Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Goreng Pisang di Peperiksaan Akhir....

Kehidupan semalam harus saja dimulakan pada pukul 4 petang setelah dibangunkan oleh sesorang yang aku cukup kenal... "Bangunlah. matahari dah tinggi dah ni.." Itu la skrip yang digunakan oleh Que.. mengejut aku untuk pergi makan.  Itu  saja yang boleh aku lakukan di kala musim exam dan di kala office semua tutup. Kalau tidak.. akan saja aku melepak membuat kerja amal di Unit Kolej itu.. bertimbun saja pahala aku nanti..


Cadangan untuk menikmati goreng pisang di satu tempat yang sudah beberapa bulan aku tidak jejaki (Bandar U) sangat mengembirakan hati kerna apa? kerna aku juga sudah lama tidak menikmati pisang goreng yang baru saja diangkat dari kuali.  Dimulakan dengan makan biasa-biasa saja di Cempaka Sari kerana perut Que sudah bergendang-gendang lagu apa saja aku jua tidak mengetahui, di tambah sudah separuh dimasuki angin, maka makin beralun irama yang dihasilkan.

Setelah beredar dari tempat makan kesayangan aku itu, terus saja dipanggil dokter untuk sama-sama menikmati goreng pisang panas di petang yang agak pudar dan pucat ini. Mungkin pucat kerna aku dan rakan2 seperjuangan tidak mewarnai petang itu dengan warna-warna yang ceria. Tapi malangnya dokter tidak mahu mengikuti kerana banyak kerjaan yang perlu dikerjakan kerna tarikh matinya sudah dekat sama sekali..

Berjalanlah turun kami berdua bersama Safuan sekali menuju ke destinasi yang mahu mendapatkan sebungkus goreng pisang panas di warung itu. Menunggu bus yang agak lama juga ya.. Almost 13 minit kami menunggu baru lah bus itu tiba dengan perasaan hati yang sangat berbunga. Terbayang-bayang goreng pisang yang sangat wangi, manis dan menyedapakan di kala musim peperiksaan kali ini.

Tapi........

Setelah sampai di tempat yang dituju, warung itu telah tutup atau tidak buka sama sekali.  entah apa ya perasaan aku masa itu, kecewa pun ada, semua yang buruk2 pun ada juga.. Faham saja ya kenapa aku sengsara kan... kerna goreng pisang itu tidak sampai dimulutku untuk dinikmati..

Ha.. baru aku teringat, kerana apa warung itu tutup... kerna hari ini adalah HARI PEKERJA... 

p/s Ayo.. kedai goreng pisang pun nak tutup ke di hari Pekerja.. huwaaaaa
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers