Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
"Asi Asi" : Aku sangat merindui

Ps: Post ini hanya untuk yang memahami maksud "Asi-Asi" itew.

Ya... amat merindui kepada Que yang sudah pulang ke pangkuan keluarga tercinta setelah hampir 2 minggu bersama aku di Kuala Lumpur. Teringat tika aku jalan2 ala "Asi-Asi" di KLCC yang mempamerkan ke"confident"an aku itu ya sambil berlagak seperti Diva.


Dalam Kenangan: Masa ke Shah Alam untuk Konvensyen Pemimpin Mahasiswa

Kini, aku terpaksa ber"asi-asi" keseorangan kerana Que sudah pulang ke pangkuan keluarga. Maka hilanglah "feel" "asi-asi" tersebut. Sangat merindui saat tika berlagak seperti diva tersebut.

Tapi, apakan daya. Que harus pulang ke pangkuan keluarga untuk meleraikan sengketanya ya. (Jangan ditanya apakah sengketa) Yang pasti, "Feel" untuk "asi-asi" itu seakan hilang sama sekali dan tidak sama jika diganti Que dengan seorang manusia lain.

Tak apalah.. Yang pasti, aku akan terus menerapkan nilai "Asi-Asi" tersebut dalam kehidupanku yang nyata menyerlahkan lagi keyakinanku.. Betul ke idak......??

Pss.... kalau nak tau apakah itu "Asi-Asi" tanyalah sendiri kat Que..
Perlukah aku menafikan perasaan CINTA ini?
Saban hari aku sentiasa menantikan cinta itu datang menghampiri jiwa yang seakan tidak suci lagi ini kerna telah diwarnai dengan pelbagai warna dari tona gelap.,  tetapi pabila ianya datang perlahan-lahan menghampiri, aku pula mulai menepi, menjauhi cinta itu.

Kenapa saja aku menjauhi?  Soalan yang paling pantas sekali ya..

Kerna aku sudah terbiasa dengan kehidupan seperti ini, bersama dengan kamu seperti biasa tanpa ada hubungan khusus kerna aku sangat takut kehilangan kamu yang amat aku sayangi.. dan aku pendamkan saja perasaan cinta ini dan aku mahukan hubungan kita akan langsung seperti biasa sampai bila2 kerna aku tidak mahu kamu lari jauh dari jasat aku ini.

Itu lah.. Aku akan menjauhi perasaan cinta aku sendiri untuk aku sentiasa bersama engkau kerana aku tahu perasaan cinta yang mendalam ini akan menbuatkan engkau akan cuba meninggalkan aku sendirian.. Aku lebih senang begini kerna aku masih menunggu cinta sejati...Mungkin dari kamu?

"Aku junjung petuah mu, CINTAI dia yang mencintaiku.  Hatinya dulu belayar kini telah menepi,  bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia?"
Kredit kepada Kris Dayanti dan Melly Goeslow
Langkah demi langkah.. untuk mencabut kaki sendiri...
Tepat jam 6.15, aku telahpun bangkit dari tempat tidurku.. Sungguh awal kerana pada hari pertama aku telah terlambat bangun... Untuk keselamatan bersama, aku bingkas bangun setelah aku mendengar telefon ku menyanyikan lagu alarm.. Kuk kuk (bunyi ayam ya)...

Segalanya berjalan lancar pagi tadi.  Semuanya berlaku seperti yang dirancang.  Menggosok baju dan sempat memakan ubat kurus sambil menyuapkan dua keping roti disapu jem yang aku rembat di McD tempoj hari.. Aku melangkah keluar dengan rasa yang cukup aman.


Berjalan ala-ala asi-asi katanya pabila sampai di Menara MPL dan terus menaiki lif menuju ke tingkat 20.  Semuanya berjalan lancar sehingga aku dipanggil untuk satu perbincangan.  Sok sek sok sek gitu gini cam tu cam ni, aku dengan perasaan yang agak marah melangkah keluar bersama 4 rakan lain; fatin, ina, hakim dan puteri,  dari syarikat itu L**p***n P**m* Sdn. Bhd.  Di situlah permulaan perutku kempis dan di situ la saatnya aku berjalan rasa-rasa lebih beribu batu.. Mahu tercabut rasanya kakiku ini.

Pertama sekali, aku berjalan terus ke the weld kerna dipaksa oleh Ina untuk melunaskan janji (sebenarnya janji yang lain tetapi yang lain pula dituntutnya).  Mencari McD dan membelikannya satu set sarapan pagi. Itulah permulaan aku bereksesais.

Seterusnya... kami berbincang di bus stand.. soksek soksek.. kami memutuskan untuk menuju ke kedai mamak.. berjalan lagi aku hingga ke belakang the weld.

Diteruskan lagi dengan acara seterusnya.. diputuskan mahu mencuba di syarikat pengiklanan di Masjid Jamek.  Si Hakim dan Puteri sudah melangkah ke motor.. kami hanya menaiki perkhidmatan awam.  Setelah puas bergaduh, keputusannya menaiki saja bus kerna mahu jimat ongkos (naik monorel mahal)

Untuk mengelakkan kekeliruan kerna tidak pasti sama ada bus yang dikehendaki melalui jalan di hadapan Wisma MPL, fatin mencadangkan mengambil bus di Bukit Bintang.. Lalu berjalanlah kami dari Wisma MPL ke Bukit Bintang.  Sampai sahaja di sana, kami menjumpai bus yang betul lalu menaikinya...

Apa ya yang kamu rasa apabila bus yang kamu naiki melalui jalan yang sama kamu lalui tadi untuk ke Bukit Bintang? Berhangin kamu bukan? begitu juga aku.. Tapi tidak apalah... sudah nasib badan.

Setibanya kami di Masjid Jamek, kami berjalan kaki lagi sehingga ke hadapan Amanah Raya.. (memang jauh ya dari sana) utk ditemuduga di satu syarikat pengiklanan.  Kami berlima dengan tiada persediaan memang pecah masuk saja di office itu. Tapi.. semuanya berjalan lancar.

Seterusnya....

Selepas tamat semuanya, Ina memaksa aku menemaninya mengambil bus di hadapan Menara Maybank.. berjalan lagi aku bersama Fatin dan Ina ke menara maybank dari Amanah Raya itu..(sumpah jauh giler).  Hakim dan Puteri sudah meluncur menaiki motosikal.  Setelah sampai di situ, aku pula telah berjanji dengan Que untuk ke KLCC. Untuk menjimatkan kos, aku menaiki saja bus untuk ke sana (kerna tiket boleh dipakai sepanjang hari)

Aku tidak tahu di mana laluan bus ke KLCC tetapi ketika di kawasan Amanah Raya tadi.. aku terlihat akan bus itu.. Maka berjalan terus ke bus stop kawasan Amanah Raya tadi.. (Jauh vavis).  Aku tiba di KLCC lebih kurang selepas 15 min.  Aku dengan Que pula berjalan lebih kurang 3 kali pusing satu SURIA KLCC tersebut kerana cuci mata.

Kehadiran Meera di KLCC pula membuatkan aku semakin ligat berjalan ala-ala asi-asi membuat pusingan di Suria KLCC.. Pergi ke Maxis, Fitness First dan macam2 tempat lagi membuatkan kaki aku betul-batul mahu tercabut.

Akhirnya kami terus pulang jua ke rumah masing-masing.  Berjalan lagi ke Stesen KLCC dan sepanjang perjalanan selama 40 min, aku tidak duduk.

Huh.. memang kaki aku lenguh sekarang... Sampai di rumah, singgah kedai makcik then borak2 dan akhirnya jejak kaki ke kediaman.. Penat sungguh kaki aku bagai aku sepeti tiada kaki lagi..

Ok lah.. aku berikan Langkah Demi Langkah

1.  Aku berjalan tempat turun bus ke LRT Kelana Jaya
2.  Berdiri sepanjang perjalanan ke Dang Wangi (30 min)
3.  Berjalan lagi dari LRT Dang Wangi ke Monorel Bukit Nanas
4.  Berdiri sepanjang perjalanan ke Raja Chulan (5 Min)
5.  Berjalan dari Monorel Raja Chulan ke Wisma MPL
6.  Berjalan dari Wisma MPL ke McD The Weld
7.  Berjalan dari The Weld ke Wisma MPL
8.  Berjalan dari Wisma MPL ke kedai mamak belakang The Weld
9.  Berjalan dari Belakang The Weld ke Wisma MPL 
10.Berjalan dari Wisma MPL ke Bukit Bintang
11.Berjalan dari Bangkok Bank ke Amanah Raya
12.Berjalan dari Amanah Raya ke Menara Maybank
13.Berjalan dari Menara Maybank ke Amanah Raya
14.Berjalan 3 pusingan dalam Suria KLCC
15.Berjalan dari Suria KLCC ke LRT KLCC
16.Berdiri sepanjang perjalanan ke Kelana Jaya (45 min)

Ha.. betapa penatnya aku hari ini ya.. Nasib baik dengan bantuan dadah yang aku ambil, penthemin membuatkan aku cergas sepanjang hari..



Binaan Kaabah di New York?
Kelmarin, aku telah menerima satu mass e-mail yang berbentuk peringatan kepada orang Islam bahawa di New York sedang membina satu monumen atau bangunan yang berbentuk kaabah di New York.  Apabila aku teliti dan membuat kajian mengenai kesahihan cerita ini, aku telah mencari maklumat di laman web yang berkenaan.

Rupanya, sebaran tersebut telahpun dilakukan sejak 2007 lagi. Hampir 2 tahun terdahulu dan orang-orang sekeliling masih mahu menyebarkan khabar-khabar yang mungkin belum tahu kesahihannya.  Menurut cerita yang aku peroleh di laman web yang menawarkan cerita ini, binaan ini di namakan "Apple Bar".  Perkataan bar itu sahaja melambangkan tempat untuk riang-ria foya-foya sambil meminum arak.  Maka, kecohlah rakyat seluruh dunia mengenai pembinaan bangunan ini.



Sama la seperti di mana-mana saja pun, Nama bagi satu bangunan kadangkala tidak melambangkan seperti yang di maksudkan.  Rumah aku sendiri aku ingin binakan sebuah bar tapi edisi bar aku ini bukan lah menawarkan arak-arak untuk di foya-foya tapi hanya tempat menjamu selera dengan kerusi tinggi.  Bangunan yang berwarna hitam di dalam gambar di atas sebenarnya sebuah bangunan kaca milik Apple Corp yang digunakan untuk menjual peralatan elektronik.  Mari kita lihat gambar terbaru bangunan ini.

Cantik bukan?  Binaan hitam sebelumnya itu merupakan kepingan kaca yang masih lagi bersalut dengan plastik yang berwarna hitam untuk menjaga dan menjadi pelindung.  Bagi aku, binaan ini juga mempunyai signifikan kepada orang Islam.. Cuba kita bayangkan, kaabah di Mekah itu menerima jutaan pengunjung setiap musim haji, dan orang di Amerika membina bangunan yang hampir serupa dengan binaan kaabah kerana mengungguli kaabah itu sendiri dengan harapan ramai la orang yang akan mengunjungi Apple Bar di New York ini.

Pengajaran kepada aku, marilah kita mengusul periksa dahulu setiap informasi yang diberikan kepada kita kerana kadang-kala cerita itu sudah lapuk dek zaman... Ahakz
Bertukar Wajah
Sudah lama juga ya aku tidak rajin untuk menukar segala kulit-kulit (skin) dan reka letak bagi blog ini ya.  Rasanya kali terakhir tukar adalah semasa aku berada di semester 2.  Walaubagaimanapun.. latar warna perang masih lagi digunakan kerana warna itu saja yang dapat menambat hatiku buat masa ini.

Owh ya.. aku juga telah mendaftarkan satu domain baru untuk blog ini iaitu:

www.reezwanblog.co.cc

Sekarang ini, yang mengikut blog ini dari zaman dahulu kala boleh melayari laman blog aku dengan alamat yang baru dan senang diingat ini ya.  

Harap-harap semua gembira dengan peng"update"an yang aku lakukan dan kalau ada masa sila-sila saja memberi komentar kepada wajah baru blog aku ini..  Salam singgah ya kamu semua...
Memulakan langkah baru? Entahla.. Mungkin belum bersedia sepenuhnya
Aku bangkit dari tidur yang aku kira nyenyak jua ya malam tadi dengan satu sedutan udara yang nyaman.  Mengucapkan Alhamdullillah kepada ilahi di atas rahmat yang diberikan kepada aku.  Aku hari ini bangun seperti menjadi orang lain persis bukan saja diriku yang sebenar.  Persis punya transformasi yang akan menyelubungi hidup ini.

Ya.. betul.. Aku perlu memulakan langkah baru.. Tapi bagaimana pula caranya.. kerna langkah yang sebelum ini pun aku sudah terbiasa dengan jejaknya,jalannya,likunya dan macam2 pancaroba tapi kadangkala aku memikirkan kerna dengan langkah ini juga munculnya liku dan macam2 pancaroba.. MUHASABAH DIRI sebentar.

Aku tidak tahu dari mana datangnya kuasa untuk aku menaip bait-bait kata dan dihantar kepada penerimanya

Aku:  Hye H******

Si Dia:  Hye Wan

Aku:  Kenalke sape ni?

Si Dia:  Umur 21 tahun, berkulit cerah,berkaca mata,bersaiz medium,amik diploma kat UiTM... Lupa tinggal kat mana..

Aku:  Salah, saya dah tak berkaca mata,bukan medium lagi tapi large,cerah? rasenya dah gelap dah, Umur 20 sebab harijadi lama lagi.  Hehe. Awak buat ape? Dah makan ker?

Si Dia:  Ye la salah... ntah2 awak yang saja tipu.  Baru kul 11 lebih... sarapan dah la.  Baru je bangun dari tidur, awak yang kejutkan saya. Thanks sangat. hu hu awak wat pe? Cuti?

Aku:  Aah cuti, dah stat keje kat tuisyen centre, awak buat ape erk sekarang? Degree erk?

Si Dia:  Yup Degree in Medical.. Baru je lulu
s exam, lega.  Bila nak belanja saya makan? Hehe. Awak duk mane skrang?

Aku: Duk PJ la. Duit pun tengah kontang ni. Oo lepas ni ade title doctor la ni.  Awak buat kat mane erk?

Si Dia:  UKM.  Same la kite tak de duit.  Bape la
me cuti?

Aku: 6 Julai dah stat class. Awak buat ape je cuti 

Si Dia:  Duk umah je, makan tido n tengok tv

Aku:  Saye nak tanye satu soalan leh

Si Dia:  Tengok la kalau saya leh jawab

Aku:  Awak sayang saya lagi tak?

Si Dia:  Awak ni.. Suka n sayang macam kawan! Nape tanye cam tu?

Aku:  Saje

Si Dia:  Motif

Aku:  Awak single kan (Aku tak tahu kenapa aku leh tanye die cam ni)

Si Dia:  X, Couple dah, dengan orang biasa je tapi cukup la saya happy. Awak single ke or ade budak UiTM dah cuit hati awak.

Ops... banyak lagi sms perbualan antara aku dengan si dia.. Hurm. yang pasti kenangan bersama dengan die walaupun tak sampai sebulan (ntah, aku pun kadang2 tidak punya daya ingatan yang kuat) sukar untuk aku lupakan kerana dia adalah cinta pertama aku.  (Dia adalah Humaira Jasme)
Ya.. aku perlu memulakan langkah baru.. tapi aku masih belum bersedia.. Yang penting. niat itu memang sudah tersemat ya.. Pelik bukan..

Insya allah, aku mungkin dapat memulakan langkah baru itu..


Kebahagian semalam.. Satu kebahagian untuk cuti semester kali ini..
"Esok jangan lupa erk.  Orang telefon, angkat. Jangan tak jawab.. Nak kuar awal pagi tau"

Itu saja dialog aku ingat sebelum aku meninggalkan dia semalam.  Awal pagi katanye... But, ape saja yang boleh aku katakan, memang awal pagi beliau memanggil aku seawal 7.30 pagi tapi kereta yang mengambilku hanya tiba jam 9.00 pagi.. Yang pasti aku sempat tidur selepas mengenakan semua pakaian. Owh ya.. lupa mahu bagi tahu kalian aku menemankan meeza dan babyku, ijam (aku memang suka memanggilnya baby walau tiada apa-apa hubungan dengannya.  Untuk baby ku yang sebenar.. jangan ada rasa cemburu ya) untuk ke medical check up untuk kemasukan ke KPTM..

Destinasi pertama kami adalah Poliklinik Komuniti Kelana Jaya untuk membuat medical check up tapi malangnye.. Semua pemeriksaan kesihatan perlulah membuat temujanji terelbih dahulu.. Huh.. sangat leceh kan perjalanan hidup ini.. 

Selepas berbincang, kami akan membuat medical check up di klinik swasta saja di Sentul.  Dalam perjalanan, perut kami berasa berkocak-kocak dan bergendang lagu macam2 kerna lapar.. Kami berhenti untuk menikmati makanan pagi yang enak di Mc Donals..

Sambung lagi perjalanan ke destinasi yang sepatutnya di Sentul.  Setibanya di Klinik Mediviron, pesakit nya agak ramai dan kami terpaksa menunggu beberapa ketika untuk menunggu semuanya siap dan kita boleh meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya adalah ke Wangsa Maju untuk sesi interview aku dengan wakil daripada FARMASI.  Kamu tiba di sana kira2 jam 1 petang dan aku menjalankan sesi pada jam 3.30 petang.. Waktu itu aku memang merasa amat "FEDUP" dan ingin saja aku balik, tapi babyku sudah membawa aku jauh2 ke sini.. Aku turutkan saja..

Setelah semuanya selesai, kereta kami meluncur pula ke One Utama untuk berkaraoke dan menonton wayang.. Memang berjalan sakan ya kami satu hari.. Ke hulur dan ke hilir dan paling penting, aku tidak mengeluarkan se sen pun kerna semuanya ditanggung oleh Ijam dan Meeza... Kami bermarathon 10 lagu dan menonton Angle and Demon di GSC One Utama...

Bersuka-suka ya kami setelah menonton dan menyanyi, kereta kami pun meluncur ke rumah dan aku pulang ke rumah dengan muka yang sangat berseri2 kerna satu hari di cuti semester yang amat bagus dan ceria...
Cuti semester kali ini yang membuatkan aku mati...
Bagaimana kalau aku ceritakan kepada kamu bahawa aku kini keseorangan di rumah ini tanpa ada satu aktiviti pun yang boleh aku lakukan selain di depan kaca monitor usang ini kerana aku memang tiada jalan lain lagi sekarang ini. Dikala aku kehabisan wang dan tiada kerja, aku semakin buntu bagaimana untuk aku meneruskan kehidupan ini. Arhggh ... bagaimana?

Kehidupan aku hari makin hari semakin terkontang-kanting dan aku harus mengikut saja arus itu. Tapi mahu di ikut arus kelamaan aku jua tiada arah tujuan ke mana harus ku bawa saja diri ini. Mungkin ke situ dan mungkin ke sana.. Tapi kadangkala aku rasa.. sejak tadi aku mengkut arus, tapi aku masih berada di sini.

Hurm.. aku masih tidak tahu bagaimana harus ku terus kan perjalanan cuti semester yang agak panjang ini. Aku sangat berharap, aku celik sahaja mata esok pagi, haribulan sudah bertukar ke 4 Julai dan aku harus memulakan semester baru. Tapi mungkinkah akan terjadi..??
Kekelakaran yang kemelampauan...
Apa pendapat kamu jika seseorang yang menelefon kamu yang ingin bicara sama kamu tetapi meminta kamu menelefonnya kembali tetapi sudah berborak sekian lama, telefon termati kerana kehabisan kredit dan dia telefon kembali memarahi kamu kerana kamu tidak menambah nilai kredit kamu? Apa ya pendapat kamu?

Ya aku tahu: WTF bukan? tapi tu juga hakikat yang melanda aku kelmarin malam.

Tapi ceritanya sangat menarik tapi membosankan serta kekelakaran yang melampau . Tujuan menelefon hanya kerna mahu melepaskan geram dan meluahkan perasaan tentang satu perkara yang sangat dianggap remeh sengkang temeh (remeh-temeh) iaitu kehilangan KUCING.. Ya kehilangan kucing. Pertama kali menelefon dengan nada yang agak cemas hanya untuk menerangkan tentang kucing yang telah di bawa lari teman tersayang. Hurm.. begini pun boleh terjadi kepada aku ya.

Aku hanya menjawab dengan nada yang senang hati kerna diriku kini amat senang disamping teman tersayang. Walaupun yang meminta aku menelefon kembali itu hanya teman tersayang dahulu kala, aku masih boleh berkawan dan menjawab serta menelefon kembali si dia. Aku juga senang sekali kerna satu event yang puas aku terajui berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak kekurangan.

Berbalik kepada kisah kucing tadi. Kucing tadi hanyalah kucing biasa yang telah dijaga oleh teman tersayang dan dibawa lari menghilangkan diri bersama kucing tersebut dan hilang daya memanggil (lost contact) kerana mahu mengundurkan diri. Ntah la.. bagi aku, jika mahu mengundurkan diri sekalipun walau setapak, tidak perlu untuk membabitkan nyawa-nyawa yang tersayang itu. Hurm

Yang pasti, insiden ini sangat membuatkan aku tersenyum sepanjang malam termasuk untuk hari esoknya kerana teringat kisah malam itu tentunya bagi aku sungguh kelakar. Kekelakaran yang melanda...
Kamu yang rosakkan... Siapa ya yang bersalah? Aku atau Engkau?
Cuba anda semua fikirkan.. Kalau kamu mengalami pergaduhan dan si dia telah merosakkan harta kamu.. Rasa-rasa siapa yang bersalah? Kamu atau dia. Dia bukan? Kerna secara logiknya, dia yang menyentuh harta kamu. Sungguh tidak beretika.

Hurm.. inilah yang aku rasakan sekarang ini. Kerana harta yang aku beli dengan duit aku sendiri telah punah ranah dimusnahkan oleh engkau secara sekelip mata saja. Engkau ingat laptop aku ini harganya seringgit dua? Kalau seringgit dua.. tidak perlu aku mahu menuntut kembali harta itu kerna aku memang mampu untuk membeli laptop dengan berharga seringgit dua.. Tetapi dengan harga beribu.. Aku memang tidak mampu untuk membeli lagi sekarang ini. Cuba fikirkan.. kalau seorang pegawai keselamatan hanya bergaji tidak sampai seribu ringgit... Berapa kali gaji ya.. Mungkin 3 mungkin 4 mungkin 5 atau mungkin 6. Banyak lagi tanggungan yang perlu dibayar. Tidak faham la aku..

Agak susah bila ketiadaan laptop ini. Semua dokumen aku di dalam laptop tersebut dan hard disk nya telah rosak sama sekali. Bila mahu menuntut kembali laptop tersebut.. memang banyak sekali cubaan untuk memberi helah. Nanti, esok, minggu depan, bulan depan tetapi yang paling menarik sekali.. SEMESTER hadapan.. Semester hadapan itu bila? Awal semester, tengah semester? Akhir semester pun di kira sebagai semester hadapan.

Yang penting.. bila di depan aku berani betul ya kamu mengeluarkan kata-kata. Kamu ingat dengan kata-kata kamu itu aku akan takut dengan kamu. Malangnya kamu yang takut dengan aku dengan kata-kata sinis aku. Haha. Tetapi, apabila di hadapan pihak berwajib, tahu pula berunding, terketar lutut bila mahu di bawa ke hadapan. Itu lah kamu.. Hanya tahu bercakap besar tetapi tiada maksud yang bernas lagi tepat.

Aku hanya tunggu hari esok untuk aku membuat laporan lanjut di Bahagian Keselamatan.. Laporan tentang kamu mahu mengugut aku.. Lebih banyak tuduhan kamu.. Lebih banyak la dugaan kamu.. Saksi memang banyak ya... Betul kan kalian....
Kamu sakit kepala... Pedulik apa haku...
Jikalau kamu sakit kepala sekalipun... pergi saja kelinik dan dapatkan ubat. bukan kena bayar pun kan.. Berangan je hadik2 zaman sekarang ni yer... Berani yer sekarang..

Insiden tengking menengking hanya berlaku apabila kami.. hanya yang perlu tahu saja perlu mengetahui sapa saja yang menonton bersama di bilik aku yang tercinta itu. Mungkin gelak ketawa yang kuat dan bising itu membuatkan kamu terjaga dan membuatkan kamu sakit kepala.. Tapi bila difikir balik.. Peduli apa? Kamu ada peduli yang laptop (Komputer Riba- kepada yang tidak mengetahui) aku yang kau sudah punah ranahkan itu ada kamu peduli. Kerjaan aku yang tertangguh itu kerna tidak dapat disiapkan.. Ada kamu peduli?

Sebenarnya, kamu yang paling bodoh di antara yang terbodoh di dunia ini. Tanpa fikiran dan otak yang waras.. Aku memang sengaja membuat kamu marah kerana sabar aku pun memang ada batas nya.. Sudah 1 bulan lebih ya.. Kamu buat seperti tiada apa yang berlaku..

Yang pasti.. Kamu yang seperti malaikat (muka angel kata akak-akak) itu akan terbongkar keSYAITANan kamu itu. Tunggu saja hari esok.. akan aku hebahkan ke seluruh dunia betapa keji nya kamu me***cap itu.. Haha..

p/s: Akak kepada kamu.. Sila baca dan hebahkan jua ya... Aku mahu tengok sampai mana saja keANGELan kamu itu....
The Next Paper.. MAT108
Hurm.. banyak lagi paper yang aku perlu tempuhi dalam usaha untuk aku menamatkan zaman semester 3 ini. Dan beberapa bulan lagi aku akan melangkah pula ke semester 4. Sungguh cepat masa berlalu ya.

Penangan MAT108 ini memang memberangsangkan. Sebelum ini pelajar OM la yang paling susah nak melangkah ke library, tapi kebelakangan ini, ramai pula yang bertandang ke library ya. Syabas.. Aku pula, hanya tinggal sehari saja lagi baru aky menjejakkan kaki ke library itu. Kerna apa? Jauh dan memenatkan.. jua perlu memakan sepatu aku yang sudah buruk itu dan tak serupa seperti sepatu. Next sem saja aku beli yang lain. yang lebih kuat untuk di pakai selama bertahun-tahun. Jimat katanya...

Sebenarnya, MAT108 ini (Pengenalan kepada Matematik Pergagangan) bukan lah susah yang yang diwar-warkan.. Aku saja memang mempunyai markah yang sangat baik berkat usaha tetapi jalan cerita peperiksaan yang bersimpang siur itu membuatkan semua calon berasa pening untuk menjawabnya.. dan terlalu banyak formula yang perlu dihafal dan tahu cara menggunakannya... Hurm.. payah rasanya...

Doa kan aku berjaya ya esok.. peperiksaan yang akan bermula pada jam 2:45 dan akan tamat pada 4:45. Aku akan gunakan semua masa yang diberi sepenuhnya kerana membazir amalan syaitan...
Anugerah Industri Muzik 16 (AIM16)
Perjalanan artis-artis di Malaysia sangat bagus penghayatannya ketika membuat persembahan di mana saja dan patut dihargai dan diiktiraf oleh badan-badan yang profesional. Kerana itulah RIM dengan kerjasama perbagai pihak untuk menganjurkan Anugerah Industri Muzik untuk mengiktiraf bakat-bakat mereka. Baguskan?.. Sangat memberangsangkan.

Apa yang aku ingin ceritakan di sini bukan lah satu madah berhelah tentang sejarahnya, tapi hanyalah untuk cerita tentang kisah menonton AIM16 yang ditayangkan semalam di bilik TV.. Siaran secara langsung tersebut di adakan secara ekslusif dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra sangat meriah aku kira di dalam dewan tersebut. Di dalam bilik TV ini tidak kurang hebatnya kerana Shahril dan rakan seperjuangan sudah ada di barisan VIP sejak jam 8.30 malam lagi, sambil sabar menanti sehingga jam 9:00 malam.

Aku pula hanya sampai di dalam bilik tersebut jam 8:45 dan aku kira aku sudah terlepas persembahan pertama tetapi di dalam hati berkata "Belum stat ghupenye.. penat je turun awal"

Persembahan pertama pada malam itu adalah persembahan dari M.Nasir dengan kumpulan dikir baratnya walaupun aku hampa kerana aku kira persembahan pembukaan haruslah meriah dan gemilang seperti yang dilakukan pada AIM yang terdahulu. Aku hanya teringat dengan AIM tahun 2005 yang menampilkan Tiara Jaquelina dengan ASMARADANAnya.... Tapi kini, persembahan pembukaan tidaklah seperti yang dijangka. Hanya terlalu hambar.. Aku kira.

Jalinan mesra 3 orang hos sangat mantap dan sangat sinonim dengan AIM. Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta Bob Lokman. Rasa nya sudah lebih 10 tahun Afdlin Shauki mengacarakan AIM ini.. Bertuah badan ya.. Paduan suara 3 hos ini sangat mantap ya..

Pemenang2 anugerah memang tidak calang-calang orang dan aku sangat berpuas hati dengan keputusan juri. Hanya sedikit ralat kenapa "Bila Aku Sudah Tiada" dimasukkan di dalam kategori Lagu Rock tapi aku kira itu adalah satu lagu Pop.. ntah la.. juri Profesional juga yang menentukan. siapakah kita untuk menilai..

Apa yang aku boleh katakan hanyalah persembahan semuanya sangat bagus dan mantap. Gabungan pelbagai budaya dan bangsa juga sangat bagus kerana kita tidak terdedah dengan lagu2 sebegitu. Masa ini sahajalah kita dapat mendengar mereka membuat persembahan.. Sedap juga ya. tapi malangnya tidak faham.. Ala.. langu ingeris yang kita kadang-kadang tak faham pun syok je dengar.. ni pula lagu lain.. Marilah sama2 kita menyokong industri muzik tempatan.

Aku pula di Bilik rekreasi sangat gembira dengan keputusan lagi2 Dato' Siti menang lagi dan Album Lantera Timur menang. Alhamdullilah.. memang lagu2 dalam album tersebut sedap2 belaka..

Semoga industri kita akan berkembang maju dan bertambah meriah di masa akan datang....
Goreng Pisang di Peperiksaan Akhir....

Kehidupan semalam harus saja dimulakan pada pukul 4 petang setelah dibangunkan oleh sesorang yang aku cukup kenal... "Bangunlah. matahari dah tinggi dah ni.." Itu la skrip yang digunakan oleh Que.. mengejut aku untuk pergi makan.  Itu  saja yang boleh aku lakukan di kala musim exam dan di kala office semua tutup. Kalau tidak.. akan saja aku melepak membuat kerja amal di Unit Kolej itu.. bertimbun saja pahala aku nanti..


Cadangan untuk menikmati goreng pisang di satu tempat yang sudah beberapa bulan aku tidak jejaki (Bandar U) sangat mengembirakan hati kerna apa? kerna aku juga sudah lama tidak menikmati pisang goreng yang baru saja diangkat dari kuali.  Dimulakan dengan makan biasa-biasa saja di Cempaka Sari kerana perut Que sudah bergendang-gendang lagu apa saja aku jua tidak mengetahui, di tambah sudah separuh dimasuki angin, maka makin beralun irama yang dihasilkan.

Setelah beredar dari tempat makan kesayangan aku itu, terus saja dipanggil dokter untuk sama-sama menikmati goreng pisang panas di petang yang agak pudar dan pucat ini. Mungkin pucat kerna aku dan rakan2 seperjuangan tidak mewarnai petang itu dengan warna-warna yang ceria. Tapi malangnya dokter tidak mahu mengikuti kerana banyak kerjaan yang perlu dikerjakan kerna tarikh matinya sudah dekat sama sekali..

Berjalanlah turun kami berdua bersama Safuan sekali menuju ke destinasi yang mahu mendapatkan sebungkus goreng pisang panas di warung itu. Menunggu bus yang agak lama juga ya.. Almost 13 minit kami menunggu baru lah bus itu tiba dengan perasaan hati yang sangat berbunga. Terbayang-bayang goreng pisang yang sangat wangi, manis dan menyedapakan di kala musim peperiksaan kali ini.

Tapi........

Setelah sampai di tempat yang dituju, warung itu telah tutup atau tidak buka sama sekali.  entah apa ya perasaan aku masa itu, kecewa pun ada, semua yang buruk2 pun ada juga.. Faham saja ya kenapa aku sengsara kan... kerna goreng pisang itu tidak sampai dimulutku untuk dinikmati..

Ha.. baru aku teringat, kerana apa warung itu tutup... kerna hari ini adalah HARI PEKERJA... 

p/s Ayo.. kedai goreng pisang pun nak tutup ke di hari Pekerja.. huwaaaaa
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers