Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Konsep BERSYUKUR menjadi lesen untuk pelanggaran Kod Kualiti oleh UiTM PERAK
Sudah hampir 2 tahun aku menjalani hidup di UiTM tercinta ini dan sangat bangga menjadi warganya. Malah, lagu UiTM di Hatiku itu sendiri telah aku hafal beberapa bulan sebelum menjejakkan kaki ke UiTM tanda semangat aku yang membara.

Pabila di UiTM.. aku diajar tentang konsep bersyukur kerana dapat menerobosi gerbang pemilihan pelajar yang sangat rumit. Sememangnya aku sendiri tahu, memang itu tujuan asal UiTM untuk menjadikan bangsa melayu satu bangsa yang berkualiti.

Tapi... kini.. konsep bersyukur itu telah disalahgunakan beberapa pihak yang mempunyai agenda yang cuba disembunyikan tetapi dapat juga dihidu oleh kami sebagai pelajar.

Aku sebagai seorang pelajar yang juga seorang pengguna atau konsumer yang melontarkan pandangan atau aduan terhadap beberapa perkara berbangkit di UiTM Perak ini hanya dijawab dengan pernyataan "Awak ni tak bersyukur erk!" atau "Awak ni kuang ajar erk!"

Pernah sekali aku sendiri merungut berkenaan dengan Fakulti Perakaunan yang tidak mempunyai pendingin hawa di dalam kelas yang membuatkan kami seperti "daging bakar" di bumi Seri Iskandar yang terkenal dengan bahang dan kepanasannya. Dan seperti biasa, aku dikatakan tidak bersyukur kerana dapat belajar di UiTM Perak dengan kadar yang sangat murah, jika dibandingkan dengan IPTA lain di Malaysia.

Apa saja yang aku boleh perkatakan.. Memang aku sangat bersyukur kerana dapat menggapai ilmu dan mencapai kejayaan di bumi UiTM ini tapi adakah konsep bersyukur itu dijadikan lesen untuk tidak menerima pelajaran dengan keadaan yang kondusif dan berkualiti. Bagiku, kelas yang tidak mempunyai pendingin hawa adalah satu kelas yang tidak berkualiti kerana tidak dapat menyampaikan ilmu dalam keadaan yang berkualiti.

Acap kali juga aku dingatkan dengan dasar kualiti UiTM ketat, semuanya bergantung kepada ketepatan dan keakuran dalam melakukan sesuatu. Contohnya, kain rentang atau banner yang hendak paparkan mestilah melalui Unit Komunikasi Korporat dan Unit Kualiti untuk diluluskan. Sungguh rumitkan? Tetapi bagi aku memang bagus cara ini kerana dapat memaparkan kesungguhan UiTM untuk menepati dasar kualiti.

Itu yang bagusnya.

Persoalannya.. adakah papan tanda baru yang cantik lebih penting daripada pendingin hawa yang memberikan keadaan yang kondusif dalam proses PnP. Adakah pejabat Bahagian Keselamatan yang diubah suai menjadi sesuatu yang sangat menarik lebih penting daripada ilmu yang hendak disampaikan tetapi gagal kerana mempunyai kelas yang tidak kondusif?

Jawapannya? Sudah tentu sekali TIDAK bukan. Kalau tidak percaya, tanyalah satu dunia sekalipun, pasti mereka menjawab TIDAK kerana percaya dengan keagungan ilmu itu.

Cuba kita cari puncanya.

Memang kerja-kerja pembinaan di bawah Bahagian Pengurusan Fasiliti dan peruntukan yang diterima adalah dari BPF yang berpusat di Shah Alam. Tetapi persoalannya, adakah mereka saja-saja suka-suka untuk melakukan pembinaan tanpa arahan yang kukuh dan kuat? Tentu sekali yang memberi arahan hanya bertujuan untuk menampakkan keindahan dan kecantikan pabila dibina sebegitu rupa.. Kerana orang sekeliling akan nampak.. WAH.. CANTIKNYA.. BAGUSKAN UiTM PERAK NI... Bangga bukan..

Tapi, kadangkala aku tidak bangga kerana peruntukan yang digunakan tidak menjurus kepada pembangunan pelajar. Memang ada program-program yang membantu pembangunan pelajar tetapi perkara yang paling asas seperti mempunyai keadaan kelas yang kondusif untuk pembangunan pelajar tidak dipenuhi sewajarnya.

Peruntukan yang digunakan digunakan dijalan yang bukan-bukan...Contoh yang paling nyata. Staf yang bermesyuarat hanya untuk 2 jam, diberikan makanan iringan. Staf yang berkursus ke hulu ke hilir sangat mudah untuk mendapatkan bas. Tetapi jika pelajar yang bermesyuarat, dapat makanan? jauh sekali.. Ingin menjalankan aktiviti yang selalunya bertujuan untuk pembangunan pelajar, yang memerlukan bas, prosesnya agak rumit, dari A ke B, dari B ke C dan selepas menjalani semua proses jawapannya TIDAK LULUS..

Apa yang boleh diperkatakan ya... Staf lebih baik dari Pelajar? dan Staf lebih penting dari Pelajar?

Dan sepertinya diadukan tentang perkara sebegini, selalunya aku acap kali dibawa ke konsep asal iaitu BERSYUKUR..

Perkataan "Bersyukur" itu dijadikan modal untuk menjawab segala persoalan. Walaupun memang ada usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah pelajar tetapi perjalanan dan prosesnya sangat lambat.. Jawapannya seterusnya: TUNGGULAH.. KENE BUAT SATU SATU.. KALAU BUAT SEMUA.. MATI LAH..

Betul juga.. memanglah..

Tapi, bagi aku, perkara yang penting didahulukan, perkara yang kurang penting sepertinya ditangguh sementara, memberi laluan kepada yang lebih penting..

Seperti yang aku belajar di dalam OMT240-Office Simulation, pabila menjalankan tugasan, perlu untuk mengikut keutamaan. RUSH, ASAP and ROUTINE...

Rush - Mesti menjalankan tugas dengan serta-merta
ASAP - Mesti menjalankan tugas dalam hari itu juga
ROUTINE - Menjalankan tugas pabila ada masa tetapi mengikut tarikh akhir.

Begitulah kisahnya pabila bekerja di Office.. perlu mengikut keutamaan... dan seharusnya, UiTM juga perlu meneliti semua aduan pelajar tidak kira secara verbal atau bertulis hanya semata-mata untuk pembangunan pelajar dan cuba menyelesaikannya mengikut keutamaan..

Walau apa pun yang terjadi, aku tetap bersyukur kerana dapat melangkahkan kaki ke UiTM Perak ini dan aku harap perkataan "Bersyukur" itu tidak dimanipulasikan sewenangnya..
1 Response
  1. This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers