Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Semalam yang gembira di pagi hening, tangisan di petang sepi, berbunga di malam sunyi..kembali berduka di pagi hening....
Semalam yang gembira di pagi hening, tangisan di petang sepi, berbunga di malam sunyi..kembali berduka di pagi hening, itu la kitaran hidup aku seharian...

Kisah burfday boy di kala ingin menyambut hari lahir yang paling tidak, cukup memberikan segala emosi mengikut fasa.. juga mengikut section or ikut Bab persis baacaan novel yang tiada unsur klimaks mahupun peleraian.. waima hari semalam yang buat seseorang itu gila sebentar dan kembali ceria dalam genang air mata..

Entah apa ya.. perlukah untuk menitiskan air mata yang mungkin tiada ertinya lagi... mengapa bilang begitu? maha benar bagi insan yang seperti aku ini beranggapan begitu.. tahu sebab nya.. baca saja blog yang dicoret beberapa bulan lepas di myspace ya..
Lets make simple..

Pagi
Saat pagi yang hening dan sungguh menggembirakanEntah berapa ratus sms yang menerjah masuk untuk mengucapkan "selamat hari jadi" sehingga aku melihat skrin telefon bimbit "No Space For New Msg".. Kerna apa banyak sekali pesanan ringkas ya.. kerna seluruh pelosok dunia ni di khabarkan tentang tarikh hari lahir ku itew... Wa ha ha

Bangkit dari tilam empuk yang sudah dikemas oleh adik2 tercinta mahupun yang yang tidak tercinta.. juga ada yang tidak terfikir langsung tentang nya.. melihat waktu sekarang... arghhh hari yang sungguh gembira.. semangat yang berkobar2 untuk bertolak ke tempat curah bakti.

Lambat juga ya sampai ke tempat aku mencoretkan kisah ini kepada kalian. kerna apa.. meluangkan waktu seketika sambil mengunyah "lotus seed pancake". Enak ya
Sambil log in kepada YM dan "pagi" kepada teman wajib terdengar suara dari arah belakang "HAPPY BIRTHDAY"... U dah besar la wan. U dah tua... Waaa tuakah aku. Ya.. aku sudah tua setahun dari semalam.. Kamu pikir apa. kamu jua tua setiap hari.

Itu semua menjadikan aku sangat gembira dan aku sendiri tidak tahu kenapa hari itu aku sangat mendambakan kegembiraan.. mungkin kerna setiap hari berlalu cuma gembira yang dibuat2 atau gembira yang bertukar nestapa persis bertukar musim di negara2 barat.. yang mempunyai iklim berbeza... mungkin 4 kali pertukaran setahun tapi aku satu hari saja beberapa kali bertukar musim...

Kamu udah penat baca ya.. tak pe.. berhenti saja di sini kerna lepas ini hanya cerita duka nestapa aja..Aku mahu jua coret kan kepada kalian..

Petang.. saat berduka lara
Kenapa ya.. aku mendail setiap orang yang aku sayang.. jawapan nya "Tidak, tak, erm.. tengokla" Hancur hatiku, mengenang dikau. erh. mengenangkan nasib bila terdengar ungkapan itu...

Berjalan jua ke tengah bandar yang kini sesak dengan kepulangan insan ke kediaman masing2 setelah penat bekerja di tempat curah bakti.. Tapi di mata aku seperti sunyi dan sepi aja bandar ini. Seperti keseorangan dan bersendiri.

Duduk saja di dalam tren yang pantas bergerak dan berhenti seketika di setiap stesen mahupun berhenti di pertengahan jalan untuk memberi laluan kepada tren antarabandar.. aku masih termangu sambil membaca majalah remaja yang dibeli beberapa hari lalu dan masih tersemat di dalam beg sandang.. Itu saja yang mampu aku lakukan di samping bertukar tren dari yang bawah ke yang atas.. dan yang atas ke yang tengah dan sebalik nya..

Jari2 masih lagi menekan2 pad telefon bimbit yang bila2 masa boleh mati kerna tiada lagi kuasa yang mampu membuatkan alat perhubungan terpenting itu bernyawa dan kembali hidup seperti biasa.. penting ya?? kadang kala alat itu sebagai mainan dan tidak penting untuk di simpan.. tapi bila dibuang, berguna pula ya... aduh tak ku fahami apa yang aku fikir..
tiba-tiba....

Malam - hati berbunga menemani malamku
"Terima kasih kerna sudi temankan wan.. nyaris nak balik taw"

"Ntah la, tetibe je nak sms wan. kebetulan sangat wan ada area KL"

"Argh.. memang dah nak balik dah tadi"

"Jom makan"

"Ok"

Gelak ketawa memecah keheningan malam itu di kala makan di satu sudut di KL. Aku bersyukur kerna ada jua yang yang sudi menemani walaupun hanya makan malam. Bertepuk tampar dan sambil bercubitan2.. ha ha

Aku memang gembira di malam itu.. sungguh gembira. terima kasih ya.. tapi kegembiraan itu tidak berpanjangan.. aku akui aku saja inginkan genang ini pecah mungkin.. Ya... pecah jua kala membuka pintu rumah.

Tepat sekali jangkaan ku.. teringat kan dengan ungkapan "tak, tidak, erm.. tengok la" itu... dan menjadi realiti.

Terus tidur sambil berduka lara dan hidupku semakin sepi dan sunyi tidak seperti semalam sehingga aku mencoretkan kisah ini kepada kalian.

Aku tahu, pembaca blog aku yang setia terpinga2 mencari jawapan kepada semua kisah2 kehidupan yang telah aku coretkan. yang aku boleh nyatakan.. Aku saja yang tahu...Teringat sebentar senikata lagu yang didendangkan farhan. Ku yang... tahu..
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers