Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Perlunya khidmat pelanggan yang baik...
Pabila aku membelek fesbuk aku pabila pulang dari tempat curah bakti sukarela tanpa ada bayaran.. aku terkesima kapan melihat seseorang di atas talian telah menegur aku sambil berkata : Beliau merupakan pembaca blog ini.. dan mempunyai pelbagai info... PELBAGAI INFO... nan hadow.. tidak tau apakah info itu .. Tapi.. teruskan membaca ya..

Walau tidak aktif lagi berblog.. kerana tugas harian memaksa.. akhirnya, kadar penulisan aku kini mencecah 201... (baru saja 201, bukan 2001 ya...) tapi aku agak bangga.. dengan kadar penulisan ini.

Hari ni, acap kali setiap Selasa, aku akan memberikan penerangan terhadap ISO dan juga ICC itu.. dan seperti biasa.. aku akan terus menerus menekankan tentang aspek khidmat pelanggan... kerana aku MERUPAKAN SEORANG PELANGGAN YANG CEREWET.

Sepertinya.. pabila pekerja barisan hadapan perlulah mewujudkan suasana yang gembira pabila berurusan dengan pelanggan.. contoh yang paling senang.. SENYUM.. dan senang jua... TERIMA KASIH... mudah bukan...

Tetapi.. aku jua faham.. keadaan mereka yang penat bekerja.. tetapi harus ingat..pelanggan juga penat bekerja.. maka pabila stress itu.. di tambah dengan sikap staff barisan hadapan yang tidak menentu suasana kerjanya.. maka akhirnya.. ketidakpuasan itu timbul...

Cara mudah... pabila bekerja.. cipta suasana yang ceria.. bersembang dengan rakan sekerja.. dengan topik yang menarik.. membuatkan kita sentiasa rasa gembira... mungkin bergelak ketawa juga dapat menaikkan mood dan seterusnya tidak memberikan wajah mencuka kepada pelanggan. Cari seseorang yang boleh berlawak..

Itu yang aku tekankan..pabila aku memberikan ceramah... setiap selasa.. maka.. hal ini dapat jua memperbaiki mutu perkhidmatan ya...
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Ramadhan kali ini....
Pabila direnung kembali, aku sangat merindui tatacara aku menghadapi ramadhan dulu-dulu, zaman bekerja.. seharian bekerja... setelah pulang.. menjadi jurugegas ke rumah.. masak dan berbuka bersama adik-adik tersayang..

Itu yang aku lakukan saban hari selama beberapa tahun sebelum aku melangkah ke menara gading.. Di universiti, caranya amat berbeza.. hanya duduk2.. tiada gegas.. tiada larian mengejar sebuah bus.. hanya santai membeli.. akhirnya makan..

Kali ini, seperti mengundang kenangan lama, kembali bergegas, kembali merenung masa.. Kapan jam 5 itu ditunggu-tunggu.. jika di kampus, jam 5 masih lagi di kelas, tiada suara mahu ke bazar jam 5, semuanya menanti jam 6 lebihan baru turun membeli. Suasananya jauh beda dengan di Kuala Lumpur ini ya. Maka.. kenangan itu berputar kembali.

Hari ini, hari kedua berpuasa.. menerima juadah percuma dari pihak pengurusan.. kerana makanannya banyak sekali, sungguh sayang jika dibiarkan.. maka aku jua tidak betah mengambil hanya 1 bekas penuh dengan lauk dan nasi.. untuk santapan berbuka nanti ya.. di Maharajalela...

Itu yang aku tunggu2 sejak tahun demi tahun... kini aku menjalani kehidupan aku seperti biasa.. Memang ini yang aku mahukan. Maka aku jua tidak sabar untuk meraikannya saban tahun.. bersama teman-teman... Di mana rasa mahu berbuka, disitu ada aku dan teman.. Pernah sekali ke hotel... bayarannya cash tiada kompromi.. tapi kepuasan itu.. ISH.. tidak betah aku katakan...

Occay.. aku mahu berjalan ke sana ke sini.. menunggu waktu berbuka tiba..
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Politik di mana saja...
WOW WOW.. dah lama gile sudah aku tidak menghapdate laman blog aku, yang kini sudah bersawang kaedah nye.. Tapi nanti saja aku mengemas, membuang habuk.. kerana aku sudah punya satu semangat baru mahu menghapdate blog seperti dulu kala...

Merujuk kepada kisah kisah lama, yang aku hadapi ketika berada di UiTM Perak sehinggakan aku punya semacam rasa yang agak benci mendengar nama perak itu... (perkataan UiTM itu masih lagi bertakhta ya).. Tapi bila difikirkan kembali, memang ada hikmahnya yang tersendiri.. kerana diriku ini memang unik, jika orang sepertiku dan unik sepertiku, aku katakan.. jangan gusar kerana masih punya banyak ruang waktu untuk membentuk satu jiwa yang lara itu kembali suka riang ria.

Pengalaman politik kampus, politik orang atasan dan juga politik rakan sebaya yang aku tempuhi banyak dugaan, kelaraan jiwa dan lara, itu adalah satu pengalaman berharga yang aku terima dan kini aku juga gunakan untuk hari depan.

Maka.. aku kini berterima kasih kepada segala anjing2 serta babi2 sekalian ya.. kerana aku menggunakan pengalaman itu ditempat kerja pula.

Inilah yang aku cakapkan.. politik itu bermain dimana saja... maka.. jika ada pengalaman yang kuat, maka kita dapat hadapinya dengan mudah saja...

So.. better watch out.... lum tau lagi kehebatan sorang pondan lagi.. LETOP
1 komentar | edit post
Reaksi anda: 
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers