Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Table Manners : Virtual Into Reality
Apakah Table Manners... ye la sebagai pelajar yang cemerlang di FOMAT ini.. wajib untuk mengikuti kursus etika di meja makan. Bagaimana untuk makan dengan sopan dan segala macam etika yang diajar di hotel Impiana Casuarina Ipoh..

Aku jua bangun seawal pagi untuk ke majlis itew ya.. EXCiTED? Mungkin tidak kerna sudah terlalu arif dengan cara-cara makan yang beradab... Mungkin pengalaman demi pengalaman semasa bekerja dulu amat membantu.. Tapi excited jua.. kerna apa? kerna ingin lihat bagaimana cara-cara yang lain makan di hotel... sungguh mengeletek pinggang ini..

Photobucket

Menaiki bus yang di sediakan oleh UiTM dan pergi ke sana beramai-ramai. Sampai di sana mengambil tempat dengan penuh adab seperti yang telah di ajarkan kepada kami semua...Pn Hajah Kalsom... lecturer kami yang tersayang*

Hrmmm.. di mulakan dengan taklimat ringkas bagaimana untuk makan dengan betul dan menggunakan kutleri dengan betul di kala perut sudah berkeroncong jua bergamelan. Coarse dimulakan dengan pembuka selera. Di hidangkan dengan seketul makanan persis CHICKEN HAM dan apa saja hiasan yang ditegah makan oleh mereka....

Tepat sekali jangkaanku.. tak ramai jua yang menghabiskan hidangan dengan alasan yang agak munasabah: tidak tertelan di dalam mulut dan tidak menepati selera kampung... Ah.. memang makanan di hotel begitu.. Western dan Barat...

Photobucket

Hrm... setelah makanan semua di habiskan dengan cukup beradab.. kami semua beredar dan mengambil gambar kenangan di sana.. Bus jua sudah menunggu dan kami balik dengan perut yang sungguh kenyang. Tapi sampai di UiTM.. Hujan turun dengan lebatnya. Basah kuyup kami semua setibanya di bilik masing

Sepertinya.. kisah ini ada kenangan yang pastinya tidak dapat ku lupakan.. lain kali saja aku ceritakan..
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers