Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Bahasa Melayu: Bahasa pertuturan yang kian pudar...
Marilah kita sama-sama mengagungkan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu yang kini semakin hari semakin hilang ditelan zaman.. Apa yang hilang? Keasliannya yang kian pudar pabila celup-mencelup dijalankan untuk dijadikan perkataan bombastik dan global. (bombastik dan global juga perkataan ambilan).

Tapi apakan daya kita. Apa yang perlu hanya kita perlu adalah mempertahankan dengan apa cara sekalipun. Caranya? Mudah saja... MENGGUNAKANNYA.

Saya tidak kata kita tidak boleh mengamalkan bahasa lain tetapi bahasa ibunda kita perlu diagungkan dan dipertahankan penggunaannya.

Hanya kagum melihat rakyat Indonesia yang hanya menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantaraan. Pernah satu ketika, terjumpa seorang warga Indonesia yang berbangsa Cina dapat berbahasa Indonesia dengan fasih sekali dengan dialek Indonesia yang sangat pekat. Tiada dialek cina, yang ada hanyalah dialek INDONESIA yang sangat pekat.

Mari kita lihat senarionya di Malaysia, orang cina negara kita pabila berkata-kata dalam bahasa Melayu, kenapa ada slanga bunyi cina?..

"Lu olang ada sana kah? Mari makan ini nasi lemak lor"

Lihat.. inilah yang dikatakan sebagai perosak bahasa. Tapi apa yang kita boleh buat ketika ini? Mahu mengubah kembali lidah mereka? Mungkin boleh kepada yang muda, yang masih kecil mungkin boleh dengan metod yang tertentu.

Apa yang terjadi, pabila orang Melayu berkata-kata dengan bangsa Cina, secara automatisnya bunyi dialek akan berubah..

"Ada lah apek.. Lu makan dulu lor.. Nanti wa makan sama lu"

Kenapa kita bisa jadi sedemikian rupa?

Kajian demi kajian yang dilakukan secara persendirian mengenai perihal ini. Hanya bertanya kepada beberapa orang korespondan yang terdiri daripada pelajar UiTM Perak sendiri dan tidak lupa kepada pensyarah yang sempat saya temui.

Jawapannya mudah. Kelemahan tatabahasa yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian rupa. Orang cina misalannya, bahasa ibunda mereka merupakan bahasa cina dan tentunya kadar penggunaan bahasa lain seperti bahasa Melayu sangat rendah. Hanya digunakan pabila berurusan dengan orang Melayu sahaja. Maka mereka ini hanya tahu berbahasa melayu pada peringkat asas yang membolehkan mereka berkomunikasi terutamanya dalam hal-hal dagangan.

Secara fokusnya, golongan ini kurang memahami perkataan-perkataan bombastik dan global dan yang sukar difahami. Maka pabila komunikasi tercipta, terkeluarlah perkataan Lu, Wa dan sebagainya untuk meningkatkan kadar keberkesanan komunikasi antara kedua belah pihak itu.

Kita pula sebagai orang Melayu, kenapa bertutur dengan dialek cina? Hal ini kerana kita mahukan komunikasi yang pantas dan berkesan kerana orang cina lebih memahami dialek ini. Kesannya, lidah kita pun sebati dengan frasa-frasa di atas tadi.

Itulah adanya.

Persaingan bahasa antara lain dapat juga mengurangkan peratusan kadar pertuturan dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris sebagai contoh terbaik. Pabila kita teliti kembali, komunikasi akan lebih berkesan pabila kita menggunakan bahasa Inggeris. Maka orang kita lebih senang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan.

Di pejabat,di kolej, di kedai-kedai, alangkah mudahnya kita berbahasa Inggeris kerana komunikasi jenis ini lebih berkesan daripada bahasa Melayu itu sendiri. Anda menafikannya? Ya.. anda perlu menafikannya kerana anda pejuang bahasa Melayu tapi berapa peratuskah orang seperti anda?

Apa yang dapat dikonklusikan, keaslian bahasa Melayu itu sendiri makin hari kian pudar dengan penggunaan kata pinjaman, persaingan bahasa dan juga kelemahan dalam aspek tatabahasa. Oleh itu, bagaimana pula untuk mempertahankan bahasa itu?

Banyak cara. Disiplin, pelajari dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Itu saja.

Tapi memang kita semua sedia maklum, memang tidak mudah untuk diimplimentasikan kepada kehidupan seharian tapi paling kurang, kita mencuba untuk melakukannya. Kita tidak kena saman pabila menggunakan bahasa kebangsaan yang kita perlu banggakan ini.

Akhir kata.. Bahasa Jiwa Bangsa
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers