Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Binaan Kaabah di New York?
Kelmarin, aku telah menerima satu mass e-mail yang berbentuk peringatan kepada orang Islam bahawa di New York sedang membina satu monumen atau bangunan yang berbentuk kaabah di New York.  Apabila aku teliti dan membuat kajian mengenai kesahihan cerita ini, aku telah mencari maklumat di laman web yang berkenaan.

Rupanya, sebaran tersebut telahpun dilakukan sejak 2007 lagi. Hampir 2 tahun terdahulu dan orang-orang sekeliling masih mahu menyebarkan khabar-khabar yang mungkin belum tahu kesahihannya.  Menurut cerita yang aku peroleh di laman web yang menawarkan cerita ini, binaan ini di namakan "Apple Bar".  Perkataan bar itu sahaja melambangkan tempat untuk riang-ria foya-foya sambil meminum arak.  Maka, kecohlah rakyat seluruh dunia mengenai pembinaan bangunan ini.



Sama la seperti di mana-mana saja pun, Nama bagi satu bangunan kadangkala tidak melambangkan seperti yang di maksudkan.  Rumah aku sendiri aku ingin binakan sebuah bar tapi edisi bar aku ini bukan lah menawarkan arak-arak untuk di foya-foya tapi hanya tempat menjamu selera dengan kerusi tinggi.  Bangunan yang berwarna hitam di dalam gambar di atas sebenarnya sebuah bangunan kaca milik Apple Corp yang digunakan untuk menjual peralatan elektronik.  Mari kita lihat gambar terbaru bangunan ini.

Cantik bukan?  Binaan hitam sebelumnya itu merupakan kepingan kaca yang masih lagi bersalut dengan plastik yang berwarna hitam untuk menjaga dan menjadi pelindung.  Bagi aku, binaan ini juga mempunyai signifikan kepada orang Islam.. Cuba kita bayangkan, kaabah di Mekah itu menerima jutaan pengunjung setiap musim haji, dan orang di Amerika membina bangunan yang hampir serupa dengan binaan kaabah kerana mengungguli kaabah itu sendiri dengan harapan ramai la orang yang akan mengunjungi Apple Bar di New York ini.

Pengajaran kepada aku, marilah kita mengusul periksa dahulu setiap informasi yang diberikan kepada kita kerana kadang-kala cerita itu sudah lapuk dek zaman... Ahakz
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers