Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
PTPTN :: Persis perang dunia gamaknya
Mungkin kecoh 1 Malaya ni dengan manifesto Parti Pembangkang, PKR untuk menghapuskan PTPTN dan seterusnya memberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat Universiti.

Sekali dengar memang menarik bukan? Ya.. pertama kali aku mendengarnya juga sangat tertarik dengan tawaran ini.. sehinggakan terpaksa gamaknya menarik nafas lega, kiranya dapat menyambung Ijazah dengan nada riang sempurna kerana percuma..

Hari demi hari, satu persatu pihak cuba tampil memberikan rasional dan bantahan secara umum  mahupun tertutup.  Dari PTPTN, dari badan berkanun dan Menteri sendiri memberi respon yang tidak memberangsangkan dengan manifesto yang telah diwar-warkan.

Ya ialah.. aku mulai untuk membuat tafsiran setiap butir-butir omongan mereka.. dan mempunyai satu tafsir untuk dirumuskan.. beberapa respon daripada aku sendiri:


  1. Pendidikan percuma kepada semua golongan? - Tidak releven mungkin kerana harga pelajaran itu tidak setanding dengan wang ringgit. Jika diberikan secara percuma, harga itu akan hilang dan jua akan di abai secara total.. ye lah.. percuma.. 
  2. PTPTN  di mansuh? - Juga tidak releven kerana nak makan apa ya bila tiada bantuan.. Konsep nya dah pinjam sila la bayar.. 

Erm.. ntah la.. aku juga rasa perlu adanya penghormatan kita kepada ilmu itu... Jika ianya percuma, boleh disepak terajang atau dibiar sebegitu saja..
Separa Normal ; Satu kedrastikan dalam kehidupan
Semenjak aku mula berduka lara.. hanya ini yang aku rasakan, AKU SUDAH SEPARA NORMAL..dari kehidupan normal.

Apakah yang dikatakan separa normal itu?

  • Melakukan bukan kelaziman seorang aku - Bangkit awal, tidur awal.. Sungguh rajin bukan
  • Cuba lakukan perubahan drastik - nanti saja diceritakan
  • Kekejaman melanda!
Itu saja.. Mungkin keadaan itu membuatkan aku lebih bersedia dengan kehidupan...
Kekecewaan kesinoniman kehidupanku 3
Sepertinya, menarik nafas panjang saja, tatkala jari jemari menari di atas papan kekunci, menaip serta luahkan kepada kalian, betapa bingung dan kecewanya aku di saat ini.

Persoalanku?

Masihkah ada yang kurang?

Lantas, minda pula termain layar kisah lama, terpusing dan terhenti di saat-saat mahu mulakannya dulu: Semuanya indah belaka.

Persoalan kedua?

Apakah dikau tidak cinta?

Sekali lagi.. menarik nafas panjang, yang kurang enak untuk dihembus, kerana semuanya telah berakhir. Persis layunya bunga yang kau beri pada ku dulu, inilah sepertinya hati ini.

Beribu sesalan....
Pesaing ASTRO akan tiba tidak lama lagi?
Sepertinya, roh penulisan itu akan datang bila-bila masa saja, kerana seolah diseru, mahupun di panggil.. Semua itu tidak penting, kerana hari ini aku masih di sini, untuk menemani kalian.. Walau hanya 3 atau 4 tulisan setiap tahun. Tidak bermakna menyepi, hanya melihat keliling, apa mahu di paksikan dalam penulisan..

Sudah lama rasanya tidak dicoretkan tentang TV berbayar ini.. ASTRO!!



Jika kalian kesemuanya perasan, satu gegaran sudah pun terbenam, Nilamas Corp Sdn Bhd akhirnya mengumumkan serta melancarkan pembekal TV berbayar terbaru, di panggil sebagai ABN (Asian Broadcast Network) yang akan memulakan siarannya suku kedua tahun 2012.

Arakian, stesen baru ini yang menggunakan sistem TV Kabel (Gentian Optik dan Kabel Koksial) akan menjadi pesaing terbaru kepada TV berbayar terbesar ketika ini, iaitu ASTRO. Maka ianya merupakan titik tolak kelegaan kepada mereka yang sudah jelak dengan permainan ASTRO, yang kini memonopoli siaran TV berbayar negara.

ABN yang kini dalam proses penyenaraian siarannya dan usaha untuk menyiapkan pusat penyiarannya di Puchong Gateway (sementara) dan apabila siap kelak, ianya akan menemui penonton dengan 500 saluran baru yang akan dapat menawan hati pelanggan dengan kos yang lebih murah. Dan yang pastinya, siaran tidak akan jua terganggu dengan cuaca hujan atau mendung kerana tidak langsung menggunakan peralatan satelit.

Untuk makluman, sehingga kini, tiada mana-mana syarikat pembekal TV berbayar dapat menembusi pasaran, MegaTV yang menamatkan siaran pada 2001 dan MiTV yang menamatkan siaran pada 2005. Kini, hanya TM iPTV yang masih bertahan dengan sambungan Internet Berkelajuan Tinggi tetapi harganya masih mahal dan tidak dapat menembusi pasaran pegangan ASTRO.

Semoga, dengan pelancaran ini, ASTRO akan berasa agak kecut ya kerana pesaingnya akan memulakan langkah drastik, membuka ABN Mediapolis dan ABN Academy yang seterusnya melumpuhkan pegangan ASTRO dalam dunia penyiaran negara.

Untuk makluman lanjut mengenai ABN, sila layari http://www.abnxcess.com/

p/s : Pengguna telahpun jelak dengan khidmat ASTRO yang membabi buta menaikkan harga, walaupun hujan, tiada siaran.. Sepertinya ASTRO dan pegawainya makan gaji buta..
Istiadat Konvokesyen le 74, UiTM Perak




Shuh,... huh.... penat sudah meniup sesawang yang telah mencemburui blog yang cantik ini.. akhirnya disawangkannya hingga buruk rupanya.. Hari ini kerajinan telah menjelma kerajinan itu menghapdate blog ini buat kali ini.

Sepertinya tajuk entri buat kali ini.. aku akhirnya sudah bergraduasi.. setelah 3 tahun aku mengahadapi peperiksaan, penat jerih aku bergelumang dengan buku2.. kini aku bergelar graduan.

Tidak lupa juga... aku yang sering melemparkan kata-kata pedas kepada alma mater aku itu bukanlah untuk menjatuhkan tetapi untuk meningkatkan kualiti Universiti tempatan supaya lebih membuka mata terhadap isu2 terkini.. dan juga mengeluarkan diri dari selubung selimut empuk tapi sudah kusam warnanya....

Sedikit Komen aku mengenai Istiadat Konvokesyen ke 74 (UiTM Perak)

  • Proses pengambilan jubah dan pek konvo - Tiada panduan langsung apabila aku melangkah ke UiTM Perak.. mujur aku telah membaca terlebih dahulu panduan yang disiarkan di Internet bahawa pengambilan jubah di FSKM.. Bukan semua orang berpeluang untuk membaca panduan tersebut, maka panduan yang lengkap perlulah disiarkan apabila graduan tiba di pintu masuk UiTM.

  • Apabila Istiadat Bermula - Graduan dan hadirin terpaksa menunggu lama untuk menunggu perakaran utama masuk ke dalam dewan.. Hingga lebih 5 minit berdiri..Cadangan aku, kalau semuanya telah bersedia, barulah memulakan istiadat.. untuk kelancaran.

  • Pengumuman nama graduan - Macam manalah boleh silap.. graduan diploma tidak perlulah menyebut KELAS PERTAMA kerana tiada langsung kelas-kelas tersebut untuk graduan diploma. Kesilapan tersebut sepatutnya tidak berlaku langsung kerana raptai di fahamkan 4 kali sebelum Istiadat berlangsung atau alasannya : Pengacara Majlis tersebut tidak mempunyai kelayakan apa-apa mungkin.. sebab itu tidak tau. Kesilapan menyebut nama jangan cakaplah.. dari 10 nama.. mesti ada 1 yang salah sebut.

  • Paparan nama graduan - Nama graduan dipaparkan tidak selari dengan tuan punya diri sendiri.. Kadang-kadang terlalu cepat.. kadang-kadang, graduan sudah turun baru nama dipaparkan.

  • Penerbit dan Jurukamera MCP - Sepatutnya, penerbit MCP hanya memaparkan Istiadat sahaja di skrin bukan Juruacara.. Kerana juruacara Istiadat Konvokesyen perlulah lebih tersembunyi dari pandangan hadirin.. Tidak apalah.. kesilapan kecil saja, tidak perlu di perbesarkan.

  • Persembahan Selingan - Persembahan Ghazal adalah persembahan yang bagus untuk Istiadat yang bermakna ini tetapi dendangan lagu dangdut yang di ghazalkan tidak sesuai sama sekali kerana ini adalah ISTIADAT KONVOKESYEN... bukan PESTA MUDA MUDI..

Mungkin itu saja.. kalau ada lagi yang perlu diperbetulkan.. maka boleh di tambahkan di dalam ruangan komen nanti ya...

Di kesempatan ini, aku dengan bangganya mengucapkan TAHNIAH kepada kesemuanya yang telah bergraduasi..
AJL: Tukar logo baru pula

Logo LamaLogo Baru


Pihak penerbitan Juara Lagu sekali lagi membuat perubahan setelah perubahan demi perubahan dalam format, nama.. dan kali ini logo pertandingan.

Untuk pengetahuan semua.. Logo lama Juara Lagu telah digunapakai sejak tahun 1997 (sebelum itu tiada logo yang spesifik).. dan digunakan sehingga tahun lepas (AJL24). Bagi aku perubahan yang dilakukan perlukah mempunyai signifikan untuk tahun-tahun mendatang... Aku hanya percaya tahun hadapan, logo bertukar lagi kerana pada logo yang baru ini, langsung tiada kesan-kesan unik (biasa-biasa saja)... yang boleh di gunakan untuk beberapa tahun lagi.

Tetapi itulah hakikatnya... Kita terpaksa terima kerana perubahan dilakukan ada sebab musababnya.. hanya TV3 yang tau...


AJL25: Masih bertampuk Indie..
Fuh fuh... tiup sana tiup sini.. buang habik buang semak..

Dah bersawang blog ini rupanya... hanya melawat sekali sekala... kerana bebanan tugas hakiki tersebut lebih menguasai minda kala ini..

Hari ini... aku menonton dengan debaran SemiFinal Muzik-Muzik 25.. Maka terjawab sudah siapa yang akan masuk nanti.

Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam

Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja

Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna

Pelita – A.P.I / Loque / Loque

Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok

Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril

Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan

Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface

Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali

Salin dan tampal dari www.zonartis.com


Apa yang aku ingin tegaskan.. hari ini muzik yang di katakan Indie itu sedang menguasai dan aku sendiri menyanjungi kata-kata Azmeer sebagai juri yang mengatakan perubahan arus perdana tetapi kurang dari segi melodi lagu yang bersimpang siur.. Aku setuju..

Tapi.. inilah yang mahu oleh industri sekarang.. dan kita tidak boleh berada di takuk yang lama.. tapi.. tiada yang lama, maka tiada yang baru.

Muzik identiti Malaysia.. irama balada perlahan seperti "Ku ada kamu", "kebahagian dalam perpisahan" dan "sejujur hatimu".. walau lagu jenis ini yang satu ketika dulu menjadi hits dan menjadi satu identiti malaysia.. Jangan dilupakan.. hanya sedikit sentap pabila lagu karya Azlan Abu Hassan dan Kak diba tidak dapat melangkau ke AJL kerana lagu jenis ini yang membawa identiti Malaysia, tapi pihak juri lebih arif untuk menentukan..

Industri kreatif negara semakin ketandusan idea dan karya-karya Indie yang mewarnai industri ini tidak patut dibiar begitu saja.. Maka inilah platform yang perlu untuk mereka ketengahkan bakat mereka.

Maka, ingin aku katakan... Selamat datang dunia baru.. jangan dilupakan yang lama pula...

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers