Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Si Chubby ke Anugerah Skrin
Dapat tiket ke anugerah Skrin? Best kan... best bangat. Very da ExCiTed taw.. tu pun Meera yang punya kawan yang kerja di TV3.. yang pasti sangat terasa keexcitedtan... Bahasa apakah ini ya..

Setelah membereskan semua kerjaan yang kutinggalkan sejak kelmarin di tempat curah bakti tersayang.. terus lambai kepada semua rakan-rakan yang terus-terusan habisin kerjaan ntah sampai jam berapa.. mungkin tidur di opis saja.. ahakz.. yang pasti aku harus pulang lebih awal.. untuk tidak terlepas tren yang tidak berapa laju untuk ke PWTC...

Dalam tren... wajah2 ceria segala pelusuk celah-celah ruang segala.. ntah kenapa semuanya gembira menaiki tren yang cukup padat.. mungkin jua ingin ke tempat yang sama seperti aku... Eh.. mungkin tidak.. ngak mau.. Berfikir sejenak.. Owh ya.. hari Jumaat rupanya. Esok waktu libur sama kawan maupun pacar di taman bunga mungkin sekali bunganya layu segala..

PWTC yang tersegam indah.. sampai di sana masih belum kelihatan di mana ya Meera dan Meeza. Mungkir janji lagi. tahu sudah.. bukan biasa dengan pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang cukup effisien keberkesanannya... aku jua pernah tersesat kerna mengambil tren di platform yang salah.. buka mata... harussss berada di hujung dunia. Gejala tidur di dalam pengangkutan awam sangat berleluasa ya...

Mencari-cari telefon bimbit yang mana saja aku campakkan..mendail no kedua-dua no perempuan yang boleh la dikatakan cantik belaka... Ahakz.. Di mana saja kamu??? Mendail dan di jawab..

"Dah sampai dah" Baik lah.. sungguh lega hatiku kini ya.. dan keceriaan terpancar di setiap wajah-wajah yang menghadiri function itu ya.. Terus menaiki aras 4 untuk menyaksikan acara RED Carpet.. Merah sungguh ya carpet itu.. Melihat celebrity berjalan ala-ala kucing siam di red carped tersebut.. dan jurugambar tidak putus-putus mengklik kamera mereka... erm biarlah..

Terus menaiki tangga ke aras lima... Cukup cantik pentas yang direka oleh siapa aku jua tidak ambil peduli..dan Majlis Anugerah itu terus berlalu...

Photobucket

Pabila habis segala trofi di berikan kepada pemenang.. aku menyusup keluar untuk bergambar pula dengan artis yang mahu pulang.. Segala artis segala diselubungi peminat. Memang cantik belaka dan ini la masanya mahu melihat artis secara dekat..

Yang paling aku suka... Intan Ladyana.. wajahnya persis... persis apa ya.. ntah aku jua tidak taw.. Memang cukup cantik dan aku dan Meera sempat bergambar dengan dia yang cukup cantik menawan..


Photobucket

Jangan marah ya.. yang pasti selepas ini... Ashraf Muslim yang sangat tinggi.. Dan jua baik dan sporting.. tidak menolak sesiapa yang mau bergambar dengannya.. Hensem taw.. Nak geget je rasenye..


Photobucket
Yang pastinya.. kami jua yang berfoto-foto bersama artis.. Meeza?? Dia cuma mau tanggap gambar kami saja... katanya low profil.. Bencis.. ahakz

Perjalanan pulang segalanya tentang anugerah Skrin tadi. Bercerita jua dari A-Z tak putus2. Huh.. sudah penat jua mulut untuk berbicara..Nanti function kita pergi bersama lagi ya...
Kekecewaan kesinoniman kehidupanku....
Seperti biasa, seperti hari-hari sebelumnya, seperti hari-hari semalam, seperti dulu.. Perkara yang acap kali berulang memberikan implikasi yang sama dan memberikan kesan yang sama setiap kali.. dan setiap kali jua aku terpaksa berdepan dengan situasi yang sama.

Pembaca setia blog aku jua kiranya sudah terbiasa membaca kisah kehidupan aku yang sama setiap bulan.jua setiap masa..Semua coretan mempunyai nilai dan isi yang agak sama dan mungkin mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.

Melalui kesinambungan coretan sebelumnya, ini mungkin klimaks yang agak memberangsangkan minda untuk berfikir kenapa ia berlaku. Mungkin minda aku jua yang terangsang dan sedar insiden yang hampir meragut nyawa berpunca dari kesilapan aku sendiri.. Sekali lagi aku menyalahkan diri sendiri..

Aku tahu perkara ini tidak mungkin akan berakhir dan akan sentiasa terjadi dan aku seperti takut untuk gembira kerna kekecewaan, kesengsaraan dan segala macam dugaan yang akan menimpa. Dan kini aku sedar aku tidak punya kekuatan.. dan tidak layak untuk menerima kegembiraan.

Mungkin tawa riang dan senyuman yang terukir di bibir hanya lah sementara kerna sebentar lagi aku akan kembali kepada keberontakkan jiwa dan penderaan minda serta jiwa yang maha hebat.

Ya.. benar apa yang Mizmaryjane katakan pada aku.

Musfirah Tajuddin KRFM: wan…. life goes in circle… it is more alike a moving wheel

Ya ku memang tahu itu..ya.. memang aku persis roda.. dan turun naik itu bagai telah di atur laju dan jarak perjalanan.. dan seperti aku harus menerima hakikat yang aku tak perlu kan kegembiraan kerna pasti kekecewaan itu akan datang jua menyusul.

Aku sayang sama kamu.. ya memang aku sayang sama kamu. kenapa kamu suka meragut tatkala aku gembira. Kamu sedikitpun tidak menghargai betapa sayangnya aku sama kamu.. Setiap saat aku teringat kamu dan kamu hanya tahu aku bersalah kerna aku mendail destinasi kamu.. Karut.. alasan apa itu. Owh kerna aku ganggu kamu.

Baik aku tidak ganggu kamu lagi. Harap kamu gembira dengan ketiadaan aku.. Aku doaakan kamu bahagia bersama si dia ya. Biar aku tanggung derita ini seorang diri.
Ya apa yang dapat aku simpul rapi di sini bahawa Aku memang sinonim dengan kekecewaan, kesengsaraan dan segala macam dugaan. Semoga nanti ada jua yang dapat membuka ikatan ini dan mengubah ape yang disimpulkan supaya lebih baik….

Inikah dugaan yang ju terima mencintaimu sepenuh jiwa
Adakah salah aku, erm mungkin ya mungkin tidak
Entah la, aku jua tidak pati siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Pastinya aku yang tidak mengerti.. Kerna apa aku tidak mengerti.. kerna aku tak diberitahu.. Aku lagi bingung
Saban hari aku mendail tapi kata2 amarah yang aku terima. Kenapa aku ya yang menjadi mangsa di atas semua perbuatan kamu..engkau dan mereka. Aku tidak bersalah dalam hal ini.

Erk.. aku bersalah?? Aku tidak pasti apakah yang keluar dari kamu adalah benar..Gurauan semata ya?.. Iya aku yang bersalah?? Kerna aku mendail destinasi kamu aku jua yang bersalah?? Argh.. terpaksa jua aku terima kesalahan ini mungkin. Aku kerna kuat?? kuat menghadapi rintangan kerna mendail destinasi cinta aku..

Caramu dan caranya berbeza..

Mungkin pernyataan di ungkap oleh benak yang jauh tersorok dan tak dapat di bayangan pandangan mata kasar dapat menyedarkan aku.. Siapakah yang harus menurut siapa?? Kamu atau aku..

Terlintas jua di fikiran coret-coret ini
Hendak ku luahkan takut makanlah diriHendak ku simpankan meracuni hatiHendak ku jeritkan takut malu sendiriHendak ku diamkan kau takkan mengerti..

Huh.. dilema seorang insan seperti aku..Sehingga yang coret terakhir ini aku jua tiada kepastian siapa yang harus dipersalahkan?? Engkau, aku, dia, mereka.. atau semua nya benar dan betul semata..
Hati.. mungkinkah ia tulus.....
Udah berdekat lama rasanya aku tidak memposting dan entah kenapa laman ini kurasakan sepi kiranya seperti padang jarak bayangan mahsuri mahupun laman perang di singapura.

Erm.. Hati?

Bicara tentang hati ya.. apa yang bisa dibicara kan.. Mungkin jua dengan kehadiran Filem Sejarah Hati Malaya bikin aku menyelongkar ketulusan hati seorang insan.

Bila janji terlukis indah
Usah lagu kau buru cinta
Aku serahkan hati asmaraku
Kini bebas hati bersatu

Sedikit bait-bait lagu dendangan Siti Nurhaliza..

Hati kita ini ditentukan oleh kita sendiri.. bukan orang lain bukan sesiapa tetapi kita aja ya.. Jika kita mahu putih hati.. maka bersih jua hati itu dan jikalau mahu hitam hati itu… jelek jua ya..

Tapi kamu harus ingat hati yang putih mahu di jadi hitam cukup mudah… persis pakaian putih mahu di kotorin hanya calitkan sedikit lumpur.. dan mahu di bersih hati yang kotor itu cukup sukar dan perlukan usaha.. dan persis kain yang dicalit lumpur tadi.. mahu di bersih perlu di sental dan di rendam lantas di berus sehingga bersih.. Sukar kan..

Konklusinya jaga hati ya supaya tidak hitam. lebih baik ianya putih bersih.. semoga mendapat manfaat dengan hati yang bersih. Jiwa akan lebih tenang dengan hati yang tiada calitan lumpur.
Dunia akan lebih ceria tanpa hasad dengki dan amarah yang tidak dapat dikawal akibat hati yang tidak bersih.

Owh hati…
Lukamu lukaku jua
Luka mu luka ku jua
Tak sanggup ku melihatnya
Pedih mu pedih ku jua
Menusuk dalam jiwa

Akan tetapi luka yang aku sendiri timbulkan tidak perlu kamu membenam jauh ke sudut hati, kerna luka yang aku terasa pedih tiada ertinya buat kamu. Dan kadang kala kamu jua tidak merasa apa yang aku pedihkan.

Tetapi, setiap luka yang kamu alami, mahupun fizikal atau mental, zahir atau jua batin, akan aku terasa betapa sakit nya bila dilukai, dan batapa pedih nya pabila luka itu berdarah kembali. Kenapa ya.. Kerna aku cuba fahami kamu.. Cuma kamu yang tak pernah fahami aku.. Mungkin jua aku sukar difahami ya.. yang mengenali dapat menilai.

Aku cuba memahami apa yang kamu fikirkan, apa yang kamu rasa.. Tapi apa yang aku rasa itu aku sendiri tidak tahu sama ada benar atau tidak.. Tapi firasat aku cukup kuat mengatakan maha benar belaka.. Mengapa kamu mahu menyembunyikan dari aku..

Sembunyi, namun kan terlihatYang jelas di wajahKita sememangnya sarat merasakan cinta
Aku dapat memahami nya.. walau jasatmu jauh di satu sudut bumi..

(credit to new boys,misya omar,andy flop poppy)
Dulu, kini dan selamanya...
Dulu
Aku seorang kanak-kanak
Yang tidak pernah kenal erti apa-apa
Menurut orang tua ke hulu dan ke hilir
Mahupun ke barat atau selatan
Kiranya..Aku ini persis seekor burung
Yang ingin bebas dari kurungannya

Kini
Masa berlari begitu pantas
Waima aku sering memerhatikannya
Aku tidak bisa menahan waktu supaya berhenti
Benar...Aku rindu zaman kecilku
Yang hari demi hari disekat kemahuanku
Arghhh... Kebebasan kini tiada ertinya lagi
Aku tidak mengerti
Kini aku merindui di pegang dan di sentuh

Selamanya
Aku mencari akan itu
Seperti dulu aku di heret dan ke mana jua
Ke barat mahupun timur
Ohhh tuhan...Berikan aku kekuatan hati..
ketebalan jiwaUntuk terus mencari waima di mana jua
Pedoman untuk hidup
Sebelum aku mati..
Semalam yang gembira di pagi hening, tangisan di petang sepi, berbunga di malam sunyi..kembali berduka di pagi hening....
Semalam yang gembira di pagi hening, tangisan di petang sepi, berbunga di malam sunyi..kembali berduka di pagi hening, itu la kitaran hidup aku seharian...

Kisah burfday boy di kala ingin menyambut hari lahir yang paling tidak, cukup memberikan segala emosi mengikut fasa.. juga mengikut section or ikut Bab persis baacaan novel yang tiada unsur klimaks mahupun peleraian.. waima hari semalam yang buat seseorang itu gila sebentar dan kembali ceria dalam genang air mata..

Entah apa ya.. perlukah untuk menitiskan air mata yang mungkin tiada ertinya lagi... mengapa bilang begitu? maha benar bagi insan yang seperti aku ini beranggapan begitu.. tahu sebab nya.. baca saja blog yang dicoret beberapa bulan lepas di myspace ya..
Lets make simple..

Pagi
Saat pagi yang hening dan sungguh menggembirakanEntah berapa ratus sms yang menerjah masuk untuk mengucapkan "selamat hari jadi" sehingga aku melihat skrin telefon bimbit "No Space For New Msg".. Kerna apa banyak sekali pesanan ringkas ya.. kerna seluruh pelosok dunia ni di khabarkan tentang tarikh hari lahir ku itew... Wa ha ha

Bangkit dari tilam empuk yang sudah dikemas oleh adik2 tercinta mahupun yang yang tidak tercinta.. juga ada yang tidak terfikir langsung tentang nya.. melihat waktu sekarang... arghhh hari yang sungguh gembira.. semangat yang berkobar2 untuk bertolak ke tempat curah bakti.

Lambat juga ya sampai ke tempat aku mencoretkan kisah ini kepada kalian. kerna apa.. meluangkan waktu seketika sambil mengunyah "lotus seed pancake". Enak ya
Sambil log in kepada YM dan "pagi" kepada teman wajib terdengar suara dari arah belakang "HAPPY BIRTHDAY"... U dah besar la wan. U dah tua... Waaa tuakah aku. Ya.. aku sudah tua setahun dari semalam.. Kamu pikir apa. kamu jua tua setiap hari.

Itu semua menjadikan aku sangat gembira dan aku sendiri tidak tahu kenapa hari itu aku sangat mendambakan kegembiraan.. mungkin kerna setiap hari berlalu cuma gembira yang dibuat2 atau gembira yang bertukar nestapa persis bertukar musim di negara2 barat.. yang mempunyai iklim berbeza... mungkin 4 kali pertukaran setahun tapi aku satu hari saja beberapa kali bertukar musim...

Kamu udah penat baca ya.. tak pe.. berhenti saja di sini kerna lepas ini hanya cerita duka nestapa aja..Aku mahu jua coret kan kepada kalian..

Petang.. saat berduka lara
Kenapa ya.. aku mendail setiap orang yang aku sayang.. jawapan nya "Tidak, tak, erm.. tengokla" Hancur hatiku, mengenang dikau. erh. mengenangkan nasib bila terdengar ungkapan itu...

Berjalan jua ke tengah bandar yang kini sesak dengan kepulangan insan ke kediaman masing2 setelah penat bekerja di tempat curah bakti.. Tapi di mata aku seperti sunyi dan sepi aja bandar ini. Seperti keseorangan dan bersendiri.

Duduk saja di dalam tren yang pantas bergerak dan berhenti seketika di setiap stesen mahupun berhenti di pertengahan jalan untuk memberi laluan kepada tren antarabandar.. aku masih termangu sambil membaca majalah remaja yang dibeli beberapa hari lalu dan masih tersemat di dalam beg sandang.. Itu saja yang mampu aku lakukan di samping bertukar tren dari yang bawah ke yang atas.. dan yang atas ke yang tengah dan sebalik nya..

Jari2 masih lagi menekan2 pad telefon bimbit yang bila2 masa boleh mati kerna tiada lagi kuasa yang mampu membuatkan alat perhubungan terpenting itu bernyawa dan kembali hidup seperti biasa.. penting ya?? kadang kala alat itu sebagai mainan dan tidak penting untuk di simpan.. tapi bila dibuang, berguna pula ya... aduh tak ku fahami apa yang aku fikir..
tiba-tiba....

Malam - hati berbunga menemani malamku
"Terima kasih kerna sudi temankan wan.. nyaris nak balik taw"

"Ntah la, tetibe je nak sms wan. kebetulan sangat wan ada area KL"

"Argh.. memang dah nak balik dah tadi"

"Jom makan"

"Ok"

Gelak ketawa memecah keheningan malam itu di kala makan di satu sudut di KL. Aku bersyukur kerna ada jua yang yang sudi menemani walaupun hanya makan malam. Bertepuk tampar dan sambil bercubitan2.. ha ha

Aku memang gembira di malam itu.. sungguh gembira. terima kasih ya.. tapi kegembiraan itu tidak berpanjangan.. aku akui aku saja inginkan genang ini pecah mungkin.. Ya... pecah jua kala membuka pintu rumah.

Tepat sekali jangkaan ku.. teringat kan dengan ungkapan "tak, tidak, erm.. tengok la" itu... dan menjadi realiti.

Terus tidur sambil berduka lara dan hidupku semakin sepi dan sunyi tidak seperti semalam sehingga aku mencoretkan kisah ini kepada kalian.

Aku tahu, pembaca blog aku yang setia terpinga2 mencari jawapan kepada semua kisah2 kehidupan yang telah aku coretkan. yang aku boleh nyatakan.. Aku saja yang tahu...Teringat sebentar senikata lagu yang didendangkan farhan. Ku yang... tahu..
Wat da small world
Huh... pergi sekalipun ke hujung dunia, hanya orang yang sama jua kita ketemu.. Napa ya.. Kerna dunia ini terlalu kecil untuk kita mengelilinginya..

Kisah ini berlaku bukan kerana aku dan bukan jua tentang aku tapi sedikit sebanyak ada jua kene mengena dengan aku.. Entah macam mana, ketika aku bertemu dengannya ketika berhari raya di rumahnya dan bersama-sama mencandat sotong di Perhentian kini terasa seperti mimpi apabila kawanku sendiri terbercinta dengan dia.

What a small world

Dengan kecanggihan dunia teknologi, siapa2 pun boleh kita ketemu. tapi ini yang aku rasa memang dunia ini sangat kecil.. Alih2 telah menjadi rakan sepasukan dan langsung tidak dikenali sehinggalah gambar aku sama kamu di semadikan dalam profil yang dinikmati semua pengguna di tatap dan di kenali rupanya. Ha ha
Memang dunia ini sangat kecil ya

Moral of the story is.. mana aja yang kamu pergi kamu akan jua terjumpa orang yang sama.. dan tidak boleh bersembunyi di mana aja.
Wat da small world
Huh... pergi sekalipun ke hujung dunia, hanya orang yang sama jua kita ketemu.. Napa ya.. Kerna dunia ini terlalu kecil untuk kita mengelilinginya..

Kisah ini berlaku bukan kerana aku dan bukan jua tentang aku tapi sedikit sebanyak ada jua kene mengena dengan aku.. Entah macam mana, ketika aku bertemu dengannya ketika berhari raya di rumahnya dan bersama-sama mencandat sotong di Perhentian kini terasa seperti mimpi apabila kawanku sendiri terbercinta dengan dia.

What a small world

Dengan kecanggihan dunia teknologi, siapa2 pun boleh kita ketemu. tapi ini yang aku rasa memang dunia ini sangat kecil.. Alih2 telah menjadi rakan sepasukan dan langsung tidak dikenali sehinggalah gambar aku sama kamu di semadikan dalam profil yang dinikmati semua pengguna di tatap dan di kenali rupanya. Ha ha
Memang dunia ini sangat kecil ya

Moral of the story is.. mana aja yang kamu pergi kamu akan jua terjumpa orang yang sama.. dan tidak boleh bersembunyi di mana aja.
Tangisan Naluri
Benarkah ini suatu keinginan
Di manakau janji
Di mataku merinduimu
Mengimbas kembali
Dalam renungan
Hanya tinggal wajah yang ayu
Dalam memoriku
Dengarkanlah sayang seruan
Dari jiwaku yang
Menanti kehadiranmu
Suaramu ingin kudengari
Sayangku, rela kumenunggu
Terangi hati yang resah ini
Tangisan, tidak membawamu
Kepadaku
Sedarkah,
Luka hati ini
Hadirlah kembali
Menerangi , Hidup ini
Perihal mati hidup semula.. Adakah satu gurauan
Semasa mencoretkan kisah duka di kala ini, saya teringat satu artikel yang
di siarkan di Mastika berberapa tahun lalu, perihal sesorang yang di sahkan
mati di Kota Mekah tiba-tiba bernyawa semula. Kita seharusnya bersyukur
kerana masih panjang umurnya dan dapat meneruskan hidup. Dan kita seharusnya
berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umur. Alangkah besarnya kuasa yang
maha esa, boleh menghidupkan dan mematikan. Masya Allah.

Tetapi bukan itu yang saya mahu kongsikan, walaupun cerita ini sebenarnya
tiada kena mengena dengan hidup saya tapi bahangnya mendengar cerita palsu
perihal kematian membuatkan saya sendiri hilang pertimbangan dan kewarasan
buat sementara waktu.

Sewaktu menjejakkan kaki di Bandaraya Johor Bahru, sangat dikejutkan dengan
berita kematian seorang rakan kepada rakan saya. Walaupun saya sendiri tidak
mengenalinya, rasa kasihan dan ungkapan "Innalillah" di lafazkan dengan rasa
yang penuh duka.. Inikah dugaan yang harus teman-teman saya. Berita itu
disampaikan kira2 jam 3 pagi dan semua yang mendapat berita ini terus
menghubungi rakan-rakan dan sanak saudara terdekat. Semuanya bingkas bangun
dari diulit mimpi indah dan tidak kurang juga kepada rakan saya yang tidak
dapat langsung melelapkan mata dan dikejutkan pula oleh berita kematian.

Setelah semua saudara terdekat diberitahu, ada juga yang menangis dan sugul
di atas pemergian dia. Sekali lagi dikejutkan dengan SMS yang berbau
gurauan. Adakah anda yang menerima sms yang mengatakan yang dah pergi
meninggalkan kita secara tiba-tiba hidup kembali boleh berkata-kata di
menerusi telefon boleh menahan kemarahan dan kewarasan minda.. Saya kira tak
ramai yang boleh menahan emosi. Yelah.. siapa yang tidak marah jika
dipermainkan begitu?? Sudah lah mengganggu tidur yang cukup penting untuk
menjalankan tugas pada hari esoknya.

Yang saya tegaskan di sini, kepada yang berkenaan, matangkan minda anda dan
jangan menjadi seperti kanak-kanak yang masih bertatih berjalan. Perihal
kematian bukan gurauan dan perkara yang boleh dipermainkan. Dan setiap dari
bicara itu adalah doa. Adakah anda berdoa untuk kematian? . Kami yang
membaca ini jelek dengan sikap anda. Anda sokong saya bukan???

Perkara ini juga telah mencetuskan perang antara rakan dan juga boleh
menyebabkan kematian. Jangan sampai gurauan tentang perihal hidup dan mati
nanti boleh menyebabkan kematian yang nyata dan benar. Saya sendiri kesal
dengan tindakan pihak yang melakukan sedemikian. Apa komen anda??

FYI.. artikel ini disiarkan di RelaxJAP. Gedung Ilmiah Malaysia
Perlukah aku egois......
Itu satu persoalan yang sering aku tanyakan di dalam hati dan minda dan acap kali jawapan yang aku terima tidak pernah sama.. perlukah aku egois...

Perasaan ego seorang insan seperti aku juga mungkin setiap kali sukar di ramal dan perasaan benci, cemburu yang tidak bertempat dan apa2 jua rasa yang tidak sepatutnya di rasa semakin menebal bersarang di dalam hati dan minda yang sememangnya tidak suci lagi ini..

Aku jua sering mengalami penderitaan emosi yang aku sendiri yang cipta ke atas rasa itu. Sekali lagi aku tanyakan.. perlukah emosi ini di carik2 persis surat khabar lama yang mahu di kitar semula itu... tidak perlu yah tetapi secara semula jadi rasa itu bangkit dan tanpa ada sebab aku menjadi keras kepala dan keras segalanya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun di kala mahu menunjukkan rasa egois itu... tapi bila tersedar mahu dibunuh saja diri ini.

Aku sering kali ingin orang sekeliling mahu tahu apakah yang aku rasakan tapi tanpa aku sedari dan secara tidak langsung aku pula yang mendera dan memukul emosi mereka yang sedikit pun tidak bersalah terhadap diri ini.. apakah aku mahu terus terusan menyiksa mereka kerna aku sendiri tersiksa??? aku dilema dan musykil kenapa rasa itu sering aku mau bangkitkan waima aku sendiri sedar tiada mendapat faedah lakuin itu semua.

Tapi kalian... kalian mungkin tidak mengerti kenapa rasa itu muncul. Aku di sini jua tidak mengerti apatah lagi kalian bukan... cuma setelah satu2 perkara itu berlaku baru rasa penyesalan akan membelenggu diri dan ini akan menambahkan lagi penderitaan emosi yang aku hadapi..

Konklusinya.. perlu lebih bersikap positif?? Ya aku tau bangat dengan pernyataan itu..tapi aku tidak tahu di mana mahu gunakannya. kerana itu mungkin aku menjadi seperti ini
Kepada kalian yang telah menjadi mangsa terjebak dengan penderitaan emosi dan penyiksaan jiwa raga yang telah aku ciptakan, aku ingin meminta maaf akan kelakuan aku itu...fahami lah diri ini dan aku ingin tegaskan bahawa cerita dan kisah penderitaan emosi ini tidak akan tamat dan akan berterusan hingga aku mati...

Kerna apa.. kerna aku telah di lahirkan begitu
KL, Berlin, Russia, dan akhirnya JB... Huh... perkataan asing jua bagiku
Hye there...
Kiranya kebelakangan ini banyak pula nama2 tempat yang kadang kala begitu asing di sebut2 orang sekeliling.. Kenapa ya.. Kadang kala satu kebetulan dan seperti biasa.. aku jua sendiri tidak pasti apakah ini semua ya..

KL - Kuala Lumpur..

Apa yang ada di Kuala Lumpur .. kalau tidak LRT jua monorel. Tidak kurang kereta api laju.. Golongan yang sukakan kegelapan akan bicara tentang club2 sekitar bukit bintang.. atau imbi atau kedua2nya sekali... Kiranya aku ini agak benci dengan kota besar yang penuh hipokrasi waima aku jua sering ke Kuala Lumpur... bukan kerna mau terjebak dengan anasir hipokrasi tetapi jua jumpa dengan teman2 atau makan sendiri di KL Sentral.. Huh.. Napa ya

Berlin..

Kenapa dengan berlin di jerman itu... Ini semua gara2 gathering di Shah Alam dan berjumpa dengan jelitawan jerman.. katanya dari berlin dan lidah aku jua tidak petah berbahasa.. jua dalam bahasa inggeris yang amat pekat bunyi kemelayuan... Lah Lah Lah... Biasa ya... Setelah itu setiap hari aku teringat akan berlin dan jua teruna putrajaya mahu pindah ke berlin... Kebetulan ya... dan kadang aku rimas setelah mamat perintih simpati yang ku kenal di gathering itu mahu juga pindah ke berlin.. CHOYYYYYYYYY

Russia

Apa ada dengan lelaki russia yang amat di kagumi nya..Membuatkan aku jua rimas dengan cara dan kaedah yang menjengkelkan.. Aku jua seperti hilang arah.. dan seterusnya terkandas di hentian kereta api laju.. Teringat jua aku kepada tukang kenal kan aku kepada dunia penulisan kucar kacir.. yang terlalu obses dengan russia.. dengan bahasa dan caranya yang persis mamat russia.. malangnya.... mamat obses itu terputus hubungan dengan aku sejak sekian lama.. Tapi bentuknya dan suaranya masih terpahat di kotak jalani tugasku.. kengkadang di main semua persis pita video tersangkut2 atau CD cetak rompak yang dimain berulang kali..

JB

Apa jua yang ada di JB.. Setia Indah?? Clickers, Proxus -Yensi, zurah dan mcam2 lagi ada di JB.. jua abang yang telah berpindah dari JB ke tempat lain jua yang sering kali menggamit kenangan silam semasa berjalan2 di pasaraya SMART sambil membelek ikan kala aku baru sahaja menjejakkan kaki ke JB.. Itu lah kisah nya perjalanan pertama di JB...Huh.. Kini kenangan membeli ikan di SMART kembali secara tiba2 setelah secara tidak sengaja ketemu dengan Abang Highreeeeeellllllll.. ntah napa ya.. Jikalau tadi teringat akan berlin.. kini semuanya bicara tentang JB... Sampai majlis berbuka puasa pun bicara tentang JB,, keindahan taman setia indah yang menempat kan abang highreel.... syai dan jua azurah.. Tidak lupa company tersayang TMNET Clickers Taman Setia Indah........

Selepas ini.. apa pula..
Terhimpit dan tersepit,Cemburu buta.. perlukah menghampiri minda suci ini.
Huh.. aku jua tidak mengerti mengapakah perasaan ini menghampiri sekali pun tidak di panggil, di undang apa lagi mahu di jumput.. Semuanya datang seperti kilat dan tidak sempat untuk mengelak.. Dari semalam lagi.. Perlukah ia datang.. perlukah untuk aku ini melayan kerenah nafsu yang sering membelenggu..

Sejak semalam lagi.. entah tiba2 perasaanku persis dipanah besi tajam yang bisa nya hingga ke ruangan fikiran terus menguasai minda yang sering kali di gores dengan pelbagai dugaan yang melanda sejak akhir2 ini.. Sewaktu berjalan pulang dengan jalan yang penuh ranjau dan duri terpaksa jua aku tempuh untuk tiba di rumah dengan amannya.Tetapi akhirnya harum yang diminta... kelat yang menembusi pintu rumah yang semenangnya utuh dengan besi2 yang membuatkan diri terpenjara sebentar..

Perasaan yang tidak pernah diundang itu tidak pergi begitu saja.. tapi masih bertapak utuh dalam hati dan kotak fikiran...Sewaktu bangun di pagi yang hening mahu berniat puasa dan ketika itu jua ia datang lagi.. Sekali lagi ku tanyakan.. perlukah hadir dalam diri ini

Tidak cukup dengan itu, setelah sampai di tempat curah bakti...seperti biasa mengucapkan selamat kepada teman2 wajib dan akhirnya perasaan itu datang lagi.... Aku kini benar2 terhimpat dengan perasaan ini dan akhirnya tersepit di persimpangan yang aku jua tidak pasti mana pangkal dan hujungnya dan akhirnya aku tidak dapat bergerak lagi....
Bisakah yang benci di sayangi......
Siti Nurhaliza
Bisakah

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu Namun?

Chorus

Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula Namun?

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Ulang Chorus

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Aku sayang kamu sangat...
Aku sayang kamu sangat...
Huh sekali lagi.. satu kali je lagi.. waktu mahu pulang ke kediaman nan indah dari tempat curah bakti.. tangan ini terasa sungguh gatal ya... Mahu mengucap selamat kepada kamu... sedangkan aku jua invi pada kamu.. hp juga di mati kerna kamu.. nekad tak mau dengar khabar kamu tapi aku tidak kuat untuk melakukan itu...kerna aku sayang sama kamu

Kamu tahu.. aku sayang sama kamu.. waima apa yang berlaku.. aku sayang sama kamu.. Malangnya aku kerna kamu sudah dimiliki....apa yang aku boleh lakukan... Malah mau melupakan sungguh payah... mahu dibenci tetapi sayang... sekali lagi aku tidak betah untuk menghindari kamu..kerna aku sayang sama kamu...

Petang tadi setelah selesai makan malam... tangan ku yang chomel ini sekali lagi gatal mendail... mendail kamu... walau aku jua sudah nekad tak mahu dengar suara kamu.. tapi aku tak bisa.. kerna apa.. kerna aku sayang sama kamu...

Dan malam ini.. semasa aku mengarang post ini.. aku masih terpikir tentang kamu... Ingatan tentang kamu semakin hari semakin tebal ya... persis lemak2 yang sentiasa berkumpul di perut aku.. senang berkumpul sukar pula di hakis..ibarat nya ingatan aku terhadap kamu... Kerna apa... kerna apa ya..... sekali lagi aku bilang yang aku sayang sama kamu...
Aku sayang bangat sama kamu..
Perihal menjatuhkan orang... Mana akal kita..
Tajuk yang amat sensitif dan ini yang berlaku di kalangan kita orang melayu.. Jangan terkejut jikalau saya hari ini menggunakan bahasa yang penuh bertatasusila dengan penggunaan tatabahasa yang agak tepat.

Hal ini juga yang berlaku terhadap saya yang rasanya berulang-ulang kali terlakunya perbuatan ini.. Kejadian manusia begitu rupa yang sering mengagungkan sifat hasad dengki dan sikap suka menjatuhkan orang lain.. Pernyataan ini bukan bererti saya tidak mensyukuri ciptaan tuhan tetapi inilah hakikatnya..

Bagaimana mahu menghakis sifat dan sikap yang telah sekian lama bertapak dalam pemikiran orang melayu. Apa salahnya kita berganding bahu untuk menjayakan satu organisasi mahupun satu majlis agar menjadi lebih sempurna. Pendapat orang yang lebih muda jangan sekali-kali di abaikan kerana mungkin akan membawa perubahan dan revolusi kepada kebiasaan yang sekian lama jua dipertahankan. Ada juga baiknya kita menjaga yang lama dan pertahankan yang klasik.. tapi sampai bila kita hanya mahu bertaut di takuk lama. Inilah persoalan yang sering di timbulkan oleh kaum muda setelah acap kali di tindas habis-habisan.

Kita seharusnya lebih menghargai tenaga muda dan sifat menjatuhkan orang lain perlu dihakis sedikit demi sedikit tetapi secara total agar kita dapat melahirkan rakyat yang lebih berintergriti.
Penantian tanpa harapan:: Apakah status itew ya
Waiting without hope.. itu adalah istilah bahasa orang di seberang.. kata ketimurannya seperti tajuk nya itu.. Ha ha.. perubahan status yang mendadak selepas di tendang habis-habisan di kala itu membuatkan aku jua tersungkur hiba di bawah sedar.. Juga dilema menguasai minda.. Betulkah apa yang aku lakukan..

Hari itu... terkandas jua di kawasan yang tidak perlu gue nyatakan disini sambil menunggu tren laju yang agak perlahan jua perjalanannya membuatkan aku terfikir sejenak. apakah yang aku lakukan sehingga aku terdampar di sini.. di tempat yang menjanjikan kedamaian... setelah sekian lama menunggu harapan menjadi nyata tapi akhirnya harapan itu punah persis tersentuh periuk api lalu berkecai jua akhirnya...

Kini status penantian satu harapan itu telah berubah jua waima hal ini aku jua tidak pasti akan kiranya bila berlaku kelak.. Mengapa ya.. status itu aku tukarkan kepada penantian tanpa harapan sedangkan aku terpikir.. mengapa perlu di tunggu... Huh.. seperti telah ku nyatakan tadi... aku jua tiada kepastian..

Kini.. siapakah yang mampu menukar status itu kepada status yang baru.. Silakan.. aku sudah acap kali menukar status pemikiran dan jua lali dengan keadaan persis ini.. Acap kali......
Sabtu yang merengsakan.....
Argh.... kerja di hari sabtu ekceli memang memboringkan kerana semuanya sedang enak tidur di kamar yang indah ya... Tapi gue terpaksa bangkit seawal 7 pagi untuk bersiap-siap untuk ke tempat curah bakti..

Tiada banyak pelanggan kala hari sabtu... Hanya 3-4 orang saja yang datang melawat kami berdua... Owh ya.. kerja bersama kak Nana memang mengasyikkan kerana semua kerjaan dapat dilakukan dengan sempurna sekali. Hanya hari ini kurang customer, dapat bergebang sambil membuat seting bagi modem Titus yang sudah tunggang terbalik seting nya itew..

Mau di jadikan cerita jam sudah menunjukkan jam tepat 12.30. kiranya sudah mau tutup ya. Telepon dari seorang agen kami yang mau didaftarkan pelanngannya...Ketika itew rakannya sudah bersiap mekap mau jalan ke tempat keramaian..Argh... terpaksa pula register agen ini.. Tidak apalah.. hanya satu ya..

"Hi Uols!!"

"Sudah tutup ya!!" Kataku di dalam hati saja kerna terpandang saja wajahnya sudah cukup menderaukan dan merengsakan otak!!!

"Erk... Bos.."

"Goin back oredy?"

"Nope, just get ready"

"Just drop by to get somethin"

"Owh"Argh... rasenya mau saja menangis kerana datang pula di kala ini.. Tapi kiranya bagus juga ya kerana datangnya ia dapatla gue reques macam2!!.. Kiranya setelah apa saja yang telah di ambil di opis ini telah selesai.. terpacul di mulut gue ini yang membawa ke lembah kerja lebih masa tanpa gaji!!

"Bos... my computer is too slow.. Just want to get ur permision to reformat dis PC"

"Owh, no need to reformat, just uninstall all the programe dat u didn't use"

"Owh, I will do it later"

"NVM.. I will do for u rite now"Argh... Kenapa ya masa ini kiranya baik benar bos gue yang tercinta itew ya..

Tapi setelah gue setia menemani tukang bayar gaji gue itew hampir 1 jam 30 minit. Satu ungkapan yang boleh membuatkan aku pengsan

"Afta dis, just pack dis PC to my car.. I will bring to JayBee, I will bring my extra pc for u monday"

Argh..........
Dilema di tengahari....apakah
Sekali lagi.. dan buat ke sekian kalinya mengalami dilema.. Setiap hari pun delima... Ops Dilema lar..So apakah yang kalian tahu tentang dilema gue itu..

Dilema akan bermula setiap pukul 12.00 keatas.. Bukan sahaja gue aja yang mengalami gangguan emosi seperti ini tetapi jua berlaku kepada rakan seperjuangan gue juga ya... Pasti nya semuanya di ruang pejabat yang terpencil ini mengalami masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan...Argh... apabila jam 1.00 petang..

Tekanan emosi makin mencanak2 dengan adanya dilema ini... Itu kah atau ini kah... Kiri kah atau kanan kah... Adoi..Dengan keletah customer yang merengsakan terus memberi kesan kepada perubahan minda suci gue..Akhirnya setelah diputuskan.. hasil soal jawab itu kah ini kah terjawab.. Kiranya seperti semalam jua akhirnya..

"Nasi lauk ikan taw. Taruk sayur sikit"
Budi bahasa vs Gaji Buta
Hi uols... Selamat pagi....Setelah sampai ke opis dengan tenang nya hari ini.setelah puas melentokkan kepala di kaca tingkap bus sambil berdengkur.. Haha...

So pagi ini dengan kechomelan yang keterselahan gue menge"on"kan pc gue yang tercinta itew... Wa.. teringat bahawa rutin periksa virus pada pukul 9.. Atoi patek kene la redha yer ke atas kelembapan yang akan melanda pc gue...

Sedang kerja2 periksa virus itu berjalan. Log in ke YM terus morning kepada user2 wajib. Di jawabnya semua..Baik2 ya kalian!!! Teringat akan seseorang terus morning kepada dia. pada mulanya ok saja but afta gue ajak beliaw untuk singgah di laman blog ini.... dengan bangganya "Maaflah, tiada masa mau baca blog" "nanti di katakan ******makan gaji buta pula"

Gue dengan segala hormatnya terus sentap dengan coretan kata beliaw. Gue sebagai Tukang Layan Pelanggan berhemah ini sungguh sensitive ya... Haha.. gue tiada pantas untuk tidak berbudi bahasa ya.. Kiranya orang itew telah menggores minda suci gue.

Lantas... seperti biasa gue pun menyumpah seranah di dalam hati gue.. Video lagu2 budi bahasa budaya kita bak kata Siti Nurhaliza di putar berkali2 dikepala otak dan mata gue.... Terfikir jua di dalam pundak jua di dalam jiwa adakah kehadiran blog gue ini memberikan impak maha tinggi akhirnya dapat mengubah orang2 sekeliling tidak menurut kata2 kerajaan jua Siti Nurhaliza... tidak lupa jua akan kisah makan gaji buta itew...Sehingga kala ini patek masih berfikir... Fikir kamu apa??
Cinta tak semestinya bersatu.....
Cinta tak semestinya bersatu?? Sejak malam tadi memikirkan ungkapan tersebut setelah menonton episod akhir EmilEmilda semalam. Ye ker... Kiranya gue sendiri tidak pasti akan keadaan itu... Lantas gue terpikir jua ya apa juga yang berlaku petang semalam secara kebetulan atau suratan.. Kih kih kih...

Pagi yang ala2 chomel ini berjalan agak lancar.. Tiada lagi alat2 mekap tekeluar dari isi perut juga hari ini juga aku melabuhkan punggung disebelah seseorang yang gue perhatikan sejak azali... Sudah......

Memori kenangan silam.Berjalan2 jalan bersama di mall adalah satu keadaan yang mengebestkan/mengasyikkan walaupun hanya berjalan2 dan makan2 di kedai buku... Dengan mata tertumpu ke matanya yang kuyu.. Sememangnya gue kini cinta akan matanya juga wajahnya jua. Tapi gue sedar akan ungkapan emilda semalam... Cinta tak semestinya bersatu!!
Kembali menopos... eh.. Mengepos
Di kala hendak datang ke tempat curah bakti.. Halangan melanda dengan peralatan yang diusung kemana kemari.. Ha ha.. duduk berhimpit di dalam bus persis ikan sardin yang baru saja di tin di kala ini.. Mau dijadikan cerita. Lupa mengancing zipnya dengan betul lalu bus memberek imerginsi lalu terkeluarla semua isi perutnya itu.. Fikir la sendiri ya betapa malangnya gue di pagi yang hening ini..

Dalam perjalanan gue mahu mengarang, datang seorang lady memanggil-manggil gue mau mengangkut Esaibi masuk ke opis. Banyak plak manusia beratur sehinggakan gue dapat mengelak mengangkut alatan itu ke opis...Yehuu..

Bukan itu yang mahu aku khabarkan pada kalian.. Setelah sekian lama gue memendam rasa untuk memposting until terjumpa dengan Setan yang membuka semua pintu hati untuk kembali menulis dan menaip afta berbulan2 meninggalkan c*****c*****... Selepas ini akan dipahatkan segalanya untuk tatapan kalian.. Jua untuk simpanan diri sendiri selain foto-foto di lokap dalam kamera.Doa kan la aku/gue/ntah apa lagi aku panggil diri aku ini supaya sentiasa sihat deh... Amin..
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers