Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Perginya kepimpinan yang matang..
Hari ini, aku bakal menghabiskan sisa-sisa hidup di zaman diploma.. Pejam celik, rupanya hampir 3 tahun berlalu, dari permulaan langkah pertama ke UiTM, kini ke langkah terakhir.

Terkalam di blog ini pelbagai jenis tohmahan dan kritikan, bukan untuk merendahkan tetapi untuk menaikkan semangat pihak terlibat, untuk memperbaiki langkah-langkah plastik dan hipokrit... untuk memperbetulkan keadaan..

Kerana apa aku menulis, kerana aku merasakan perginya sifat-sifat kepimpinan yang matang, ditelan arus generasi... bertukar ganti akhirnya langsung lenyap ditelan zaman.. Hanya sisa-sisa yang tinggal.. Maka inilah yang akan menjadi tunjang kepada keutuhan institusi itu sendiri.

Pabila melihat kembali, aku rasakan segala paduan suara kepimpinan segalanya menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan, kematangan, unsur perpaduan menegakkan yang betul, meranapkan yang salah.. Tetapi pada hari ini.. apa yang berlaku.. mereka sedaya upaya menegakkan benang yang basah dek termakan kata-kata nista dan juga sebagai duri dalam daging untuk mempertahan diri sendiri..

Inilah kepimpinan yang tidak matang, hanya menurut kata belakang, yang di hadapan di endah, maka tersungkur pabila ditolak, terbangun pabila ditarik... terduduk pabila terkilan.. itulah pengakhirannya... Inilah pula generasi yang bakal pemimpin negara..

Tapi... yang datang tetap pergi, silih berganti. tidak dapat dinafikan, tetapi harus diingat, perlulah jua kekal mempertahankan maruah bangsa.. tidak seperti harimau di sondol hidungnya.. Ingatlah...
Hari-hari terakhir....
Diam tak diam, antara bising dan senyap, aku dah mahu mula melabuhkan tirai curahan hati sepenuh jiwa.. Maka.. aku jua akan merindui kalian, kerana kalian jua akan merindui aku ini.. (terlalu perasan)

Masuk saja ke pejabat (kantor) kali pertama setelah puas beraya, hanya memikirkan bahawa aku sudah akan meninggalkan tempat ini. Maka, aku harus segalanya selesai sebelum aku tamat latihan praktikal. Dari permulaannya, aku tidak mengenali sesiapa, kini aku mudah gaul dengan teman yang juga membantu dalam aku pelajari erti pekerjaan dan tugas-tugas.

Hari ini, aku berusaha sedayanya untuk menghabiskan tugas-tugas pending... Maka hari2 seterusnya akan aku hanya duduk ditempat, sambil menghabiskan tugas-tugas penting..

Huh.. aku sudah mahu habis kerja... aku akan merindui...
Aku melepak?..
Itu saja satu perkataan yang aku boleh gambarkan pabila bangun dari tidur tadi.. Oh RAYA... sangat menggusarkan.. kerana rumah baru saja berkecah.. mengemas sana sini... dan akhirnya rumahku bukan semakin kemas.. tapi semakin kecah..tapi tidak mengapa... akan di urus nanti.. masih ada banyak ruang waktu lagi bukan...

Kali ini, hanya ingin bercerita kepada kalian... betapa hidupku ini rupanya pudar dan pucat, seperti dahulu kala.. kerana jiwaku ini jua yang terlalu malas memikirkannya.. hanya mengikut rentak kawan yang ke sana ke sini.. jika tiada.. itulah gerangannya aku hanya berada di rumah.

Melangkah ke alam fesbuk, ada jua yang bertanya.. di manakah arah tujuan saban minggu.. aku hanya menjawab.. duduk di rumah dan berehat.. kerana.. aku tidak mempunyai arah tujuan.. aku jua mulai risau pabila aku menghabiskan alam prektikel di KL Monorail itu.. maka saban minggu akau hanya berada dirumah.. tanpa ada syak wasangka.

Melihat rakan2 seperjuangan.. menghupdate fesbuk saban minggu ke hulu ke hilir... ke shopping mall saban waktu, aku mulai bertanya pada diri sendiri, apa yang kalian cari di sana saban minggu... mencari tempat melepak.. huh.. lebih baik berada di rumah.. tapi kalian jua mengingatkan aku bahawa kerana itulah badanku gemuk kerana tidak produktif..

Haish.... ntahla.. aku jua tidak mengerti... tapi aku dengan caraku dan gayaku.. mungkin aku ini lebih senang duduk dirumah.. tapi pabila diajak.. aku mungkin menurut.. tapi untuk mengajak rakan.. itu bukan aku..

Mahu aku berjalan2 mencari tempat lepak.. hanya call saja.. aku cuba tepatinya.. tapi jangan cuba mengharap aku yang memulakan langkah pertama...
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers