Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Pilihanmu... Mutiara atau kaca..
Mutiara... tetap bercahaya, cahayanya menerobos ke ruang minda. Semakin digilap semakin bersinar.. Sinarnya membuatkan kita teruja.. Tidak seperti manik yang cahayanya tidak sedikitpun menarik perhatian.. bahkan makin digilap..makin malap pula cahaya... Itulah sifat manik...

Bagaimana ya... kisah manik dan juga mutiara..

Yang mana kamu rasa pilihan kamu.. ingin menjadi mutiara atau manik ya.. Mungkin saja Mutiara yang semakin hari digilap, semakin memantulkan cahaya menerobos ruang kornea. Atau menjadi sang manik...

Tapi... tanpa kita sedari, kita terkadang bertukar kepada manik tanpa kita sedari. Itulah lumrah manusia. Hanya leka dengan permainan duniawi.. Bertukar sifat jua kita tidak sedari kapankah terjadi.

Apapun.. sentiasa jualah menjadi sang mutiara dari berangan mahu menjadi sang manik yang tidak berguna.. walau kita terkadang menjadi sang manik... cepatlah sedar dari kesilapan..dan kembali kepada jalan yang asal..
Server UiTM digodam?.. Apakah..
Hari ini, aku dengan tidak sengaja membuka laman web UiTM di alamat www.uitm.edu.my dan akhirnya skrin menunjukkan paparan ini.




Paparan skrin... kita zoom sedikit...

Ha... inilah mesejnya..

Mesej ini juga telah memberitahu kita bahawa penggodam telah menghantarkan satu "phishing e-mail" kepada pentadbir system yang membuatkan pentadbir sistem menukar semua password menurut kandungan dan arahan e-mail tersebut.

Kejadian ini adalah biasa di kalangan pengguna internet seperti yang biasa digunakan untuk menggodam sistem bank dan telah acap kali diberi amaran terhadap e-mail-email yang mencurigakan.

Apa yang menghairan, PSMB pun boleh tertipu dengan e-mail seperti ini dan pentadbir sistem ini mungkin terkeliru memberikan password kepada yang tidak dikenali. Dan hasilnya... tada...
semua system uitm tidak dapat diakses termasuk istudent, bendahari, dan semuanya yang berkaitan dengan UiTM.... Laman Web cawangan juga tidak dapat diakses.

Apapun.. marilah kita berjaga-jaga terhadap akses dan password kita supaya tidak digunakan secara salah....
Kameraku rosak di Teluk Batik... huwaaa :((
Perjalanan ke Teluk Batik... hurm.. hanya 1 jam bersama-sama mereka yang mengikuti. Berbuka dan membuat perjanjian ringkas bersama Kak Yan.. pengurus jualan katanya.

Tapi inilah yang membuatkan aku agak mengalami kesedihan.. di kala bersuka ria menangkap beberapa gambar untuk proses dokumentasi, kamera kesayanganku yang di rompak beberapa tahun lalu mengalami kerosakan major pabila butang snapnya tidak dapat digunakan lagi.

Aku agak mengalami stres kerana satu-satunya kamera yang dibawa tidak dapat digunakan kala ini. Tapi apa-apa pun sempat aku mengambil beberapa keping gambar untuk proses dokumentasi.

Agak meriah jua berbuka puasa nya... Makanannya agak banyak dan boleh dikatakan murah jua. Sedap.. mungkin ada yang sedap, dan ade juga yang kurang menyayat hati.. ahakz.

Yang penting, aku juga menghabiskan beberapa pinggan lauk-pauk yang terhidang indah. Hilang sebentar tangisan pilu yang hanya terpendam di hati sejak ia rosak tadi.

Tapi apapun.. siap jua satu kerjaan yang perlu aku lakukan.. Berjumpa dengan manager teluk batik.. berjumpa dengan chef..

Hurm... tapi.. masih ditangisi jua kameraku yang rosak..
IDEA Pujangga Production
Hye semua orang.. entry kali ini hanya untuk makluman sahaja.

Laman web IDEA Pujangga Production telah kembali seperti biasa. Laman web IDEA Pujangga ialah:

http://www.ideapujangga.co.cc

IDEA Pujangga Production
Intuisi Dalam Elemen Artistik

Aktiviti Promosi berjalan lancar
Hari ni, memang aku tersangat riang ria kerana semuanya agak sudah selesai... dengan kisahnya ke Kuala Kangsar membeli beberapa hadiah untuk acara nanti. Biro aktiviti pula sekarang menjalankan tugas-tugas mereka...

Semuanya sudah tersergam indah tergantung di fakulti untuk tujuan promosi. Cantik juga ya.. Hari ini saja sudah agak ramai yang menunjukkan minat untuk hadir dan membuat pembayaran... Hurm... memang aku happy dan riang ria di petang hari..

Pabila petang semakin hampir ke penghujung, waktu untuk berbuka puasa, hujan turun dengan lebatnya dan membuatkan baju aku dan baju shahril basah kuyup dan sekarang membuatkan aku rasa ingin demam. Huwaaa.. memang tidak suka dengan intisari demam yang memerlukan aku berehat... SUDAH... masih banyak kerjaan untuk aku kerjakan..

Di waktu malam pula, aku berehat di bilik Shahril dan melabuhkan badan di katilnya yang terchenta.. Agak malas mahu pulang kerana tiada apa yang menarik di atas. Sekurang-kurangnya di sini aku melayan kerenah si Curry... tidak tahu apa jua jenis karinya... mungkin kari ayam, ikan atau Maggie Kari.. ahakz...

Ok la.. yang pentingnya, semuanya agak berjalan lancar.. dan sabtu ini aku akan melangkah pula ke teluk batik untuk melakukan seting dewan dan merasa makanan-makanan mereka. Pick and Choose.... ahakz..

Mahu ikut? Hanya RM35 untuk buffet Ramadhan...
Hari Penat Sedunia




Argh.. lenguh-lenguh, sakit-sakit badan sedang melanda diri ini.

Berpuasa di kala hari pertama kuliah di minggu yang ke tujuh ini memang memenatkan. Dengan perjalanan waktu yang amat perlahan membuatkan aku dehidrasi sementara menunggu waktu berbuka puasa. Dehidrasi di kala musim hujan? Ya... apatah lagi di musim panas kan?.... Rasa tak sanggup untuk menanggung beban cuaca di Bandar Seri Iskandar ini yang memang terkenal dengan rasa panas bahangnya.

Apa yang membuatkan aku penat sekali?

Ntah juga.. rasanya biasa saja tetapi penangan puasa itu yang bisa menjadi tajuk kepada entri kali ini. Hanya perjalanan hidup pada hari isnin yang biasa. Hanya menambah sedikit tugasan yang perlu di lakukan.

8:00- Kelas OE. Membincangkan event.. yang pastinya aku merupakan orang yang paling penting

10:00 - Berjalan ke Unit Korporat berkenaan dengan banner Event aku nanti

10:20 - Ke bilik Puan Hazlina... berborak itu dan ini

11:00 - Kembali ke dalam kelas yang amat membuatkan aku menguap beberapa kali, Public Speaking

1:00 - Kembali ke bilik, selesaikan banner, kertas kerja, borang TPP dan sebagainya.

2:00 - Ke office OM, menaip surat, borang event dan berlari-lari mencari En. Shefek. Berjumpa juga dengan En. Azmi, consult pasal event dan kertas kerja.

4:00 - Kembali ke kelas juga amat mengantuk.. Mandarin

6:00 - Kelas sudah tamat, masa untuk melonggarkan Tie... berjalan menuju ke Bazar Ramadhan.. Penuh padat..

6:40 - Ke Kafe Pasir Salak, membeli makanan, sambil bernegosiasi bersama D**** J**** berkenaan dengan Sponsorship. Berborak panjang pula di telefon.

7:15 - Berjalan pulang ke bilik dan akhirnya terlupa untuk membeli Air minuman yang agak manis yang membuatkan aku lebih dehidrasi.

7:30 - Mandi dan sebagainya... berbuka puasa...

9:00 - Sudah melangkah ke katil terchenta... kerana terlalu penat...

Bunyinya memang padat sungguh jadual waktu aku aku saban hari. Memang itu saja yang aku perlu lakukan demi tugas dan pelajaran. Semoga penat aku pada hari ini akan membuahkan hasil yang berlipat kali ganda di masa depan...

Insya Allah...
Soalan bodoh di bulan puasa
Agak kasar bunyinya bukan. Tapi inilah realitinya pabila ramai juga orang bertanya kepada aku:
"Puasa ke idak ari ni"? Bagi aku, persoalan ini amat "ANOYING" dan membuatkan aku rasa ingin melempang saja si penanya itu.

Walau sudah tau jawapan yang akan keluar dari mulut aku: "Mestilah puasa", lagi mahu bertanya soalan yang sama berulang kali dan sama berulang tahun. Aku kira, adakah orang di dunia ini yang sungguh berani mengatakan TIDAK PUASA kepada persoalannya tadi..

Jawapannya YA tetapi mungkin jumlahnya adalah sedikit ya.

Yang pasti, sapa saja yang mahu membuka pekung di dada sendiri dengan memberitahu aib sendiri yang sudah pasti mengaibkan? Mungkin ya mungkin tidak kerna ada juga perkara yang aib itu perkara yang biasa buat dirinya.. Tapi perkara ini, bukan aku ya.

So... pastikan jangan bertanya soalan-soalan yang sudah pasti jawapannya ya.
Malam Sireh Pulang ke Gagang by IDEA Pujangga Production

Jom berhibur sambil beramal di Bulan Syawal yang mulia ini. Hasil kutipan sumbangan akan diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Bait Al Amin, Parit, Perak Darul Ridzuan. Untuk tempahan meja, sila hubungi Reezwan di Talian 019-4186356 / 017-6422271.

Tempah Sekarang!.. Sementara kerusi masih ada..
Even + Bulan Puasa = Penat Giler..
Bagaimana ya harus aku menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Kali ini pastinya akan membuatkan aku tidak akan lupa dengan kisah-kisah yang akan terjadi, bakal terjadi, mungkin terjadi dan apapun yang terjadi dalam usaha untuk melangkah ke alam baru iaitu Bulan Ramadhan Al Mubaraq.

Bukan alam baru menjadi persoalan kerana aku pun sudah berpuluh tahun menghadapi ramadhan, tapi ini lah kali pertama aku menjalankan acara dan berpenat lelah untuk menjayakannya.

Hari pertama ramadhan? Tidak ada apa yang sangat menarik untuk aku ceritakan. Hanya bersahur dengan sekeping dua roti dan wafer yang aku beli di Kafetaria, cukup membuatkan aku bertenaga sepanjang hari untuk memikirkan plan-plan menarik semasa event aku nanti, diselang-selikan dengan baring dan juga tidur buat seketika.

Owh ya.. bukan kali pertama juga ya menjalankan event di bulan Ramadhan, pernah jua semasa bekerja dan menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim, katanya dianjurkan oleh KRFM Community Club. Tapi, masa itu aku bukanlah tunjang utama event tersebut tapi hanya orang kecil yang sama-sama memeriahkan acara.

Apapun. aku perlu tabah menghadapi hari mendatang dan tentunya penuh dengan dugaan dan dugaan dan aku harus redha dengan ketentuan yang akan berlaku nanti.
Pelajar UiTM Perak menghadiri aktiviti hanya untuk "STICKER", bukan kerana ilmunya
Inilah yang terjadi sekarang dan inilah realiti yang perlu dihadapi oleh warga kampus, tatkala program-program ilmiah yang dijalankan mendapat sokongan dan galakan yang begitu memberangsangkan tetapi objektifnya tidak sama sekali dicapai demi untuk mempertabatkan anak bangsa.

Lihat saja semalam, Forum Remaja anjuran Unit Kaunseling mendapat sambutan yang luar biasa sehinggakan audien terpaksa beratur untuk memasuki Dewan Seri Iskandar. Sempat saya bertanya kepada beberapa orang pelajar yang menghadiri program tersebut, apakah matlamat utama untuk menyertai program ini?

Jawabnya mudah dan tepat dan tanpa berfikir panjang, hanya untuk mendapatkan "Sticker" Aktiviti, supaya tidak dibuang kolej. Untuk pengetahuan umum, "Sticker" aktiviti adalah satu medium untuk membuktikan pelajar hadir ke mana-mana aktiviti untuk memudahkan urusan permohonan kolej. Jika pelajar tidak menghadiri sekurang-kurangnya 5 aktiviti Universiti, maka, pelajar terpaksa mencari rumah di luar, berpanas berhujan untuk menghadiri kuliah. Hal ini telah menunjukkan bahawa tujuan utama pelajar atau siswa juga siswi menghadiri program ilmiah bukan kerana ilmunya, tetapi "sticker"nya. Satu lagi bukti yang amat kukuh, mereka semua berasa hampa pabila hampir 2 jam berhimpit di dalam Dewan Seri Iskandar tanpa mendapat apa-apa ilmu yang disampaikan, tatkala keluar dewan, tiada apa-apa "sticker" yang akan diserahkan kepada pelajar. Hal ini telah menimbulkan suasana gamat dengan keluhan pelajar.

Secara tidak langsung, objektif utama program ilmiah dijalankan tidak "sampai" kepada pelajar kerana Nawaitu atau niat utama bukan untuk mendapatkan ilmu. Jadi, apakah perlu membuang masa menjalankan aktiviti kerana hanya untuk mendapatkan "Sticker" tersebut.

Sama saja kisahnya di Uptown (Kafe) yang mempersembahkan Wayang Pacak yang bertemakan kemerdekaan. Filem Bukit Kepong yang ditayangkan hanya ditonton hanya beberapa kerat pelajar, dan yang lain setia menunggu dengan rasa bosan, bila saja filem ini akan berakhir, untuk mendapatkan "Sticker". Adakah ini yang di katakan warga kampus yang berwawasan? Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini.

Mungkin saja kesalahannya terletak di bahu UiTM yang mendidik warga kampus supaya menghadiri aktiviti hanya untuk mendapatkan penempatan di dalam kolej, bukan untuk mendapatkan manfaat darinya. Bukan hadir dengan hati yang ikhlas tetapi dengan rasa terpaksa. Inilah realitinya.

Masalah lain yang timbul apabila pihak UiTM menguatkuasakan dengan ketat polisi kemasukan ke Kolej yang tidak memberikan imuniti kepada aktiviti dibawah fakulti dan persatuan fakulti. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak fakulti adalah "tidak laku" dan tidak boleh diguna pakai untuk membuat permohonan kolej. Natijahnya, aktiviti yang dijalankan di bawah nama fakulti sepertinya tidak akan mendapat sambutan yang mengalakkan dan semestinya acara-acara fakulti akan berbentuk ilmiah seperti ceramah, forum dan kempen. Nah, inilah yang dikatakan pelajar UiTM Perak berlumba-lumba mengejar "Sticker" daripada mengejar ilmu.

Bagi saya, hal ini merupakan hal yang sangat serius dan perlu diatasi dengan penuh gaya kepimpinan. Kita bukan ingin lahirkan pelajar yang kosong jiwanya dan tidak mempunyai "Soft Skill" kerana inilah yang membuktikan pelajar UiTM sangat laku di pasaran. Kita perlu berganding bahu mengembleng tenaga untuk membendung gejala yang tidak sihat ini demi untuk melahirkan warga UiTM yang penuh berwawasan selaras dengan Misi dan Visi UiTM.
Teks Pengacaraan Majlis, EMCEE untuk Majlis Rasmi dan Berprotokol
Salamz... Sudah beberapa lama juga ya aku tidak menjengah ke laman blog ini ya. Sejak aku ada mengarang satu post yang bertemakan Pengacaraan Majlis.. Rupanya, ramai juga yang menjengah ke laman blog aku dengan kata kunci Google: Pengacaraan Majlis.

Ok la.. kerana ramai juga yang menginginkan aku memberikan perkhidmatan menyediakan teks juru acara atau pengacara majlis, aku akan berusaha untuk memenuhi semua permintaan ya..

Dan , kali ini aku membuka perkhidmatan kepada mereka yang diluar sana yang menginginkan perkhidmatan aku ini. Seperti biasa.. aku akan caj hanya RM 5.00 untuk satu acara. Murah bukan?

Ala.. hanya untuk menampung elaun makan saja.. bukan untuk mengaut untung tetapi hanya untuk memberikan perkhidmatan... Ki kiki ..

So.. sapa saja di luar sana inginkan perkhidmatan penulisan Skrip Pengacaraan Majlis atau Acara, boleh mengemelkan butir-butir berikut

* Nama Penuh Acara dan Tema Acara.
* Jenis Acara
* Aturcara Majlis
* Senarai tetamu kehormat berserta dengan Pangkat, Gelaran, Jawatan
* Senarai jemputan yang mempunyai tugas, Cth: Pembaca doa

hantarkan ke e-mel : ridhwan@isiswa.uitm.edu.my.. Aku akan sediakan secepat mungkin dan mungkin mengambil masa maksimum 3 hari.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menyokong aku mengadakan kembali perkhidmatan ini...
Akan Datang.... by IDEA Pujangga Production
Huh.. sudah tidak sabar rasanya untuk melangkah ke minggu yang ke sepuluh kerana waktu itulah Event aku di bawah production yang baru ditubuhkan ini berlangsung.. IDEA Pujangga Production...Namanya sungguh sedap sekali.. Malam Sireh Pulang Ke Gagang... nantikan saja kemeriahannya.

Esok, kelas akan bermula dan kelas yang pertama tentunya OE, class yang aku sangat tunggu-tunggu untuk menunjukkan kepada team tentang teaser pertama kami. Bermotifkan hitam bersulamkan watak tepak sireh... sangat klasik.. dan dicetak di atas kertas conteng berwarna coklat... elegan dan klasik pula...

Inilah rupanya teaser pertama kami.. Pabila di cetak, sangat cantik dengan kemasan coklat hasil gabungan dengan warna kertas... Esok kami akan minta pengesahan dan cuba menaikkan poster ini di papan-papan kenyataan yang berkenaan...

Chayok..
Resipi Spagetti Bolognese... Hakcipta Terpelihara
Sekadar Gambar Hiasan... Sedap kan..


Ada juga yang bertanya aku bagaimana untuk membuat sos spagetti yang sedap dan lazat seperti yang aku selalu sediakan di rumah untuk dijamah penghuni serta tetamu sama ada yang diundang atau tidak diundang. Mak aku pula kata seperti makan di Itali kerana rasanya hampir sama dengan spegethi yang di hidangkan di Restoran makanan Itali, Italinies. Abang aku pula berkata, RM 40 saja dihabiskan untuk mencari spegethi yang sedap... tapi kalau dapat makan free yang sedap.. tak salah kan..

Memang tak salah... Sebab kamu hanya datang dan makan, aku yang bertungkus-lumus menyiapkannya.

Baiklah, aku akan dedahkan cara-cara aku menyediakan sos spegethi yang biasa aku sediakan di rumah.

Perhatian: Sos ini berasal dari resipi sos yang asli tetapi diubah suai untuk selera lidah melayu. Walaubagaimanapun, rasanya memang masam-masam lemak manis dan rasanya seperti resepi asal. Jika anda mahu mencuba, cuba dalam kuantiti yang sedikit dulu kerana takut-takut tidak kena dengan lidah kalian nya.. (Pernah ada pengalaman.... faham-faham je la kan)

Spegetti Bolognese

Bahan-bahannya.

1 Tin Tomato Puree (Cari yang pekat bukan cair, jenama yang aku selalu gunakan adalah KIMBALL)
500gm (1 tub) Daging cincang (Aku selalu menggunakan daging, Ayam boleh juga, tiada masalah)
1 labu bawang kuning (Potong Dadu)
5 ulas bawang putih (Mayang halus)
5 biji tomato segar
1 cawan susu segar
1 camca kecil garam
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 sudu besar jus anggur pekat (optional)
Daun Oregano dan Mixed Herbs
Minyak Zaitun

Ok.. mari kita lihat cara-caranya..
  1. Cuci daging sebersih yang mungkin dan perapkan dengan sedikit daun thyme.
  2. Bagi aku, kalau nak masak sos spegethi, baik gunakan periuk dasar tebal. Kalau tak de pakai je la periuk ape2. Asalkan muat kuah tu nanti..
  3. Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun dan saute bawang kuning dan putih. Jangan sampai garing, sikit-sikit sudeyh.. Bagi layu jew.
  4. Bile dah layu bawang, masukkan daging tadi dan saute sampai brown. Bile dah agak brown, masukkan secawan susu tadi.
  5. Biarkan susu menggelegak dan bile susu dah ilang kerana daging tadi dah serap, baru masukkan 1 tin tomato puree tadi dan masukkan satu tin air rebusan spegethi.. (air yang korang rebus spegethi tu.. ha.. pakai air tu...) (gunakan tin yang sama).
  6. Masukkan tomato yang telah di potong baji. Biarkan lembut dan picit-picit buah tomato bagi hancur.
  7. Barulah boleh masukkan cendawan butang tadi... Hiris tau..
  8. Then masukkan 1 sudu jus anggur pekat, kalau tak de pun tak pe sebab rasa die tak banyak beza. Seterusnya biarkan mendidih dengan api yang paling perlahan selama 1 jam. Kuah akan pekat selepas satu jam. Kalau nak buat 2 jam lagi best.. Tapi aku selalu buat 1 jam sebab jimat gas.
  9. Bila kuah pekat, baru masukkan oregano dan perasakan dengan garam. Renih beberapa minit dan lehla sejukkan sikit.
  10. Boleh la hidangkan dengan spegethi yang korang dah rebus awal2.. Hiaskan dengan parsley dan cili benggala (capsicum)..
Ok.. dah puas hati... kalau korang ikut tol-tol, sure jadi.. Selamat mencuba ya.. NYUM...
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers