Caranya jua berbeda kini dan harusnya aku mengikut rentaknya, dan akhirnya aku bosan dan enggan mengikut, menurut dan sebagainya.. Terkadang aku terasa bosan dengan penghidupan ini tapi apapun yang terjadi, aku harus teruskan.

Maaflah kerana menghentikan sandiwara yang selama ini menyekat kemahuan sebenar, dan akhirnya, kemahuan sebenar dapat jua terserlah, selepas aku menghentikan satu persatu drama-drama yang untuk tayangan umum.

Tapi apapun yang terjadi, harus saja aku cuba lakukan yang terbaik untuk mengakhirinya, sejak aku mulainya. Saja untuk melengkapkan penghidupan itu..

Aku akan lakukan... Berdoalah..
Berselindung di sebalik kebenaran...
"Berlindung di sebalik wajah selamba"

Itulah bait-bait kata yang dilaungkan oleh ELYANA dalam lagunya.. Kau atau Aku (Main Tarik Tali)..

Apa yang aku ceritakan hanya berdasarkan perasaan yang penuh kemusykilan dan seterusnya membawa kepada tarian jari-jari menghentam papan kekunci dan menaip post pada kali ini.

Perlukah kita tidak menjadi diri sendiri dalam kehidupan seharian seolah-olah kami yang melihat tidak mempunyai mata yang cukup jelas untuk menilai, yang mana Amy Mastura dan yang mana Amy Search..

Perlu pula statement maut yang secara tiba-tiba mengalami perubahan drastik, yang membuatkan orang tertanya-tanya apakah yang berlaku.. Apakah dengan kuasa tuhan?

Apa yang pasti, di hadapan: Di landasan yang benar, Di belakang: Kerjaan mencalat masih lagi dilakukan.. Tidak perlu itu semua. Mungkin kamu rasa, dengan perubahan yang drastik yang kamu tonjolkan, akan dapat mempengaruhi mata-mata kami..

Kita seharusnya berbangga apa yang telah diberikan oleh tuhan kepada kita. Jika ada yang melemparkan kata yang pedas lagi merengsakan, biarkan saja.. asalkan kita dapat hidup dengan perasaan yang tenang setiap masa.. Bukan dibelenggu perasaan yang tidak tenang... dilema dan sebagainya.

Tidak perlu berlakon, hanya untuk menyembunyikan identiti sebenar. Dan seperti aku katakan, lakonan kamu serta lakonan pelakon tambahan, tidak kira yang masih bayi atau ibu bayi tersebut dan bapa bayi itu, tidak langsung memberikan impak yang baik.. malahan orang ramai masih tertanya-tanya.. Eh.. bila saja kembali ke jalan yang benar.. Semalam kerjanya jahat saja. hari ini sudah kembali ke atas landasan....

Itu hanya kehidupan kamu.. kamu yang inginkan kehidupan yang penuh dilimpahi dilema yang kamu sendiri ciptakan.. Makanya, kamu sudah terlanjur membuat aksi dalam drama kamu.. teruskan saja berlakonnya.. untuk memberikan impak yang terbaik buat diri kamu...
Tak sabar mahu Konvo.. walau ada 1 tahun lagi...
Semalam, aku berjalan-jalan di Uptown dan akhirnya singgah di Kedai Makan serba boleh, Shera Internasional...AHAKZ.

Aku terkesima melihat satu buku tebal, yang berlatar purple itu, dan terus-terusan menarik hatiku untuk meminjamnya. Tajuknya "Istiadat Konvokesyen UiTM ke-71"

Wah.. tidak sabar rasanya mahu melangkah untuk mengambil skrol diploma aku nanti.. tapi perkataan "Penerima Anugerah Naib Canselor" tidak dapat kedengaran pabila MC menyebut namaku kelak..

Semangat konvo itu membuak-buak dan akhirnya aku membuka satu persatu laman yang ada menunjukkan video konvo seluruh Malaysia, perasaanku masih berkecamuk.. apa pun, itu menjadi satu suntikan semangat untuk membuat yang terbaik dalam final exam kali ini dalam usaha menaikkan CGPA itu nanti..

Ok la.. dalam keluaran kali ini, mari sama-sama menghayati lagu ini.. Lagu syahdu konvo..UiTM Di Hatiku..


Survey.. mari sama-sama mengadaptasikan KEJUJURAN
Ahakz.. apakah ini ya.... Soalan2 menarik yang di tagged dari Syida (www.syidamumue.blogspot.com) membuatkan aku rasa perlu mengadaptasikan kejujuran itu. Mari sama-sama saksikan ya.

How many surveys do you typically do in a day?
Survey.. apakah itu.. pertama kali mungkin..

Have you ever been to a concert?
Sekali saja... Konsert Jomheboh tahun 2003

Are you talking to anyone right now?
Erm.. waktu pagi la sekarang.. semua dah tedo.

If so, how do you feel about them?
tiada sapa-sapa yang perlu diperkatakan.. ahakz

Do you know anyone who skateboards?
Sketbords.. apakah itu.. tidak mengatahui dan langsung tidak mahu mengetahui... Skateboards?? You r so.. OUTDATED

What's your plans for tomorrow?
Esok erk.. nak study ECO la kot.. pegi library.. b4 that.. wish GOODLUCK for my love..

How do you feel about today?
Erm.. perasaan.. biasa saja.. HAPPY always..

Do you keep a journal/diary?
Diary.. erm.. blog je la.. semua pasal diriku di sini.. no rahsia2..

How often do you actually check your myspace/facebook?
Pabila saatnya mendapat talian internet jalur lebar pantas

Do you ever sing when you're alone?
Of coz.. selalu saja.. kalau tidak alone pun.. nyanyi saja ya

How often are you on Youtube?
Urm.. selalu jua ya.. hari ini melawat Cindai Mandarin.. best bangat

What's something that you like, that no one would think you'd like?
Suka apa ya.. segalanya pun suka.. yang kamu tak suka itu lah yang aku suka.. guest what.. UZEY ada jawapannya...

What does your best friend think of your crush/signifigant other?
Erm. LAYAKLAH MUKE KAU.. ahakz..

Do you type correctly?
erm.. Accuracy tu penting ya.. 3 markah akan ditolak setiap kesalahan

What's the stupidest song you've listened to today?
Hurm.. what da stupid song? Hurm.. tak de la ari ni..

How often do you shower/bathe?
bila balik Uptown, then peluh2 n bau masam.. saat itu lah aku akan mengambil tuala..

Who's the last person you texted?
Haris

Who's the last person to text you?
Haris

Are you listening to music, currently?
Tidak, kerna menghormati orang tido..

How do you feel about the song?
eee.. adakah kamu tidak memahami bahasa ibunda?

Did you wash your face this morning?
Nope.. terus pegi mandi..

Who is your closest friend?
Erm.. name die.. AIZZATUL IZZAH ADNAN.. kat Kolej Komuniti skrang...

Do you like the movie Juno?
Apakah cerita itu..tidak mengetahui langsung...

What's the strangest thing you've done this week?
erm.. pegi library kot.. kalau tak exam. tak jejak kaki ke library..

Why'd you do it?
Nak amik aura study dari mereka yang dapat DEKAN.. apakah

What time is it?
05:20

What will you do after this?
Erm.. turun 1st floor.. shooting MHI dengan shuk.. kalau die dah bangun la kan ... anta broadband. kalau die tak bangun lagi.. naik atas, then tido..

What are you doing currently?
Menaip jawapan sambil memikirkannya

Is everything really beautiful?
Yup.. segalanya cantik ciptaan tuhan...

What's the last text you sent say?
Nak tau jugak ker... >Haris = Nite, i tengah study ni

What do you see outside your window, right now?
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur..

What's your favorite song/band?
Song.. banyak kot.. band? Apa ya.. tiada yang spesifik

Can you sing well?
Sing well.. only for certain tyme.. such as mase berangan KOIR lagu UiTM Di Hatiku..

Are you happy with your life?
Of coz..

When was the last time you screamed at the top of your lungs?
Erm... mase part 3.. bergaduh dalam telefon... Safuan, Ayip menjadi saksi..

Did you know that the Lizard King can do anything?
Ha.. apakah itu Lizard King

Do you have any siblings?
Of coz.. 4 of them

Why are you taking this survey?
Entah.. cam menarik je tengok kat blog syida ni..

What do you see when you look to your right?
The almari, katil and BOB

Is there a fan in the room you're in?
Of coz la.. wajib ada kerna Seri Iskandar, Bandar Lindungan Neraka

When was the last time you went to the mall?
Mall? Erm.. tak ingat la.. mase raya kot.. AEON AU2 Setiawangsa..

Do you have any pets?
Tidak sama sekali...

Have you ever said something you wish you could take back, now?
Ada la..

Do you honestly think before you speak?
Erm.. masa presentation saja..

Who means the most to you, really?
My mother.. mama ku pulang dari kota.. mamaku belikan kereta..

What's confusing you currently, if anything?
X or Y or Z... please let me choose one..

Do you wish someone would call/text you right now?
Nope. coz tak de kredit yang banyak untuk menjawab

What are you waiting for?
Morning... to wish GOODLUCK to my LOVE

What were you doing this time, yesterday?
hanya menyemak FACEBOOK, myspace, study dan sebagainya. makan tidak pernah lupa

When was the last time you were truely happy?
Happy sangat2? Kelmarin kot.. mase tengok gambar Ms. Leong makeover.. MALATOP

What was your worst subject in school, last year?
BEL la kot. dapat B jew...

Do you think that you'll always love who you love now?
Cintai dia yang mencintaiku...

Do you ever use the word 'Whom'?
To Whom it may concern...

Do you use it correctly?
Mestila.. nak taip surat kene betol2 , tapi tol ke yang kat atas tu ...

What was the last thing you ate?
erm. Rambutan, curik dekat kedai Shera International, dengan roti sardin..yab belanja.. sedap..

If you could fly, where would you fly?
fly? pegi fakulti yang jauh giler kalau kalau fac baru tu jadi milik OM.

Do you ever sing in the shower?
Selalu jew... best.

list 5 person dat u wanna tag ;
Kalau sape2 yang rajen, buat la.. tapi selepas buat yang ni.. rasenya cam tak rajen nak buat lagi.. sebab soklan die banyak sangat

ngeee:D
sigh...
Perihal mahu repeat.. repeat la sorang2..
Kala aku bersembang di Uptown tadi siang, bersama rakan foya ku yang tercinta, aku didatangi oleh orang yang sangat dikenali.. iaitu A***... ahakz.

Drama swasta yang berlaku di bengkel fesyen tadi membuatkan aku ternganga dan terkesima keseorangan.. dan aku terfikir.. apakah yang kamu rasakan, jika markah kamu kurang dan sedikit, jangan saja kamu libatkan orang lain..

Akhirnya penceritaan itu menjadi hangat dan tersebar luas dengan jayanya, dengan bantuan makcik-makcik cleaner untuk menyebarkan cerita perihal yang tidak munasabah ini.

Yang peliknya, Pn A***** pun tidak terlalu yakin dengan keputusan yang dibuat, yang hanya akan membebankan jabatan. Hanya untuk menegakkkan profesionalisme, tapi yang menjadi mangsa, adalah pelajarnya, yang mendapat puas, si lahanat yang kene belasah separuh maut di AD.

Hurm.. ini lah yang terjadi, di kala mahu mencantikkan nama dan melempiaskan kemarahan, hakikatnya, kamu memang tiada ertinya lagi untuk lulus, dan harus kamu saja terima bahawa kamu tidak akan lulus dan ini doa ku pada mu kerana telah menganiaya kawanku itu..

p/s: Jangan jadi orang besar-besar, sukar menjaga nama dan statusnya nanti...
Sudah 2 tahun aku di sini rupanya...
UiTM.. sudah 2 tahun aku di sini.. masih teringat kala MMS..

"Jangan ada gap.. rapat lagi.. jalan tu pegang tangan"... Apakah? Kene pegang tangan.. Gay? Memang pun.. ahakz.. dan tentunya tangan yang pertama aku pegang jua memang sedia ada gay.. ahakz.

Tidak perlu dipertikaikan siapa yang gay.. siapa yang tidak.. dan tentu apa indikatornya untuk menjadikan semua orang gay itu, tidak perlu diperkatakan dengan secara serius.. yang penting kita semua pelajar UiTM.

Apa yang perlu aku ceritakan disini. hanya kenangan aku semasa berada di sini..

Semester 1
Hanya bongok2 belaka.. tapi kekal aktif. Hanya bertemu dengan Q, dan berbaik-baik seterusnya di angkat menjadi Ahli MPP.. wah.. Semester 1 sudah menjadi MPP.. ini sudah baik ya.. Aku jua menjadi penulis tetap untuk Tinta Jumaat.. Meriah bukan.

Kemuncak untuk semester 1, aku menghadiri Konvensyen Pemimpin Mahasiswa, di Shah Alam.. berjumpa dengan abang-abang senior.. dan sekali lagi, kemeriahan melanda, aku diangkat pula menjadi antara 20 orang yang terpilih memasuki board meeting..

Semester 2
Semuanya berjalan dengan lancar dan tentunya di semester 2 aku telah bergaduh dengan Pengarah Kampus.. APAKAH.. sekali lagi... PENGARAH KAMPUS, dah tentunya aku bergaduh dengan anak angkatnya.. apa nak di kata.. Bergaduh jua dengan PM Fisal, pasal "PPUG" itu.. Belum kira bergaduh dengan UMI kaunseling.. Wah wah.. aku bergaduh dengan semua orang..

Last-last, aku di banned. BAGUS.

Semester 3
Seperti biasa, hidup sebagai sesorang yang dibanned memang sukar pada mulanya.. tapi pengurusan atasan tidak dapat membuat apa-apa selain tidak mengusik aku.. pasal isu saman-menyaman itulah.. takut jua kan.

Aku bergaduh dengan F****, dan tentunya ramai yang menyokong aku kerana aku antara yang terhormat.. Chewah.. yelah, mana tidaknya.. semua yang menyokong aku semuanya orang-orang F**** dulu.. (Ops, maaf, pecah lobang chu ols)

Mase ni lah jua kenal dengan Khaled, Chip, Shuk, Aiman, Yab, Haqem dan semuanya.. Mase tu tak kenal lagi Uzey (die sebelah aku mase aku buat post ni- merembes tahap dewa, basah satu bilik khaled)..Diorang memang best, best sangat.

Semester 4
Mase yang ditunggu-tunggu telah tiba, EVENT AKU.. Malam Sireh Pulang ke Gagang menjadi realiti. Memang mendapat feedback yang bagus.. Alhamdulillah.. Ok la. mase ni la aku kenal Uzey.. (die nak juga name die ade..).

Hurm.. akhirnya, telah sampai final exam.. 2 paper je chu ols.. dan akhirnya aku akan melangkah ke part 5, yeay SENIOR... ahakz. Leh bawak kereta.. leh la kot, (tapi tak de lesen)..

Ok la.. nanti saja aku ceritakan selebihnya.. hanya mahu tidur sekarang.. nak tido peluk Uzey. saja bagi bini die mengamuk..

p/s: *h**, Ha***, Ha*** jangan jeles erk..
Jangan pergi t... rakan foyaku...
Aku takut kehilanganmu... tatkala aku sendiri menghadapi diri ini.. Aduh.. sungguh payah ya.. untuk menjalani kehidupan yang penuh onak duri..

Aku berharap.. kamu tidak akan pergi.. kamu tidak akan hilang, kamu tidak akan lari.. lari dari diri ini.. untuk meneruskan kehidupanmu tanpa aku..

Benar.. aku hanya dapat hidup dengan sokongan dirimu wahai rakan foyaku..

Apa pun yang terjadi, kamulah yang rakan foyaku yang abadi.

Selamat hari lahir.. rakan foyaku..
Penilaian Pengurusan Atasan UiTM Perak
Aku menelefon Emma, bagaimana kiranya kita harus pergi ke Unit Pengurusan Kualiti, untuk menilai para pengurusan atasan.. Mereka memang perlu di nilai tahap prestasi mereka.. Tidak staf biasa saja.. itu lah indikator untuk mereka.. dan apa bila keputusan keluar nanti, maka mereka akan tahu, bahawa langit itu tinggi atau rendah.

Ajegila, aku bilang sama sekali, dan itu lah yang benar sekali, mereka patut dinilai dan salah seorang yang menilai, itu lah aku.. ahli OMSA yang berjaya.. berjaya kah.

Apa pun yang terjadi.. aku harus jujur dan telus untuk menilai mereka yang terlibat.. Mereka yang terlibat dalam penilaian itu... adalah

1. Pengarah Kampus
2. Timbalan Pengarah Kampus HEA
3. Timbalan Pengarah Kampus HEP
4. Timbalan Pengarah Kampus PJI
5. Timbalan Pendaftar
6. Timbalan Ketua Pustakawan
7. Timbalan Bendahari

Dan.. aku rasa jua.. kalian jua akan tahu markah- markah yang aku berikan kepada mereka bukan?.. Yang patut menerima markah yang baik, akan menerima markah yang baik... Yang buruk perlu lah mendapat yang buruk.. Takkan madu di balas dengan Tuba.. takkan tuba di balas dengan madu..

Dari senarai yang diberikan.. tentu saja ada 2 atau tiga orang yang tidak akan mendapat markah yang tinggi kerana tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menjalankan tugas. Hanya pabila menteri datang saja, buat kerja.. maka.. tersungkur lah nanti..

Dan secara jujurnya, aku hanya memberikan markah yang agak cemerlang kepada Timbalan Bendahari, yang aku kira memang menjalankan tugas yang cemerlang selama aku berada di UiTM Perak ini... Tahniah.

Yang selainnya.. Hrm.. Timbalan Pengarah? Pengarah Kampus? Hrm.. perlukah memberitahu.. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula..

Untuk kepastiannya.. tunggu saja keputusannya..
Antara 2... masih perlu memilih
Aku kali ini perlu untuk memilih.. antara 2 yang perlu ku pilih.. kenapa 2? Bukan 3 dan bukan 1 dan bukan selainnya..

Hanya 2 saja yang mampu membuatkan aku bahagia.. Tapi bagaimana pula jika aku mahu pilih selain dari keduanya.. kerana ianya membuatkan aku lebih berasa bahagia, tanpa dibahagiakan.. Bahagia yang datang secara automatis.. tanpa ada pendorong ke arah untuk kebahagiaan dan ketenangan..

Tapi..untuk keduanya ini.. aku pula perlu bersusah payah untuk memupuk perasaan itu, tapi keduanya memang mempunyai kualiti yang baik dan yang buruk, hanya kerana mereka seorang manusia... tidak lepas dari kebaikan dan kesalahan..

Malangnya, orang yang aku cintai itu tidak tersenarai dalam keduanya.. Bagaimana kiranya aku memilih? Untuk menolak keduanya? Lebih menyesakkan minda.. Untuk melupakan yang selainnya.. tidak mungkin buat sekarang waktu, kerana aku sentiasa mahu disampingnya.. perlu ada disisinya.. untuk kebahagiaan itu yang datang dengan sendirinya.

Tapi persoalannya.. bagaimana dengan keduanya.. mahu mereka bergantung tidak bertali.. aku jua sekrang ini seperti tergantung tidak bertali.. tapi aku senang dengan semua itu, walau digantung tidak bertali, walau cinta bertepuk sebelah tangan.. aku sentiasa mahu.. mahu untuk melihat dan terus bermimpi..

Bermimpi untuk bersamanya..

p/s: Safuan.. tolong..
Ekonomi... memang menyesakkan dada..
Lama aku merenung buku Ekonomi yang terbentang luas di hadapan mata yang aku hanya mampu untuk menatap halaman demi halaman.. hanya untuk melempiaskan nafsu untuk menatap buku itu sebenarnya.. tapi.. hati ini masih gundah gulana memikirkan masa depan yang aku bincangkan semalam bersama Shahril.

Apa yang paling penting merupakan final xm yang aku akan tempuhi bermula 3hb ini yang akan membuatkan aku gentar... Paper ekonomi merupakan paper pertama.

Pernyataan, hanya beberapa yang bertuah sahaja akan menerima keputusan yang bertuah, yang terkeluar dari mulut Madam Aw membuatkan aku lebih gentar untuk menghadapi paper yang membuatkan semua pelajar OM akan mati.. mati dihempap keputusan yang agak "memberangsangkan"

Tapi.. aku sering kali mencuba untuk menolak pernyataan itu dan seharusnya lebih gigih untuk mengulang kaji pelajaran... Malangnya.. setiap kali mahu mencuba, hanya setan yang akan membuatkan aku berfikir yang bukan-bukan sehinggakan aku tidak langsung punya perasaan untuk menelaah pelajaran.

Itu lah kekuatan kuasa Ekonomi, yang akan membuatkan pelajar semua tidur lena selepas membaca sekurang-kurangnya 3 muka surat.

Barangkali, aku tidak punya cukup iman untuk melepaskan diri dari semua itu.. dan tentunya aku kena berubah, dan mengalami perubahan ketara..

Masalahnya, sempatkah untuk aku melakukannya kedua-duanya sekali.. sekali gus?.. Jawapannya.. kita lihat saja nanti.. keputusannya akan tiba.
Bagaimana menjadi PERSATUAN terbaik...
Berangan je CHU OLS..

Segmen pagi ala-ala MHI secara ekslusif bersama Shuk.. membincangkan isu-isu yang hanya bermain di mata dan diminda.. Realisasikannya sahaja yang belum lagi.

BISA erk..apa yang ada kepada BISA itu sehinggakannya menjadikan kelab terbaik di UiTM Perak ini... Itu saja yang dibincangkan di pagi yang mulia ini. Ahaks..

Bagaimana ya... mahu saja menumpaskan si BISA itu.. jatuh ke tanah..

Maka.. sidang berangan pun bermula..

Erm.. hanya mahu membuatkan satu acara yang akan menarik pelbagai pihak untuk menyumbang dan memeriahkan acara.. Itu saja yang perlu di lakukan. Penarikan ramai orang untuk datang..

Hal itu saja yang akan membuatkan persatuan akan menjadi yang terbaik.. seperti BISA..

Eh. eh.. ada lagi. bagaimana mahu menjadi persatuan terbaik.. hanya membuat event yang besar-besar.. Kerjasama pelbagai pihak..TV3, Astro, Kementerian dan sebagainya.. Itu belum lagi BANK RAKYAT, HYUNDAI, SSANGYONG, EON, ADIDAS, COCA COLA dan sebagainya..

Tapi tak semestinya event BOLA kan.. Asyik2 BOLA saja... Dah la bola itu bulat.. sama seperti kepala orang tua tu.. Suka la dia la kan.. dengan bola-bola ni.. BOLA +BOLA-BOLA + JANTAN= ......*****.....

Itu halnya..

Dan tentunya akan menjadi persatuan terbaik... maka dikumpulkan segala bola, bola-bola dan segala jantan...

p/s.. dengar ceritalah, ada orang tu pegi MPG dengan anak... tapi belum kawin. apakah.. banyak klasifikasi... ANAK AYAM, ANAK IKAN, ANAK BERUANG dan sebagainya..
WYGIWYW... Putus skrang...
Apa apa pun... mahu di katakan sekarang.. Kini kembali aktif. Setelah 1 minggu talian tidak aktif, kini terpaksa di aktifkan pabila di desak pelbagai pihak. Sepertinya, aku sangat aman kerana ketiadaan telefon tetapi cengkaman pihak-pihak tertentu membuatkan aku lebih terseksa dalam aman..

Maka... tidak beerti juga keamanan itu...

Apa yang mahu diceritakan seperti di tajuk atas.. Apa yang kamu minta akan kamu dapatkan saja dari aku.. Dan itu yang kamu minta.

Kamu juga kena memahami aku.. Once aku sudah membenci, kapan bila pun aku membenci. Mungkin dimaafkan saja kesilapan itu tetapi untuk melupakannya memang agak susah. Kiranya bercakap berkali-kali pun, hanya like-like saja...

Itu lah aku.. bukan saja-saja mahu memutuskan persaudaraan, tapi pabila aku memerlukannya, maka aku akan lakukannya demi ketenangan jiwa dan raga aku.. di kala mahu mengahadapi peperiksaan akhir ini kan...

Apa pun ini lah aku.. nampak saja lemnbut tetapi di dalamnya keras.. Hanya jangan dicabar luaran yang lembut itu... Yang lembut juga bisa keras..pabila saatnya tiba nanti..
Baju 400 hengget, labuchi segala... PROPA!!
Erm... pegang bendera je ker?

Tak sangka erk.. Baju labuchi ni... Rm 400 katanya.. Hrm.. PROPA chu ols.. Takkan baju putih berlambang UiTM diletak labuchi bagai. Berangan SUPER MODEL.. busanaibu mengandung.

Kalah bini Najib chu ols.. Bunuh diri jua melihatnya.. Menangis teresak Siti Nurhaliza dan Beyonce jua membatalkan konsert kerana terlihat binatang eksotik berjalan melalui seluruh trek di Stadium Perak.. terkedek-kedek memegang bendera... AYOK.. makan hati chu ols..

Lip-lap labuchi bagai ni... Buta la mata melihat.. Gemerlapan segala pandangan tatkala melihat sinaran labuchi menusuk ke kornea seterusnya ke retina. Begitulah kesahnya.. seekor haiwan eksotik yang menjadi buruan KOSMO!!

Itu la yang di ceritakan..

Yang tersurat - Hanya menggunakan baju putih menyarung badan persis menyalut nangka busuk, dan memakai foundation dimuka yang hitam legam.. GARNIER satu set chu ols..

Makan hati jua melihatnya... dan itulah kisahnya.. perlu kita terima apa adanya..

p/s : Sapa ya yang dimaksudkan? Teka saja.. mulut cam puk***k dan perangai cam han**** di Upt***. DAPAT MENEKA? Sila tuntut hadiah misteri di kaunter informasi..
Minggu terakhir yang LAHANAT
Menguap di pagi hari, melihat ke arah jam... 7:30 a.m. Hah... sudah pagi rupanya.. Memonteng saja di kala Madam Aw hanya mahu meluahkan perasaan suka dan dukanya mengajar kami selama satu semester.

Cadangan untuk mandi manda seterusnya minum pagi di tolak habis-habisan kerana bagiku membuang masa.. Masa yang sepatutnya untuk tidur digunakan untuk makan.. tidak sama sekali buat masa ini.

7 tanda kiamat katanya.. Che Pon menolak makanan...

Yang penting tidur chu ols...

Senarai kene buat (to do list) sebelum final exam..

Mandarin - Edit video, Test yang ari tu TERTIDO jua... (tido membawa padah chu ols)

BEL - Kejap lagi ade test.. very da PUKILAWATI tidak study..

Office Software - Kena hantar report untuk present.. Si bapok dua ekor tu punye HTML pun tak siap lagi. DUIT chu ols.. tak leh dilepaskan begitu saja.

Public Speaking - Test, Jumaat.. pun confident tidak membaca apa2.. TOYOL sudeyh.

dan sebagainya tugas-tugas yang lahanat yang perlu di lakukan sebelum aku menghadapi kertas pertama aku..

Satu kata saja sekarang... TERBAIK.. dari ladang.
Menyanjung gagasan 1 Malaysia
Macam tak percaya, aku ke Stadium Perak semalam. Apa pun yang terjadi sebenarnya hati ini tidak rela untuk ke stadium, hanya untuk berpenat-penat tapi meriahnya tidak terkata.

Gagasan 1 Malaysia, cadangan YAB Datuk Seri Diraja Najib Tun Razak merupakan satu gagasan perpaduan kaum yang semakin diterima ramai di Malaysia. Tuntutan perpaduan itu sangat penting dalam membentuk negara bangsa yang pembentukannya terbantut sejak dulu lagi. Aku fikir, ini satu gagasan yang dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Malaysia.

Hrmmm.. Aku hanya berharap gagasan ini akan berjaya menarik minat semua rakyat untuk kembali menyokong kerjaan.

Kami menyokong 1 Malaysia..
UiTM semakin gila... Harga makanan naik mendadak!!!
MOTIF...

Hanya satu perkataan yang boleh aku keluarkan dari mulut aku yang sepertinya tidak suci lagi ini.

Harga makanan yang paling baru dinaikkan dan yang lama diturunkan dengan secara rasmi. Aku amati bait-bait perkataan dan harga tersebut..

WHAT??

Teh Ais - RM 1.20?
Ikan Bawal 200gm - RM 2.00??

Giler?

Harga makanan memang melonjak naik secara mendadak!.. Pihak pengurusan UiTM terutama UiTM Perak memang melampau..

Memang menguntungkan peniaga kerana sekarang ini UiTM Perak mempunyai terlalu banyak persaingan..

Cuba kita lihat...

Uptown - 6 Gerai
Downtown - 5 Gerai
Bukit Aman - 1 Gerai
Indera Mulia - 5 Gerai
Indera Sakti - 5 Gerai
Pasir Salak - 6 Gerai
Kafe FSPU - 1 Gerai
Pasar Malam (Setiap Selasa) - 20 gerai
Koperasi Dahlia - Ada jua menjual makanan
Koperasi Angsana - Ada jua menjual makanan

Lebih 50 tempat menjual makanan di UiTM Perak?.. Terlalu banyak!! Persaingan terlalu banyak..

Dan untuk menjaga ekonomi peniaga, harga makanan dinaikkan... Hal ini memang tidak mengikut konsep EKONOMI.. Sepatutnya : Demand rendah, supply tinggi, harga turun... Bukan harga naik... PELIKKAN??

UiTM Perak memang tidak tahu EKONOMI.. yang menentukan harga makanan mungkin FAILED semasa diploma atau degree.. atau tak belaja langsung..

Hurm... ini yang berlaku. Pihak pengurusan sepertinya lebih arif terhadap perkara yang serius seperti ini.

p/s: Kena simpan duit banyak sikit kalau nak makan. Akhirnya syarikat maggie juga yang untung besar....
Perkhidmatan awam penuh karenah BIROKRASI
Sudah agak lama sebenarnya aku ingin perkatakan perkara ini yang sudah lama terpendam di dalam lubuk jiwa yang tidak lagi suci sebenarnya. Tapi suci atau tidak suci itu bukan persoalannya... tapi kita sebagai pengguna, kebenaran sentiasa berada di sisi anda.

Apa yang aku merepek ini bukan satu perkara yang boleh dianggap enteng, tapi sebenarnya perkara yang agak serius untuk diperkatakan, malah sudah lapuk sebenarnya. Tapi semua yang terlinat hanya mendiamkan diri dan lebih senang menutup mulut dan sebagainya...

Kisahnya, karenah birokrasi yang berlaku di kalangan PERKHIDMATAN AWAM... Perkhidmatan awam? apa itu? Owh. ini yang aku mahu bari tahu... Ala.. orang yang bekerja di dalam sektor awam atau yang bekerja di PEJABAT KERAJAAN.. orang yang keje dengan kerajaan la.. senang citer..

Apa yang aku lihat sekarang ini yang berlaku sangat-sangat serius dan tidak perlu lagi dianggap enteng dan perlu kita tentang habis-habisan diskriminasi terhadap orang-orang yang berada di "bawah" oleh yang berada di "atas".

Sebagai contoh terdekat yang aku boleh berikan ialah sistem pentadbiran UiTM itu sendiri. Kebebasan diberikan hanya untuk STAF, kelebihan hanya diberikan untuk STAF tapi bukan untuk pelajar.

Jikalau pelajar mahu menempah sesuatu, hanya perlu mengikut prosedur yang tekah ditetapkan.. Contoh SATU MINGGU... Tapi jika staf mahu pakai, tidak sampai setengah hari pun.. LULUS..

Kenapa saja begitu? Kenapa pelajar diajar untuk mengikut prosedur tapi staf tidak perlu mengikut prosedur. EH.. sapa yang pengguna? EH.. sapa yang KONSUMER?

Pelik kan?

Biasa lah.. itu yang berlaku di kalangan penjawat awam kita yang diagungkan....

Entah.. tidak faham juga aku dibuatnya. Siapa yang perlu diutamakan sebenarnya?

Staf atau pelajar?
Pekerja atau Konsumer?

Secara amnya.. semua penjawat awam perlulah mengambil inisiatif untuk mengutamakan rakyat atau pengguna dan konsumer.

Menyahut seruan 1 Malaysia
Cucuk sana cucuk sini.... tup tup muka teruk.. HAUK
Ha ha.. marilah kita semua menginsafi kejadian tuhan kan. Apa yang pasti ini la yang berlaku sekarang yang kisahnya mencocok sana-mencocok sini.. then.. APAKAH..

Tersilap cocok chu ols.. nak buat lagu mana.. KEBURUKAN DAN KEBODOHAN seperti penambahan lemak yang melampau..

Apakah...

He he. sapa saja yang aku ceritakan ini..

Lihat saja selebriti seluruh negara.. sapa saja yang muka hauk..

ITULAH jawapannya...

p/s: pakai laptop sapa ntah name die.... THANKS ya,.
Pengumpulan Ahli Persatuan Pondan-Pondan Se-UiTM Perak... Anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling
Tut tut... (telefon berbunyi)

Kak *** - Hello, boleh saya bercakap dengan Muhamad Ridhwan bin Jahidin
Aku - Hrm...
Kak *** - Wan.. Kak *** ni.
Aku - Ha.. Kak ***, kenapa telefon?
Kak *** - Nak maklumkan, En *** nak jumpe.. Shahril sekali...
Aku - Kenapa je En *** nak jumpe?
Kak *** - Tak tahu la akak.
Aku - Bile dia nak jumpe?
Kak *** - Segera la.. esok ker..
Aku - Ok..

Telefon di matikan..

Esoknya...selepas bertungkus-lumus menyiapkan segala tugasan yang tertangguh, aku dan Shahril ke bilik Encik *** seperti yang diarahkan.

Satu surat ala-ala "TYRA MAIL" menerobosi ruang mata kami.. JEMPUTAN KE CERAMAH MEMBINA KEPERIBADIAN PELAJAR CEMERLANG... anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling...

Hrm.. memang dah agak.. sebenarnya itu adalah ceramah yang diadakan khas untuk golongan PONDAN-PONDAN yang terpilih... Ala-ala pengumpulan pondan secara rasmi..

Mana lagi erk UNIVERSITI yang menyokong kegiatan pondan?

UiTM Perak je la kot.. kalau idak.. tak de la nak kumpulkan semua pondan-pondan SECARA RASMI.. Tidak ku sangka juga kerajaan memberikan peruntukan untuk MENGIKTIRAF PONDAN-PONDAN di UiTM Perak... Ini sudah bagus.. Ala-ala PINK TRIANGLE FOUNDATION pula..

UiTM lain?? ade pondan??? memang la ade.. tapi ade tak pengurusan atasan mengumpulkan pondan-pondan secara rasmi dan sah.. UiTM PERAK je yang buat..

Apa pun yang past, golongan pondan di UiTM PERAK di iktiraf.. sampai dijemput secara ekslusif mendengar ceramah. Wah Wah..

Kenapa ya aku bilang sebagai ekslusif? Mahunya tidak.. mahu saja menerima surat terpaksa tandatangan akuan penerimaan surat dan faham dengan isi kandungan surat tersebut..

Ada juga yang mengatakan rasa hampa mereka kerana hanya sebilangan pondan-pondan sahaja yang "DIIKTIRAF", yang lainnya tidak.. HAMPA mereka.. tidak dapat mendengar ceramah secara ekslusif.

Mereka juga menegaskan dan bertanya secara SERIUS, apakah KAYU PENGUKUR untuk mengiktiraf pondan-pondan di UiTM PERAK? Semuanya dirahsiakan.. TOP SECRET.. Kerana segala adik-adik dan pondan-pondan "under development" juga mahukan PENGIKTIRAFAN

Apa yang pasti.. pengumpulan ini diharap dapat mengukuhkan lagi kedudukan PONDAN di UiTM Perak kerana sudah DIIKTIRAF..

p/s : Pengumpulan ahli itu petang ini... nanti saja ceritakan kisahnya..
Derma DARAH
Aku memulakan hari agak lambat pabila mata hanya terbuka pabila jam menunjukkan angka 11. Memang sudah berjanji dengan rakan seperjuangan untuk sama-sama menelaah di perpustakaan. Tapi.. pabila difikirkan semula... alangkah baiknya memulakan hari dengan amal jariah... kan sungguh baik begitu..

Jadi.. Shahril telah menelefon tatkala aku cuba untuk menghubunginya... Hello katanya..

Sama-sama bersetuju untuk menderma darah sebelum ke tempat lambakan buku itu..

Foyer FSPU... hanya beberapa orang saja yang menunggu giliran untuk menyumbang bakti untuk negara dan itu kebiasaannya... ramai orang yang masih tidak terbuka minda untuk menderma darah untuk menyelamatkan nyawa..

"Saya takut darah"

"Saya takut jarum"

Tapi, aku tidak gentar dalam menghadapi jarum-jarum itu ya (pondan tunjuk perkasa). Hrm.. pabila mula-mula dahulu, memang agak takut, tapi pabila Shahril menaikkan semangatku, maka bermulalah kisah aku menjadi penyelamat negara..

So.. apa saja yang aku boleh katakan.. marilah sama-sama menderma darah untuk sama-sama berbakti untuk negara..

Sedikit info yang perlu anda tahu pabila mahu menderma darah:

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA:

1. Anda sihat pada hari ini.. kalau tak sihat, tak leh derma darah erk.. Demam ker.. batuk ker.. selesema ker... Ape-ape pun memang ade doctor yang akan check kesihatan anda.

2. Anda berumur 18-60 tahun... yang bawah umur tu. tunggu dah besar erk.. yang dah tua plak.. tak de makne nyer tak leh menderma..

3. Berat badan melebihi 45 kg. Ala.. ni biasa. kalau tak cukup berat tak leh menderma. Selalunya pompuan nak menderma tapi tak cukup berat, dan lelaki pula takut menderma sebab PENGECUT... ahakz.

4. Tidur melebihi 5 jam. Alasan yang paling kukuh sebab ape student tak mo derma darah. "SAYA TAK CUKUP TEDO SEMALAM. BUAT ASSIGNMENT".. Ala.. kalau korang rasa badan kuat.. ok jew..

5. Tiada masalah perubatan.. Maksudnya.. tak de masalah kesihatan yang kritikal seperti kencing manis ker.. darah tinggi ker.. (walaupun darah tu TINGGI... tak leh derma erk.. darah TINGGI dan darah BANYAK banyak bezanya..

6. Tiada mengambil sebarang ubat seperti antibiotik.. Nanti leh mengganggu sel darah.. Kirenya nak amik darah yang bersih la ni.

7. Makan sebelum derma darah. Hal ini penting untuk mengelakkan badan anda tidak bermaya nanti..

8. Anda tidak terlibat dengan kegiatan gay, bisex, pelacuran, dadah dan sebagainya (untuk mengelakkan HIV). Tapi kalau anda rasa dan yakin anda bebas dari HIV, derma je la.. Tu pun alasan paling konkrit untuk tidak menderma darah..

9. Pendermaan terakhir > 3 bulan.. ye la.. nak pastikan darah anda tu cukup untuk badan sendiri.. kalau badan sendiri tak cukup darah.. cam mane nak derma pulak kan..

So.. apa lagi.. pegi la derma darah.. sebab leh menyelamatkan nyawa tau..

p/s. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Teddyreezwan...
Perak mempunyai keMALUan yang besar.. untuk kali ini..
Apa yang aku boleh katakan... INI SABOTAJ..

Tapi bagus juga ya... selalunya perak jualah yang menSABOTAJ studentnya... dan kali ini, student memalukan UiTM Perak seluruhnya..

Cukuplah sekadar aku menceritakan sahaja ya... nama pelakon dan pengarahnya.. tidak jua aku ceritakan...untuk menutup AIB ya..

Tapi pabila membuka pekung.. aku sangat suka sekali.. ya.. memang suka..

Kerana apa... aku jua pernah dan kerap kali di SABOTAJ UiTM Perak..

Apakah ini satu pembalasan.. mungkin... bak kata Panda.... "DIA LEBIH TAHU"

Kiranya.. aku juga tidak menyangka seteruk ini yang terjadi di UiTM Perak hujung minggu yang lepas.. Rasa terkadang aku malu pula menjadi warga perak pabila bertemu deligasi UiTM Melaka, Johor dan Sarawak.. Apa yang pasti, kepala surat yang mereka terima bertajuk : KONVENSYEN DEBAT SERI ISKANDAR

Tapi... tajuk itu bertukar secara dalamannya kepada CUTI-CUTI MALAYSIA, anjuran UiTM PERAK..

He he.. apakah.. sebenarnya.. bukan studentnya saja yang mensabotaj event ni.. tapi ade jua pihak-pihak lain yang cuba memporak-perandakan event ini untuk bikin malu.. tapi itu jua pembalasannya kan...

Bagaimana ya... Harus menjawab perkara ini kepada pihak atasan.. membuang duit rakyat.. membuang duit UiTM dan seangkatan dengannya.. huwa.. bagaimana kiranya ya...

Berusaha untuk membina tembok besar china.. tapi akhirnya berusaha untuk mencangkul kubur sendiri... Panda la kata..

Neway.. thanks to Deligasi dari Melaka, Johor dan Sarawak yang datang expecially Padin, Rayme, Ibnu, Selbi, dan mereka yang tidak disebutkan namanya...

Makasih ya...

p/s: Untuk keterangan lanjut.. sila hubungi pegawai berkenaan..ahakzzzzzz
Yeay... hanya beberapa hari saja mahu pulang...
Saat melihat-ligat PA system untuk mereka yang berdebat, aku dikhabarkan bahawa jadual exam akhir sudah dipaparkan di laman web.. Sungguh teruja kerana mahu melihat aku pulang awal dan memulakan kerjaan agak awal dan mendapat gaji agak awal.. Gitu la al kisahnya...

Mahu saja aku menerobos ruang web kerana mahu pantas mendapatkan maklumat yang dicari.. aku kira... larian aku jua lebih pantas untuk mendapatkannya.. tapi.. apa saja yang aku bisa lakukan.. hanya sabar menunggu... TADA...





Yeay... First paper aku 3 Nov dan second paper aku 8 Nov.. maknanya... aku dapat pulang 7 hari lebih awal.. bagus bukan..

Menunggu selama 4 semester untuk balik awal memang menyusahkan.. tapi apapun jua.. kali ini aku dapat jua merasakannya..

Wow.. best..
Aku yang girang..









Ramai yang kata aku ni GIRANG memanjang.. tanpa mengira masa.. Ada juga yang kata aku ini ANNOYING.. sebab terlalu girang... juga berkata aku HAPPY GO LUCKY... kerana sangat girang... yang sepertinya.. aku menGIRANGkan diri hanya untuk diriku.. dirimu.. dan diriku... Lebih juga kepada dirikulah secara kesimpulannya....

Kenapa aku girang.. hanya untuk menyembuhkan luka.. hanya untuk meredakan suasana... dan kerana aku gembira... dan sebab itu jugalah aku GIRANG saja.. tanpa mengira masa...

Kenapa dengan GIRANG itu.. kamu jeles ya.. kerna kamu tidak seGIRANG aku?
Yeah.. Nak memberi kemaafan memang mudah.. nak melupakan memang SUSAH
Itu yang aku sentiasa memikirkan untuk hari raya kali ini.. Ada la sorang malaun ni ha.... sentiasa untuk memohon kemaafan dari aku.. dan sepertinya aku senang untuk memaafkan tetapi melupakannya.... mungkin tidak...

Prinsip aku ya.. sepertinya yang tidak mengetahui... Kalau dah benci, benci juga.. kalau dah suka, suka juga... VICE VERSA...

Itu yang aku cuba untuk sampaikan.. Kepada yang terkena dan terasa.. Faham-faham sajalah ya... Memaafkan memang mudah.. tetapi untuk kembali normal... mungkin tidak ya.. kerana kamu "is not in my list"..

Terima kasih juga kepada kamu yang menghantar beratus sms *hyperball... kepada aku.. untuk memohon kemaafan..

***a: Wan, ko mara kt aq lg ke. Sori la. Smpena hr ry. aq nak minx maap ikhlas dr ati law ad wt ko trase ati or pape je la. smga hr ry ni lebey brkat dgn kemaafdfan dr ko..

Terima kasih banyak ya...
Hari raya hari mulia...
Sudah beberapa hari aku tidak menjengah laman blog ini dan thanks juga kepada mereka yang suka-suki mengunjungi laman blog ini untuk membaca entri- entry yang aku log kan.

Banyak juga penceritaan yang perlu aku ceritakan. Juga kisah berlari-lari ke Stesen Keretapi untuk mendapatkan tren. Sungguh hanjing bus pengantara itu yang menunggu sehingga penuh baru mahu jalan. So.. apakan daya.. hanya tiba di stesen 5 minit sebelum tren mulai bergerak menuju ke destinasi..

Apa jua yang terjadi, selamat juga tiba di Kuala Lumpur terchenta setelah berhempas-pulas di dalam tren selama 3 jam *hanya tuhan dan aku saja yang tahu...

Seperti biasa, aku akan singgah di Tropicana, mengunjungi makcik dan anak beranak serta suami, memberikan sebalang kuih raya yang aku bikin 2 minggu sebelumnya dan esokknya, aku terbang pula ke Sentul untuk persiapan raya di sana pula.

Macam biasalah.... mama akan memasak rendang 3 hari sebelum raya.. Mesra katanya.. memang diakui, rasanya memang agak sedap selepas dibiarkan 3 hari selepas memasaknya.. Persiapan yang ala kadar saja seperti tahun sebelumnya.

Petang raya (hari ini) aku dan mama serta syikin telah mengunjungi kubur arwah yang telah tiada. Kalau dulu, aku dan keluarga akan menziarahinya pada pagi raya, tapi bermula tahun lepas, kami mengunjungi petang raya. Untuk mengelakan kesesakan katenye.

Yang penting, aku telah "memaksa" untuk pergi ke Jalan TAR untuk membeli belah, mana tau ade benda yang perlu dibeli. Ngeee:D...

Esok, perancangannya, selepas sembahyang raya, kami sekeluarga akan pulang ke Seremban. Moga tidak seperti tahun lepas ya.... *hanya aku dan keluarga saja yang tahu...

Chao
Konsep BERSYUKUR menjadi lesen untuk pelanggaran Kod Kualiti oleh UiTM PERAK
Sudah hampir 2 tahun aku menjalani hidup di UiTM tercinta ini dan sangat bangga menjadi warganya. Malah, lagu UiTM di Hatiku itu sendiri telah aku hafal beberapa bulan sebelum menjejakkan kaki ke UiTM tanda semangat aku yang membara.

Pabila di UiTM.. aku diajar tentang konsep bersyukur kerana dapat menerobosi gerbang pemilihan pelajar yang sangat rumit. Sememangnya aku sendiri tahu, memang itu tujuan asal UiTM untuk menjadikan bangsa melayu satu bangsa yang berkualiti.

Tapi... kini.. konsep bersyukur itu telah disalahgunakan beberapa pihak yang mempunyai agenda yang cuba disembunyikan tetapi dapat juga dihidu oleh kami sebagai pelajar.

Aku sebagai seorang pelajar yang juga seorang pengguna atau konsumer yang melontarkan pandangan atau aduan terhadap beberapa perkara berbangkit di UiTM Perak ini hanya dijawab dengan pernyataan "Awak ni tak bersyukur erk!" atau "Awak ni kuang ajar erk!"

Pernah sekali aku sendiri merungut berkenaan dengan Fakulti Perakaunan yang tidak mempunyai pendingin hawa di dalam kelas yang membuatkan kami seperti "daging bakar" di bumi Seri Iskandar yang terkenal dengan bahang dan kepanasannya. Dan seperti biasa, aku dikatakan tidak bersyukur kerana dapat belajar di UiTM Perak dengan kadar yang sangat murah, jika dibandingkan dengan IPTA lain di Malaysia.

Apa saja yang aku boleh perkatakan.. Memang aku sangat bersyukur kerana dapat menggapai ilmu dan mencapai kejayaan di bumi UiTM ini tapi adakah konsep bersyukur itu dijadikan lesen untuk tidak menerima pelajaran dengan keadaan yang kondusif dan berkualiti. Bagiku, kelas yang tidak mempunyai pendingin hawa adalah satu kelas yang tidak berkualiti kerana tidak dapat menyampaikan ilmu dalam keadaan yang berkualiti.

Acap kali juga aku dingatkan dengan dasar kualiti UiTM ketat, semuanya bergantung kepada ketepatan dan keakuran dalam melakukan sesuatu. Contohnya, kain rentang atau banner yang hendak paparkan mestilah melalui Unit Komunikasi Korporat dan Unit Kualiti untuk diluluskan. Sungguh rumitkan? Tetapi bagi aku memang bagus cara ini kerana dapat memaparkan kesungguhan UiTM untuk menepati dasar kualiti.

Itu yang bagusnya.

Persoalannya.. adakah papan tanda baru yang cantik lebih penting daripada pendingin hawa yang memberikan keadaan yang kondusif dalam proses PnP. Adakah pejabat Bahagian Keselamatan yang diubah suai menjadi sesuatu yang sangat menarik lebih penting daripada ilmu yang hendak disampaikan tetapi gagal kerana mempunyai kelas yang tidak kondusif?

Jawapannya? Sudah tentu sekali TIDAK bukan. Kalau tidak percaya, tanyalah satu dunia sekalipun, pasti mereka menjawab TIDAK kerana percaya dengan keagungan ilmu itu.

Cuba kita cari puncanya.

Memang kerja-kerja pembinaan di bawah Bahagian Pengurusan Fasiliti dan peruntukan yang diterima adalah dari BPF yang berpusat di Shah Alam. Tetapi persoalannya, adakah mereka saja-saja suka-suka untuk melakukan pembinaan tanpa arahan yang kukuh dan kuat? Tentu sekali yang memberi arahan hanya bertujuan untuk menampakkan keindahan dan kecantikan pabila dibina sebegitu rupa.. Kerana orang sekeliling akan nampak.. WAH.. CANTIKNYA.. BAGUSKAN UiTM PERAK NI... Bangga bukan..

Tapi, kadangkala aku tidak bangga kerana peruntukan yang digunakan tidak menjurus kepada pembangunan pelajar. Memang ada program-program yang membantu pembangunan pelajar tetapi perkara yang paling asas seperti mempunyai keadaan kelas yang kondusif untuk pembangunan pelajar tidak dipenuhi sewajarnya.

Peruntukan yang digunakan digunakan dijalan yang bukan-bukan...Contoh yang paling nyata. Staf yang bermesyuarat hanya untuk 2 jam, diberikan makanan iringan. Staf yang berkursus ke hulu ke hilir sangat mudah untuk mendapatkan bas. Tetapi jika pelajar yang bermesyuarat, dapat makanan? jauh sekali.. Ingin menjalankan aktiviti yang selalunya bertujuan untuk pembangunan pelajar, yang memerlukan bas, prosesnya agak rumit, dari A ke B, dari B ke C dan selepas menjalani semua proses jawapannya TIDAK LULUS..

Apa yang boleh diperkatakan ya... Staf lebih baik dari Pelajar? dan Staf lebih penting dari Pelajar?

Dan sepertinya diadukan tentang perkara sebegini, selalunya aku acap kali dibawa ke konsep asal iaitu BERSYUKUR..

Perkataan "Bersyukur" itu dijadikan modal untuk menjawab segala persoalan. Walaupun memang ada usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah pelajar tetapi perjalanan dan prosesnya sangat lambat.. Jawapannya seterusnya: TUNGGULAH.. KENE BUAT SATU SATU.. KALAU BUAT SEMUA.. MATI LAH..

Betul juga.. memanglah..

Tapi, bagi aku, perkara yang penting didahulukan, perkara yang kurang penting sepertinya ditangguh sementara, memberi laluan kepada yang lebih penting..

Seperti yang aku belajar di dalam OMT240-Office Simulation, pabila menjalankan tugasan, perlu untuk mengikut keutamaan. RUSH, ASAP and ROUTINE...

Rush - Mesti menjalankan tugas dengan serta-merta
ASAP - Mesti menjalankan tugas dalam hari itu juga
ROUTINE - Menjalankan tugas pabila ada masa tetapi mengikut tarikh akhir.

Begitulah kisahnya pabila bekerja di Office.. perlu mengikut keutamaan... dan seharusnya, UiTM juga perlu meneliti semua aduan pelajar tidak kira secara verbal atau bertulis hanya semata-mata untuk pembangunan pelajar dan cuba menyelesaikannya mengikut keutamaan..

Walau apa pun yang terjadi, aku tetap bersyukur kerana dapat melangkahkan kaki ke UiTM Perak ini dan aku harap perkataan "Bersyukur" itu tidak dimanipulasikan sewenangnya..
Blog: Sudah lama juga aku menceburinya...
Diam tak diam, aku sudah lama juga berblog ya... dari tahun 2006 sehinggalah sekarang.. Tapi keaktifan itu terkadang tidak konsistant.. kadang aktif melampau.. kadang senyap sunyi tanpa berita.

Aku mula berblog menggunakan friendster.. hanya mencoretkan apa yang berlaku saban hari di Mama Chops Papa Grill, tempat aku bekerja.. Masih lagi menggunakan bahasa yang sama.. Bahasa Kucarkacirku.. gaya ini juga yang aku gunakan sampai sekarang.. Memang ada yang mempertikaikan kenapa tidak menggunakan bahasa yang standard... jawabnya senang saja.. aku masih menggunakan bahasa Melayu.. tidak bahasa asing.. hanya untuk mempertabatkan bahasa kebangsaan walau tatabahasanya agak kucar-kacir.

Aku berkenalan dengan seorang yang aktif dalam dunia blog ini.. walau sekarang hilang entah ke mana.. tidak dapat dihubungi... namanya Shah... dan mempunyai laman blognya sendiri.. menggunakan domain sendiri iaitu chubbychubba. Aku menumpang laman blognya dan setupkan Wordpress diatasnya.. di situ lah bermulanya aku berblog menggunakan Wordpress..

Pabila konflik mula berlaku, laman blog aku telah ditutup kerana tidak sehaluan lagi. Maka.. aku pun mula menyepi dan hilang sebentar dari dunia blog ini...

Awal 2007, aku mula memasuki firma telekomunikasi, aku kerjanya hanyalah kerani pengurusan.. Semestinya aku dihidangkan dengan koneksi antara jaring sepanjang masa. Aku mulai mengepos entry-entry di dalam myspace. Tapi apakan daya.. pihak pengurusan mengganggap aku tidak melakukan kerja kerana terlalu asyik dengan myspace.. lalu di sekat koneksi ke laman myspace...

Agak sedih ya di situ... tetapi.. waktu itulah aku beralih kepada Blogspot.. dan menggunakan alamat reezwanblog.blogspot.com. Aku suka saja mengentri apa-apa yang berlaku di pejabat. Sungguh enak ya... entry demi entry aku lakukan dan akhirnya aku melangkah ke UiTM ini... Senyap sunyi lah sebentar laman blog ini.

Pabila aku berada di UiTM, keaktifan aku berblog hanya bermula pada akhir semester 1 dan kala itu, aku terlupa apakah kata kunci blog aku itu.. So.. apa lagi.. terpaksa aku membuka laman blog baru seperti yang anda lihat sekarang.. Lalu aku transferkan segalanya dari laman lama ke laman baru...

Diam tak diam.. sudah post yang 107 aku coretkan menggunakan alamat baru.. memang meriahkan?

So.. keep it up.. kate orang puteh..
Kesantunan berbahasa...
Sungguh meriah tajuknya di atas ya... dan sungguh bersahaja serta berhemah dalam berbahasa. Hal ini yang sepatutnya di tekankan dalam percakapan dan penulisan, iaitu kesantunan berbahasa. Aku juga akui, aku juga terkadang melanggar tembok kesantunan itu, melangkauinya walau tembok itu tinggi ya.. Tapi apakan daya.. walau dapat melangkauinya, terpaksa mengaduh sakit kerana terjatuh pabila mahu melompat. Ini yang mahu dikatakan... walau terpaksa dilakukan, akhirnya robek sedikit demi sedikit kesantunan bahasa kita.

Blog juga tidak terkecuali untuk kita berbahasa dengan penuh berhemat. Kata-kata yang manis dan baik juga menjadi penyeri untuk blog yang kita gunakan untuk meluahkan perasaan terhadap sesuatu tapi terkadang tidak dapat mengelak pabila perasaan dan emosi berkecamuk, segala macam perkataan akan dilemparkan, tidak kira cacian dan makian serta kata-kata carutan.

Itu yang perlu kita kawal. Perasaan marah memang ada pada semua insan tetapi kita perlu bersikap rasional sepanjang masa.. walaupun dalam aspek penulisan hikmah peribadi, juga ketidakpuasan dan sebagainya.

Bagaimanapun, marilah sama-sama kita menjaga bahasa kita walau apa jua bahasa yang anda gunakan.. kerana bahasa itu juga menunjukkan personaliti kita, menjadi cermin kita dan menjadi pengganti kita. Bahasa jiwa bangsa..

p/s: Aku jua perlu bermuhasabah diri... menjaga bahasaku jua..


  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers