Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Yeah.. Nak memberi kemaafan memang mudah.. nak melupakan memang SUSAH
Itu yang aku sentiasa memikirkan untuk hari raya kali ini.. Ada la sorang malaun ni ha.... sentiasa untuk memohon kemaafan dari aku.. dan sepertinya aku senang untuk memaafkan tetapi melupakannya.... mungkin tidak...

Prinsip aku ya.. sepertinya yang tidak mengetahui... Kalau dah benci, benci juga.. kalau dah suka, suka juga... VICE VERSA...

Itu yang aku cuba untuk sampaikan.. Kepada yang terkena dan terasa.. Faham-faham sajalah ya... Memaafkan memang mudah.. tetapi untuk kembali normal... mungkin tidak ya.. kerana kamu "is not in my list"..

Terima kasih juga kepada kamu yang menghantar beratus sms *hyperball... kepada aku.. untuk memohon kemaafan..

***a: Wan, ko mara kt aq lg ke. Sori la. Smpena hr ry. aq nak minx maap ikhlas dr ati law ad wt ko trase ati or pape je la. smga hr ry ni lebey brkat dgn kemaafdfan dr ko..

Terima kasih banyak ya...
Hari raya hari mulia...
Sudah beberapa hari aku tidak menjengah laman blog ini dan thanks juga kepada mereka yang suka-suki mengunjungi laman blog ini untuk membaca entri- entry yang aku log kan.

Banyak juga penceritaan yang perlu aku ceritakan. Juga kisah berlari-lari ke Stesen Keretapi untuk mendapatkan tren. Sungguh hanjing bus pengantara itu yang menunggu sehingga penuh baru mahu jalan. So.. apakan daya.. hanya tiba di stesen 5 minit sebelum tren mulai bergerak menuju ke destinasi..

Apa jua yang terjadi, selamat juga tiba di Kuala Lumpur terchenta setelah berhempas-pulas di dalam tren selama 3 jam *hanya tuhan dan aku saja yang tahu...

Seperti biasa, aku akan singgah di Tropicana, mengunjungi makcik dan anak beranak serta suami, memberikan sebalang kuih raya yang aku bikin 2 minggu sebelumnya dan esokknya, aku terbang pula ke Sentul untuk persiapan raya di sana pula.

Macam biasalah.... mama akan memasak rendang 3 hari sebelum raya.. Mesra katanya.. memang diakui, rasanya memang agak sedap selepas dibiarkan 3 hari selepas memasaknya.. Persiapan yang ala kadar saja seperti tahun sebelumnya.

Petang raya (hari ini) aku dan mama serta syikin telah mengunjungi kubur arwah yang telah tiada. Kalau dulu, aku dan keluarga akan menziarahinya pada pagi raya, tapi bermula tahun lepas, kami mengunjungi petang raya. Untuk mengelakan kesesakan katenye.

Yang penting, aku telah "memaksa" untuk pergi ke Jalan TAR untuk membeli belah, mana tau ade benda yang perlu dibeli. Ngeee:D...

Esok, perancangannya, selepas sembahyang raya, kami sekeluarga akan pulang ke Seremban. Moga tidak seperti tahun lepas ya.... *hanya aku dan keluarga saja yang tahu...

Chao
Konsep BERSYUKUR menjadi lesen untuk pelanggaran Kod Kualiti oleh UiTM PERAK
Sudah hampir 2 tahun aku menjalani hidup di UiTM tercinta ini dan sangat bangga menjadi warganya. Malah, lagu UiTM di Hatiku itu sendiri telah aku hafal beberapa bulan sebelum menjejakkan kaki ke UiTM tanda semangat aku yang membara.

Pabila di UiTM.. aku diajar tentang konsep bersyukur kerana dapat menerobosi gerbang pemilihan pelajar yang sangat rumit. Sememangnya aku sendiri tahu, memang itu tujuan asal UiTM untuk menjadikan bangsa melayu satu bangsa yang berkualiti.

Tapi... kini.. konsep bersyukur itu telah disalahgunakan beberapa pihak yang mempunyai agenda yang cuba disembunyikan tetapi dapat juga dihidu oleh kami sebagai pelajar.

Aku sebagai seorang pelajar yang juga seorang pengguna atau konsumer yang melontarkan pandangan atau aduan terhadap beberapa perkara berbangkit di UiTM Perak ini hanya dijawab dengan pernyataan "Awak ni tak bersyukur erk!" atau "Awak ni kuang ajar erk!"

Pernah sekali aku sendiri merungut berkenaan dengan Fakulti Perakaunan yang tidak mempunyai pendingin hawa di dalam kelas yang membuatkan kami seperti "daging bakar" di bumi Seri Iskandar yang terkenal dengan bahang dan kepanasannya. Dan seperti biasa, aku dikatakan tidak bersyukur kerana dapat belajar di UiTM Perak dengan kadar yang sangat murah, jika dibandingkan dengan IPTA lain di Malaysia.

Apa saja yang aku boleh perkatakan.. Memang aku sangat bersyukur kerana dapat menggapai ilmu dan mencapai kejayaan di bumi UiTM ini tapi adakah konsep bersyukur itu dijadikan lesen untuk tidak menerima pelajaran dengan keadaan yang kondusif dan berkualiti. Bagiku, kelas yang tidak mempunyai pendingin hawa adalah satu kelas yang tidak berkualiti kerana tidak dapat menyampaikan ilmu dalam keadaan yang berkualiti.

Acap kali juga aku dingatkan dengan dasar kualiti UiTM ketat, semuanya bergantung kepada ketepatan dan keakuran dalam melakukan sesuatu. Contohnya, kain rentang atau banner yang hendak paparkan mestilah melalui Unit Komunikasi Korporat dan Unit Kualiti untuk diluluskan. Sungguh rumitkan? Tetapi bagi aku memang bagus cara ini kerana dapat memaparkan kesungguhan UiTM untuk menepati dasar kualiti.

Itu yang bagusnya.

Persoalannya.. adakah papan tanda baru yang cantik lebih penting daripada pendingin hawa yang memberikan keadaan yang kondusif dalam proses PnP. Adakah pejabat Bahagian Keselamatan yang diubah suai menjadi sesuatu yang sangat menarik lebih penting daripada ilmu yang hendak disampaikan tetapi gagal kerana mempunyai kelas yang tidak kondusif?

Jawapannya? Sudah tentu sekali TIDAK bukan. Kalau tidak percaya, tanyalah satu dunia sekalipun, pasti mereka menjawab TIDAK kerana percaya dengan keagungan ilmu itu.

Cuba kita cari puncanya.

Memang kerja-kerja pembinaan di bawah Bahagian Pengurusan Fasiliti dan peruntukan yang diterima adalah dari BPF yang berpusat di Shah Alam. Tetapi persoalannya, adakah mereka saja-saja suka-suka untuk melakukan pembinaan tanpa arahan yang kukuh dan kuat? Tentu sekali yang memberi arahan hanya bertujuan untuk menampakkan keindahan dan kecantikan pabila dibina sebegitu rupa.. Kerana orang sekeliling akan nampak.. WAH.. CANTIKNYA.. BAGUSKAN UiTM PERAK NI... Bangga bukan..

Tapi, kadangkala aku tidak bangga kerana peruntukan yang digunakan tidak menjurus kepada pembangunan pelajar. Memang ada program-program yang membantu pembangunan pelajar tetapi perkara yang paling asas seperti mempunyai keadaan kelas yang kondusif untuk pembangunan pelajar tidak dipenuhi sewajarnya.

Peruntukan yang digunakan digunakan dijalan yang bukan-bukan...Contoh yang paling nyata. Staf yang bermesyuarat hanya untuk 2 jam, diberikan makanan iringan. Staf yang berkursus ke hulu ke hilir sangat mudah untuk mendapatkan bas. Tetapi jika pelajar yang bermesyuarat, dapat makanan? jauh sekali.. Ingin menjalankan aktiviti yang selalunya bertujuan untuk pembangunan pelajar, yang memerlukan bas, prosesnya agak rumit, dari A ke B, dari B ke C dan selepas menjalani semua proses jawapannya TIDAK LULUS..

Apa yang boleh diperkatakan ya... Staf lebih baik dari Pelajar? dan Staf lebih penting dari Pelajar?

Dan sepertinya diadukan tentang perkara sebegini, selalunya aku acap kali dibawa ke konsep asal iaitu BERSYUKUR..

Perkataan "Bersyukur" itu dijadikan modal untuk menjawab segala persoalan. Walaupun memang ada usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah pelajar tetapi perjalanan dan prosesnya sangat lambat.. Jawapannya seterusnya: TUNGGULAH.. KENE BUAT SATU SATU.. KALAU BUAT SEMUA.. MATI LAH..

Betul juga.. memanglah..

Tapi, bagi aku, perkara yang penting didahulukan, perkara yang kurang penting sepertinya ditangguh sementara, memberi laluan kepada yang lebih penting..

Seperti yang aku belajar di dalam OMT240-Office Simulation, pabila menjalankan tugasan, perlu untuk mengikut keutamaan. RUSH, ASAP and ROUTINE...

Rush - Mesti menjalankan tugas dengan serta-merta
ASAP - Mesti menjalankan tugas dalam hari itu juga
ROUTINE - Menjalankan tugas pabila ada masa tetapi mengikut tarikh akhir.

Begitulah kisahnya pabila bekerja di Office.. perlu mengikut keutamaan... dan seharusnya, UiTM juga perlu meneliti semua aduan pelajar tidak kira secara verbal atau bertulis hanya semata-mata untuk pembangunan pelajar dan cuba menyelesaikannya mengikut keutamaan..

Walau apa pun yang terjadi, aku tetap bersyukur kerana dapat melangkahkan kaki ke UiTM Perak ini dan aku harap perkataan "Bersyukur" itu tidak dimanipulasikan sewenangnya..
Blog: Sudah lama juga aku menceburinya...
Diam tak diam, aku sudah lama juga berblog ya... dari tahun 2006 sehinggalah sekarang.. Tapi keaktifan itu terkadang tidak konsistant.. kadang aktif melampau.. kadang senyap sunyi tanpa berita.

Aku mula berblog menggunakan friendster.. hanya mencoretkan apa yang berlaku saban hari di Mama Chops Papa Grill, tempat aku bekerja.. Masih lagi menggunakan bahasa yang sama.. Bahasa Kucarkacirku.. gaya ini juga yang aku gunakan sampai sekarang.. Memang ada yang mempertikaikan kenapa tidak menggunakan bahasa yang standard... jawabnya senang saja.. aku masih menggunakan bahasa Melayu.. tidak bahasa asing.. hanya untuk mempertabatkan bahasa kebangsaan walau tatabahasanya agak kucar-kacir.

Aku berkenalan dengan seorang yang aktif dalam dunia blog ini.. walau sekarang hilang entah ke mana.. tidak dapat dihubungi... namanya Shah... dan mempunyai laman blognya sendiri.. menggunakan domain sendiri iaitu chubbychubba. Aku menumpang laman blognya dan setupkan Wordpress diatasnya.. di situ lah bermulanya aku berblog menggunakan Wordpress..

Pabila konflik mula berlaku, laman blog aku telah ditutup kerana tidak sehaluan lagi. Maka.. aku pun mula menyepi dan hilang sebentar dari dunia blog ini...

Awal 2007, aku mula memasuki firma telekomunikasi, aku kerjanya hanyalah kerani pengurusan.. Semestinya aku dihidangkan dengan koneksi antara jaring sepanjang masa. Aku mulai mengepos entry-entry di dalam myspace. Tapi apakan daya.. pihak pengurusan mengganggap aku tidak melakukan kerja kerana terlalu asyik dengan myspace.. lalu di sekat koneksi ke laman myspace...

Agak sedih ya di situ... tetapi.. waktu itulah aku beralih kepada Blogspot.. dan menggunakan alamat reezwanblog.blogspot.com. Aku suka saja mengentri apa-apa yang berlaku di pejabat. Sungguh enak ya... entry demi entry aku lakukan dan akhirnya aku melangkah ke UiTM ini... Senyap sunyi lah sebentar laman blog ini.

Pabila aku berada di UiTM, keaktifan aku berblog hanya bermula pada akhir semester 1 dan kala itu, aku terlupa apakah kata kunci blog aku itu.. So.. apa lagi.. terpaksa aku membuka laman blog baru seperti yang anda lihat sekarang.. Lalu aku transferkan segalanya dari laman lama ke laman baru...

Diam tak diam.. sudah post yang 107 aku coretkan menggunakan alamat baru.. memang meriahkan?

So.. keep it up.. kate orang puteh..
Kesantunan berbahasa...
Sungguh meriah tajuknya di atas ya... dan sungguh bersahaja serta berhemah dalam berbahasa. Hal ini yang sepatutnya di tekankan dalam percakapan dan penulisan, iaitu kesantunan berbahasa. Aku juga akui, aku juga terkadang melanggar tembok kesantunan itu, melangkauinya walau tembok itu tinggi ya.. Tapi apakan daya.. walau dapat melangkauinya, terpaksa mengaduh sakit kerana terjatuh pabila mahu melompat. Ini yang mahu dikatakan... walau terpaksa dilakukan, akhirnya robek sedikit demi sedikit kesantunan bahasa kita.

Blog juga tidak terkecuali untuk kita berbahasa dengan penuh berhemat. Kata-kata yang manis dan baik juga menjadi penyeri untuk blog yang kita gunakan untuk meluahkan perasaan terhadap sesuatu tapi terkadang tidak dapat mengelak pabila perasaan dan emosi berkecamuk, segala macam perkataan akan dilemparkan, tidak kira cacian dan makian serta kata-kata carutan.

Itu yang perlu kita kawal. Perasaan marah memang ada pada semua insan tetapi kita perlu bersikap rasional sepanjang masa.. walaupun dalam aspek penulisan hikmah peribadi, juga ketidakpuasan dan sebagainya.

Bagaimanapun, marilah sama-sama kita menjaga bahasa kita walau apa jua bahasa yang anda gunakan.. kerana bahasa itu juga menunjukkan personaliti kita, menjadi cermin kita dan menjadi pengganti kita. Bahasa jiwa bangsa..

p/s: Aku jua perlu bermuhasabah diri... menjaga bahasaku jua..


Ketika cinta bertasbih.....

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu


Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta


  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers