Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
The Next Paper.. MAT108
Hurm.. banyak lagi paper yang aku perlu tempuhi dalam usaha untuk aku menamatkan zaman semester 3 ini. Dan beberapa bulan lagi aku akan melangkah pula ke semester 4. Sungguh cepat masa berlalu ya.

Penangan MAT108 ini memang memberangsangkan. Sebelum ini pelajar OM la yang paling susah nak melangkah ke library, tapi kebelakangan ini, ramai pula yang bertandang ke library ya. Syabas.. Aku pula, hanya tinggal sehari saja lagi baru aky menjejakkan kaki ke library itu. Kerna apa? Jauh dan memenatkan.. jua perlu memakan sepatu aku yang sudah buruk itu dan tak serupa seperti sepatu. Next sem saja aku beli yang lain. yang lebih kuat untuk di pakai selama bertahun-tahun. Jimat katanya...

Sebenarnya, MAT108 ini (Pengenalan kepada Matematik Pergagangan) bukan lah susah yang yang diwar-warkan.. Aku saja memang mempunyai markah yang sangat baik berkat usaha tetapi jalan cerita peperiksaan yang bersimpang siur itu membuatkan semua calon berasa pening untuk menjawabnya.. dan terlalu banyak formula yang perlu dihafal dan tahu cara menggunakannya... Hurm.. payah rasanya...

Doa kan aku berjaya ya esok.. peperiksaan yang akan bermula pada jam 2:45 dan akan tamat pada 4:45. Aku akan gunakan semua masa yang diberi sepenuhnya kerana membazir amalan syaitan...
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers