Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Baru aku tahu peranan sebenar sebuah CERMIN
PhotobucketCermin.. apa yang kalian rasakan apabila melihat cermin atau terfikirkan tentang cermin? Cermin yang memancarkan refleksi itu telah membuatkan malam tadi aku berfikir sejenak pernanan sebenar cermin. Dan hal ini ditegaskan bahawa topik ini bukan diajar secara rasmi di sekolah ya.. so jangan pula mengambil artikel ini sebagai rujukan di dalam dewan peperiksaan. Ahakz.

Cermin.. bila kita menghadapnya, ia akan memancarkan refleksi wajah sendiri. Betapa cantiknya kita, betapa buruknya kita semuanya dapat dilihat secara realiti bukan fantasi yang dirakamkan di dalam filem snow white. Tidak pernah bila mukanya buruk di pandang cantik bila dihadapan cermin. Tidak begitu?

Cuma hanya mahu menegaskan bahawa pabila kita menghadap cermin, ia akan merefleksikan wajah kita sendiri. Memang wajah kita sendiri dan kita sendiri boleh menilai cantikkah kita burukkah kita. Entahlah ada jua manusia yang sungguh yakin apa yang dilihat sungguh cantik kerna mengagungkan keesaan tuhan memberikan wajah dan tubuh yang sempurna. Tapi ada jua yang sudah cantik mahu diubah supaya lebih cantik dan akhirnya buruk tetapi dikatakan cantik.

Pendapat aku? Sememangnya aku sendiri meragui kuasa sebenar sebuah cermin. Ia dapat menentukan siapakah diriku ini. Aku lantas teringat tentang perbualan aku dengan sean.

Sean: Bila kita mahu memikat, lihatlah wajah ke dalam cermin.. Baru tahu whether calon tu sesuai atau tidak, padankah dengan kita. Don't ever refuse my statement coz its reality right now.

Entahlah, aku jua tidak tahu, tapi kadang kala memang tepat ungkapan itu, memang dunia realiti lebih memandang kepada paras rupa. Tapi kita sendiri yang menilainya kerna kita yang menghadap cermin. Bagi aku, biar orang lain yang menilai kita bukan kita menilai diri kita sendiri.

Setuju atau tidak??

Mari kita renungkan ya....
"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang"

*Kredit kepada Kak Yus, Zul n Safuan.....
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers