Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Berakhirnya satu semester..Kenapa masih belum tamat pertelingkahan ini..
Jika semester pertama aku hanya menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang baru sahaja melangkah ke alam Universiti, yang masih belum tahu yang betul mahupun salah di alma mater tempat aku duduk untuk mempelajari sesuatu dan mengejar cita-cita, di semester kedua, aku jalani kehidupan dengan penuh girang pada mulanya dan kegembiraan itu musnah pada akhirnya. Dan kini, aku sudah melangkah ke semester yang ketiga.. yang aku kira, aku jalani hari-hari aku dengan penuh rasa penting diri tanpa memikirkan kehidupan orang lain. Mungkin, aku rasakan hidup aku lebih bermakna dari hidup kamu semua. Mungkin.

Tapi, setelah hampir beberapa bulan aku berada di semester ketiga ini, aku rasakan satu pertelingkahan yang bermula pada awal semester lalu masih belum aku selesaikan kerana apa ya.. Aku juga tidak mengerti. Ha.. aku tahu. kerana ego yang bertakhta di jemala hati ini yang membuatkan aku rasa tidak perlu untuk berbaik-baik walaupun kini aku rasa kehidupan aku sangat sukar untuk meneruskan hari-hari aku berada di sini.

Kamu pula... Aku juga tidak dapat mengenal pasti kenapa kamu juga tidak mahu mencuba untuk berbaik-baik dengan aku walaupun itu satu tanggungjawab kamu untuk berbaik-baik dengan aku... Yang penting, mungkin keegoan kedua-dua pihak, antara aku dan kamu membuatkan pertelingkahan ini akan berterusan sehingga tiada penghujungnya.

Persoalannya, siapa yang perlu melakukannya? Aku? Kamu? ntah jua. Aku tidak pasti. Hanya tunggu dan lihat saja ya, ego siapa yang akan punah dulu.. Hanya waktu yang akan menentukan.
Dek penangan 1 Litre of Tears
Salamz kepada semua Readers ya...

Dek penangan drama siri Jepun yang diterbitkan pada tahun 2005, air mata aku kering kerana tumpah di setiap episod yang menyedihkan. Seorang gadis yang cantik berumur 15 tahun yang mengidap penyakit yang tidak dapat diubati yang diberi nama "Spinocebellar ape ntah" yang dipaparkan dalam drama 11 episod "1 litre of tears".


Jangan la gelak sebab aku baru berkesempatan nak tengok cite ni. Walaupun Shahril dah bagitahu sem lepas, tapi baru la sempat tengok study week kali ni (Credit to Tojiq).

Kisah ni memang sedih la kalau nak dibandingkan dengan cite-cite lain. Setiap episod dapat membuatkan penonton sebak melihat adegan-adegan yang menyentuh hati. Kisah kecekalan seorang manusia biasa yang tidak pernah jemu untuk berusaha untuk hidup.

So... korang kene la tangok cite yang mengamit perasaan dan jiwa raga ini...
Hurm... Kenapa engkau begitu...
Hurm... perlajanan hidupku memang penuh dengan pancaroba yang selalu mengganggu fikiran dan melemahkan ingatan aku kepada yang lain tetapi menguatkan ingatan kepada kamu sahaja. Perbualan di YM tempoh hari membuatkan aku terfikir sejenak tentang apa yang kamu cuba lakukan kepada aku dan juga S**h***.

Yang pasti, tiada apa-apa yang akan berlaku antara kami berdua kerana persahabatan yang kami lakukan atas dasar saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati dan saling memberi dan menerima. Yang pasti sekali lagi, aku yang sentiasa berada di sisi beliau, bukan engkau. Semestinya aku sentiasa mengetahui apa yang dilakukan yang sememangnya benar belaka.

Cubaan untuk memisahkan aku dan dia aku rasakan tindakan yang bodoh dan b**g**g sekali kerana tindakan itu tidak akan memisahkan kami setelah 3 semester bersama, belajar bersama-sama dan bermain bersama-sama (di taman). In fact (dengan izin) engkau saja yang kali ini terpisah dengannya tanpa belas kasihan kerana keZALIMan engkau. Tidak salah aku rasa dengan tindakan beliau.

Aku harap... engkau cepat-cepat bertaubat dan hentikanlah dakyah-dakyah palsu dengan harapan aku dan dia akan terpisah dan dalam usaha untuk membuatkan hati engkau puas. Tetapi malangnya, kami bina persahabatan kami dengan dasar yang aku telah katakan tadi.

p/s: Pos ini hanya ade kena mengena dengan hati yang sangat busuk. Tiada kena mengena dengan hati yang bersih lagi suci
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers