Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Perpustakaan UiTM: Evolusi kepada nilai ilmu

Semasa menyelusuri laman web di google, tetibe bertemu dengan imej ini. Cadangan pembinaan perpustakaan baru UiTM di Kampus Puncak Alam.. Wah wah..... meriah dan canggih katanya..

Apabila dirisik-risik dengan seorang rakan di Puncak Alam, pembinaan itu masih belum dilakukan tapi rekabentuknya mungkin sama atau mungkin tidak. Tapi apa yang terjadi semuanya akan menjadi canggih dan menawan.. Huwaaa :((.. Nak rasa chu ols..

Dirisik lagi dengan seorang pensyarah.. Apabila segalanya siap pada tahun 2020 mungkin, keseluruhan kampus akan ada sistem pengawalan suhu yang canggih.. Membuatkan kita semua nyaman belajar di UiTM..

Itulah yang kami bangga dengan UiTM... UiTM di Hatiku..
Rasa PUAS sangat..
Semalam, pabila sedang berborak bersama teman karib.. seseoang telah menelefon, memberitahu khabar berita yang gumbira..

Katanya.. orang yang sepatutnya membaca blog aku sudah tersentap-sentap dan terkedu-kedu serta terkesima dengan statement-statment yang telah di pos dalam laman blog ini.

Rasa terlalu puas dan sepatutnya memberi pengajaran ya..

Tahniah....
Logo baru KDBM UiTM Perak

Harap approve la.. ngee :D
Memulakan Langkah Perdebatan

Hari cuti tahun baru cina dihabiskan dengan Latihan Debat di UiTM Shah Alam. Walaupun buat pertama kali, ianya sangat menarik dan CABARAN.. Huwaa..

Walaupun ia sekadar latihan, terlalu banyak aku belajar dalam menempuh dunia perdebatan ini. Thanks kepada Shuk kerana telah membawa aku ke dalam dunia perdebatan.

Walaupun hanya 4 kali dalam dewan perdebatan sepanjang tempoh latihan, itu telah memberikan terlalu banyak pengalaman dan tatacara perdebatan yang tepat dari segi teknikalnya dan strukturnya.

Huwaa.. semuanya dalam kenangan. Sekarang, hanya perlu berlatih sendiri untuk pertandingan seterusnya... TAKUT....

Thanks kepada semua yang telah membantu: Abang Zarul, Abang Mont, Abang Bonat, Abang Fizan, Abang Sam, Kak Mas, Kak Zam, Kak Ape Tah Nama Die.. dan Abang Tak Tau jugak name die...

Thanks semuanya
Keikhlasan dalam roh penulisan

Pabila kita menghadap satu kertas kosong? Adakah kita mempunyai satu semangat atau saya kira sebagai satu istilah yang saya katakan sebagai roh penulisan. Adakah kita mahu mencoretkan sesuatu?

Kadang ya kadang idak bukan.

Ada yang melukis, ada yang menulis, ada yang mencoret sesuatu. Terpulang..

Tapi kali ini kita fokuskan kepada roh penulisan itu sendiri. Adakah anda mempunyai satu roh penulisan yang asli atau yang dipupuk supaya dapat menulis? Jua terpulang kepada anda. Tapi yang ingin dikatakan di sini adalah keikhlasan dan ketelusan dalam bermain dengan roh penulisan. Adakah anda mempunyai satu pendorong seterusnya roh itu datang?

Persoalannya, apa yang menentukan sebagai keikhlasan dan ketelusan dalam mengendalikan roh penulisan. Apakah tujuan anda untuk menulis?

  • Suka-suka
  • Memuaskan fikiran
  • Kenang-kenangan
  • Pengetahuan pembaca lain
  • Atau saja mahu menunjukkan bahawa: Akulah yang pandai menulis
  • Atau.. hanya untuk tujuan lain... (Malas mahu mengkatagori: takut terbuat fitnah)
Hal ini juga dikatakan jelas menunjukkan 2 indikator terakhir merupakan ketidakikhlasan dalam penulisan. Kerana penulisan ini walau untuk di jual, tapi mesti ada keikhlasannya tersendiri. Memberikan ilmu, memberikan kepuasan kepada orang lain.. Dan jua memberikan kepuasan untuk diri sendiri.

Pabila keikhlasan itu ada, maka penulisan itu akan terjadi persis indah dan menawan, sedap untuk di baca dan difahami. Kerana keikhlasan sebati dengan roh penulisan..

Itulah yang dikatakan keikhlasan dalam roh penulisan..
Madah Berhelah



Uolzz!! Ingat ni...

Di dalam keayuan dan kelembutan,
ada terselit
KEHEBATAN


From
ZhaRftLiey
UiTM Melaka
Latihan Praktikal di Fakulti Perakaunan

Eh eh.. dah minggu praktikal. Itulah yang aku rasakan pabila sampai saat-saat aku memulakan latihan praktikal walaupun hanya seminggu.

Fakulti Perakaunan. Nak kata best, best jugak la sebab dapat jumpe shuk, kaled, uzey (yang gay itu) dan semua warga Fakulti Perakaunan.

Ok lah.. Mari kita lihat apa yang telah aku lakukan semasa di Fakulti Perakaunan.

Hari pertama: Lapor diri dengan Encik Azman, jumpe dengan Kak Ti, amik punch card dan punch untuk pertama kali. 7.57 ya.. 3 min lagi sebelum jam itu bernyanyi.

Tugas pertama, apa ya.. hurm.. menghantar dokumen ke HEA.

Seterusnya, check punch card, tengok la sapa yang lambat dan rekodkan. Filing tidak dilupakan, tugas itu tidak akan terlepas dari pandangan mata pelajar praktikal.

Apa lagi ya.. perkara menarik: hurm. tak de ape2 kot. Semuanya berjalan seperti biasa

Banyak juga yang aku pelajari semasa berada di Fakulti Perakaunan. Surat menyurat jangan la cerita, filing dan sebagainya.

Yang bestnya, hari Khamis dan Jumaat, Kak Ti pula bercuti kerana ada hal dan MC. Wah wah, aku pula yang jadi Kak Ti. Penat juga ya jadi Kak Ti, dengan En. Azman, Encik Zool, lecturer lain yang meminta pertolongan, surat menyurat..

Lenguh bahu katanya.. panggilan telefon juga agak tidak berhenti.

Apa pun memang seronok bekerja di Fakulti Perakaunan. Encik Azman memang baik, Kak Ti pun banyak membantu, Lecturer memang seronok dan semuanya pun baik.

Agak sayu juga la pabila meninggalkan tempat curah bakti itu.. Huwaaaaaa ;(

Fareez yang bagi... TAHNIAH
Yang penting, dia telah hadiahkan cenderamata untuk aku yang terperap di rumah bersama Boy.. walaupun tadi berjalan kaki ke Muhibbah, mencari makanan...




Semalam Fareez dan 'rakan' serta rakan-rakan bercuti ke Pangkor...Meriah katannya..



Tahniah, kerana masih mahu mengagungkan kawasan percutian tempatan...

Aku sayang MALAYSIA
Tandas terbaik dunia

Mencari-cari gambar untuk post sebelumnya, terjumpa pula gambar ini. Bayangkan anda perlu untuk menggunakan tandas sebegini rupa, bagaimana perasaannya. Tapi yang pasti, tandas serupa ini wujud ya.

Manakan tidak, kalau tidak wujud, bagaimana pula gambarnya wujud kan.. Hurm. itu la ceriteranya..

p/s: Cam mana ya t*** dari tingkat atas dicurahkan.. Ayokkk
Lagi-lagi ISU BAS



Makin ditegur, makin menjadi-jadi.. Itulah yang boleh diibaratkan dengan pengurusan bas ni. Terkadang aku malas mahu berkata-kata. Hanya tunggu dan lihat saja. Bagai mencurah air ke dalam tempayan bocor, makin dicurah, semakin kering.

Malas la nak cakap banyak-banyak. Nanti kene banned, tak leh la nak naik bas nanti.

Sapa yang faham tu, tu la ceritanya.. Yang tak faham, mari cari ceriteranya..
Bahasa Melayu: Bahasa pertuturan yang kian pudar...
Marilah kita sama-sama mengagungkan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu yang kini semakin hari semakin hilang ditelan zaman.. Apa yang hilang? Keasliannya yang kian pudar pabila celup-mencelup dijalankan untuk dijadikan perkataan bombastik dan global. (bombastik dan global juga perkataan ambilan).

Tapi apakan daya kita. Apa yang perlu hanya kita perlu adalah mempertahankan dengan apa cara sekalipun. Caranya? Mudah saja... MENGGUNAKANNYA.

Saya tidak kata kita tidak boleh mengamalkan bahasa lain tetapi bahasa ibunda kita perlu diagungkan dan dipertahankan penggunaannya.

Hanya kagum melihat rakyat Indonesia yang hanya menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantaraan. Pernah satu ketika, terjumpa seorang warga Indonesia yang berbangsa Cina dapat berbahasa Indonesia dengan fasih sekali dengan dialek Indonesia yang sangat pekat. Tiada dialek cina, yang ada hanyalah dialek INDONESIA yang sangat pekat.

Mari kita lihat senarionya di Malaysia, orang cina negara kita pabila berkata-kata dalam bahasa Melayu, kenapa ada slanga bunyi cina?..

"Lu olang ada sana kah? Mari makan ini nasi lemak lor"

Lihat.. inilah yang dikatakan sebagai perosak bahasa. Tapi apa yang kita boleh buat ketika ini? Mahu mengubah kembali lidah mereka? Mungkin boleh kepada yang muda, yang masih kecil mungkin boleh dengan metod yang tertentu.

Apa yang terjadi, pabila orang Melayu berkata-kata dengan bangsa Cina, secara automatisnya bunyi dialek akan berubah..

"Ada lah apek.. Lu makan dulu lor.. Nanti wa makan sama lu"

Kenapa kita bisa jadi sedemikian rupa?

Kajian demi kajian yang dilakukan secara persendirian mengenai perihal ini. Hanya bertanya kepada beberapa orang korespondan yang terdiri daripada pelajar UiTM Perak sendiri dan tidak lupa kepada pensyarah yang sempat saya temui.

Jawapannya mudah. Kelemahan tatabahasa yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian rupa. Orang cina misalannya, bahasa ibunda mereka merupakan bahasa cina dan tentunya kadar penggunaan bahasa lain seperti bahasa Melayu sangat rendah. Hanya digunakan pabila berurusan dengan orang Melayu sahaja. Maka mereka ini hanya tahu berbahasa melayu pada peringkat asas yang membolehkan mereka berkomunikasi terutamanya dalam hal-hal dagangan.

Secara fokusnya, golongan ini kurang memahami perkataan-perkataan bombastik dan global dan yang sukar difahami. Maka pabila komunikasi tercipta, terkeluarlah perkataan Lu, Wa dan sebagainya untuk meningkatkan kadar keberkesanan komunikasi antara kedua belah pihak itu.

Kita pula sebagai orang Melayu, kenapa bertutur dengan dialek cina? Hal ini kerana kita mahukan komunikasi yang pantas dan berkesan kerana orang cina lebih memahami dialek ini. Kesannya, lidah kita pun sebati dengan frasa-frasa di atas tadi.

Itulah adanya.

Persaingan bahasa antara lain dapat juga mengurangkan peratusan kadar pertuturan dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris sebagai contoh terbaik. Pabila kita teliti kembali, komunikasi akan lebih berkesan pabila kita menggunakan bahasa Inggeris. Maka orang kita lebih senang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan.

Di pejabat,di kolej, di kedai-kedai, alangkah mudahnya kita berbahasa Inggeris kerana komunikasi jenis ini lebih berkesan daripada bahasa Melayu itu sendiri. Anda menafikannya? Ya.. anda perlu menafikannya kerana anda pejuang bahasa Melayu tapi berapa peratuskah orang seperti anda?

Apa yang dapat dikonklusikan, keaslian bahasa Melayu itu sendiri makin hari kian pudar dengan penggunaan kata pinjaman, persaingan bahasa dan juga kelemahan dalam aspek tatabahasa. Oleh itu, bagaimana pula untuk mempertahankan bahasa itu?

Banyak cara. Disiplin, pelajari dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Itu saja.

Tapi memang kita semua sedia maklum, memang tidak mudah untuk diimplimentasikan kepada kehidupan seharian tapi paling kurang, kita mencuba untuk melakukannya. Kita tidak kena saman pabila menggunakan bahasa kebangsaan yang kita perlu banggakan ini.

Akhir kata.. Bahasa Jiwa Bangsa
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers