Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Lukamu lukaku jua
Luka mu luka ku jua
Tak sanggup ku melihatnya
Pedih mu pedih ku jua
Menusuk dalam jiwa

Akan tetapi luka yang aku sendiri timbulkan tidak perlu kamu membenam jauh ke sudut hati, kerna luka yang aku terasa pedih tiada ertinya buat kamu. Dan kadang kala kamu jua tidak merasa apa yang aku pedihkan.

Tetapi, setiap luka yang kamu alami, mahupun fizikal atau mental, zahir atau jua batin, akan aku terasa betapa sakit nya bila dilukai, dan batapa pedih nya pabila luka itu berdarah kembali. Kenapa ya.. Kerna aku cuba fahami kamu.. Cuma kamu yang tak pernah fahami aku.. Mungkin jua aku sukar difahami ya.. yang mengenali dapat menilai.

Aku cuba memahami apa yang kamu fikirkan, apa yang kamu rasa.. Tapi apa yang aku rasa itu aku sendiri tidak tahu sama ada benar atau tidak.. Tapi firasat aku cukup kuat mengatakan maha benar belaka.. Mengapa kamu mahu menyembunyikan dari aku..

Sembunyi, namun kan terlihatYang jelas di wajahKita sememangnya sarat merasakan cinta
Aku dapat memahami nya.. walau jasatmu jauh di satu sudut bumi..

(credit to new boys,misya omar,andy flop poppy)
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Dulu, kini dan selamanya...
Dulu
Aku seorang kanak-kanak
Yang tidak pernah kenal erti apa-apa
Menurut orang tua ke hulu dan ke hilir
Mahupun ke barat atau selatan
Kiranya..Aku ini persis seekor burung
Yang ingin bebas dari kurungannya

Kini
Masa berlari begitu pantas
Waima aku sering memerhatikannya
Aku tidak bisa menahan waktu supaya berhenti
Benar...Aku rindu zaman kecilku
Yang hari demi hari disekat kemahuanku
Arghhh... Kebebasan kini tiada ertinya lagi
Aku tidak mengerti
Kini aku merindui di pegang dan di sentuh

Selamanya
Aku mencari akan itu
Seperti dulu aku di heret dan ke mana jua
Ke barat mahupun timur
Ohhh tuhan...Berikan aku kekuatan hati..
ketebalan jiwaUntuk terus mencari waima di mana jua
Pedoman untuk hidup
Sebelum aku mati..
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Semalam yang gembira di pagi hening, tangisan di petang sepi, berbunga di malam sunyi..kembali berduka di pagi hening....
Semalam yang gembira di pagi hening, tangisan di petang sepi, berbunga di malam sunyi..kembali berduka di pagi hening, itu la kitaran hidup aku seharian...

Kisah burfday boy di kala ingin menyambut hari lahir yang paling tidak, cukup memberikan segala emosi mengikut fasa.. juga mengikut section or ikut Bab persis baacaan novel yang tiada unsur klimaks mahupun peleraian.. waima hari semalam yang buat seseorang itu gila sebentar dan kembali ceria dalam genang air mata..

Entah apa ya.. perlukah untuk menitiskan air mata yang mungkin tiada ertinya lagi... mengapa bilang begitu? maha benar bagi insan yang seperti aku ini beranggapan begitu.. tahu sebab nya.. baca saja blog yang dicoret beberapa bulan lepas di myspace ya..
Lets make simple..

Pagi
Saat pagi yang hening dan sungguh menggembirakanEntah berapa ratus sms yang menerjah masuk untuk mengucapkan "selamat hari jadi" sehingga aku melihat skrin telefon bimbit "No Space For New Msg".. Kerna apa banyak sekali pesanan ringkas ya.. kerna seluruh pelosok dunia ni di khabarkan tentang tarikh hari lahir ku itew... Wa ha ha

Bangkit dari tilam empuk yang sudah dikemas oleh adik2 tercinta mahupun yang yang tidak tercinta.. juga ada yang tidak terfikir langsung tentang nya.. melihat waktu sekarang... arghhh hari yang sungguh gembira.. semangat yang berkobar2 untuk bertolak ke tempat curah bakti.

Lambat juga ya sampai ke tempat aku mencoretkan kisah ini kepada kalian. kerna apa.. meluangkan waktu seketika sambil mengunyah "lotus seed pancake". Enak ya
Sambil log in kepada YM dan "pagi" kepada teman wajib terdengar suara dari arah belakang "HAPPY BIRTHDAY"... U dah besar la wan. U dah tua... Waaa tuakah aku. Ya.. aku sudah tua setahun dari semalam.. Kamu pikir apa. kamu jua tua setiap hari.

Itu semua menjadikan aku sangat gembira dan aku sendiri tidak tahu kenapa hari itu aku sangat mendambakan kegembiraan.. mungkin kerna setiap hari berlalu cuma gembira yang dibuat2 atau gembira yang bertukar nestapa persis bertukar musim di negara2 barat.. yang mempunyai iklim berbeza... mungkin 4 kali pertukaran setahun tapi aku satu hari saja beberapa kali bertukar musim...

Kamu udah penat baca ya.. tak pe.. berhenti saja di sini kerna lepas ini hanya cerita duka nestapa aja..Aku mahu jua coret kan kepada kalian..

Petang.. saat berduka lara
Kenapa ya.. aku mendail setiap orang yang aku sayang.. jawapan nya "Tidak, tak, erm.. tengokla" Hancur hatiku, mengenang dikau. erh. mengenangkan nasib bila terdengar ungkapan itu...

Berjalan jua ke tengah bandar yang kini sesak dengan kepulangan insan ke kediaman masing2 setelah penat bekerja di tempat curah bakti.. Tapi di mata aku seperti sunyi dan sepi aja bandar ini. Seperti keseorangan dan bersendiri.

Duduk saja di dalam tren yang pantas bergerak dan berhenti seketika di setiap stesen mahupun berhenti di pertengahan jalan untuk memberi laluan kepada tren antarabandar.. aku masih termangu sambil membaca majalah remaja yang dibeli beberapa hari lalu dan masih tersemat di dalam beg sandang.. Itu saja yang mampu aku lakukan di samping bertukar tren dari yang bawah ke yang atas.. dan yang atas ke yang tengah dan sebalik nya..

Jari2 masih lagi menekan2 pad telefon bimbit yang bila2 masa boleh mati kerna tiada lagi kuasa yang mampu membuatkan alat perhubungan terpenting itu bernyawa dan kembali hidup seperti biasa.. penting ya?? kadang kala alat itu sebagai mainan dan tidak penting untuk di simpan.. tapi bila dibuang, berguna pula ya... aduh tak ku fahami apa yang aku fikir..
tiba-tiba....

Malam - hati berbunga menemani malamku
"Terima kasih kerna sudi temankan wan.. nyaris nak balik taw"

"Ntah la, tetibe je nak sms wan. kebetulan sangat wan ada area KL"

"Argh.. memang dah nak balik dah tadi"

"Jom makan"

"Ok"

Gelak ketawa memecah keheningan malam itu di kala makan di satu sudut di KL. Aku bersyukur kerna ada jua yang yang sudi menemani walaupun hanya makan malam. Bertepuk tampar dan sambil bercubitan2.. ha ha

Aku memang gembira di malam itu.. sungguh gembira. terima kasih ya.. tapi kegembiraan itu tidak berpanjangan.. aku akui aku saja inginkan genang ini pecah mungkin.. Ya... pecah jua kala membuka pintu rumah.

Tepat sekali jangkaan ku.. teringat kan dengan ungkapan "tak, tidak, erm.. tengok la" itu... dan menjadi realiti.

Terus tidur sambil berduka lara dan hidupku semakin sepi dan sunyi tidak seperti semalam sehingga aku mencoretkan kisah ini kepada kalian.

Aku tahu, pembaca blog aku yang setia terpinga2 mencari jawapan kepada semua kisah2 kehidupan yang telah aku coretkan. yang aku boleh nyatakan.. Aku saja yang tahu...Teringat sebentar senikata lagu yang didendangkan farhan. Ku yang... tahu..
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Wat da small world
Huh... pergi sekalipun ke hujung dunia, hanya orang yang sama jua kita ketemu.. Napa ya.. Kerna dunia ini terlalu kecil untuk kita mengelilinginya..

Kisah ini berlaku bukan kerana aku dan bukan jua tentang aku tapi sedikit sebanyak ada jua kene mengena dengan aku.. Entah macam mana, ketika aku bertemu dengannya ketika berhari raya di rumahnya dan bersama-sama mencandat sotong di Perhentian kini terasa seperti mimpi apabila kawanku sendiri terbercinta dengan dia.

What a small world

Dengan kecanggihan dunia teknologi, siapa2 pun boleh kita ketemu. tapi ini yang aku rasa memang dunia ini sangat kecil.. Alih2 telah menjadi rakan sepasukan dan langsung tidak dikenali sehinggalah gambar aku sama kamu di semadikan dalam profil yang dinikmati semua pengguna di tatap dan di kenali rupanya. Ha ha
Memang dunia ini sangat kecil ya

Moral of the story is.. mana aja yang kamu pergi kamu akan jua terjumpa orang yang sama.. dan tidak boleh bersembunyi di mana aja.
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Wat da small world
Huh... pergi sekalipun ke hujung dunia, hanya orang yang sama jua kita ketemu.. Napa ya.. Kerna dunia ini terlalu kecil untuk kita mengelilinginya..

Kisah ini berlaku bukan kerana aku dan bukan jua tentang aku tapi sedikit sebanyak ada jua kene mengena dengan aku.. Entah macam mana, ketika aku bertemu dengannya ketika berhari raya di rumahnya dan bersama-sama mencandat sotong di Perhentian kini terasa seperti mimpi apabila kawanku sendiri terbercinta dengan dia.

What a small world

Dengan kecanggihan dunia teknologi, siapa2 pun boleh kita ketemu. tapi ini yang aku rasa memang dunia ini sangat kecil.. Alih2 telah menjadi rakan sepasukan dan langsung tidak dikenali sehinggalah gambar aku sama kamu di semadikan dalam profil yang dinikmati semua pengguna di tatap dan di kenali rupanya. Ha ha
Memang dunia ini sangat kecil ya

Moral of the story is.. mana aja yang kamu pergi kamu akan jua terjumpa orang yang sama.. dan tidak boleh bersembunyi di mana aja.
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Tangisan Naluri
Benarkah ini suatu keinginan
Di manakau janji
Di mataku merinduimu
Mengimbas kembali
Dalam renungan
Hanya tinggal wajah yang ayu
Dalam memoriku
Dengarkanlah sayang seruan
Dari jiwaku yang
Menanti kehadiranmu
Suaramu ingin kudengari
Sayangku, rela kumenunggu
Terangi hati yang resah ini
Tangisan, tidak membawamu
Kepadaku
Sedarkah,
Luka hati ini
Hadirlah kembali
Menerangi , Hidup ini
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Perihal mati hidup semula.. Adakah satu gurauan
Semasa mencoretkan kisah duka di kala ini, saya teringat satu artikel yang
di siarkan di Mastika berberapa tahun lalu, perihal sesorang yang di sahkan
mati di Kota Mekah tiba-tiba bernyawa semula. Kita seharusnya bersyukur
kerana masih panjang umurnya dan dapat meneruskan hidup. Dan kita seharusnya
berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umur. Alangkah besarnya kuasa yang
maha esa, boleh menghidupkan dan mematikan. Masya Allah.

Tetapi bukan itu yang saya mahu kongsikan, walaupun cerita ini sebenarnya
tiada kena mengena dengan hidup saya tapi bahangnya mendengar cerita palsu
perihal kematian membuatkan saya sendiri hilang pertimbangan dan kewarasan
buat sementara waktu.

Sewaktu menjejakkan kaki di Bandaraya Johor Bahru, sangat dikejutkan dengan
berita kematian seorang rakan kepada rakan saya. Walaupun saya sendiri tidak
mengenalinya, rasa kasihan dan ungkapan "Innalillah" di lafazkan dengan rasa
yang penuh duka.. Inikah dugaan yang harus teman-teman saya. Berita itu
disampaikan kira2 jam 3 pagi dan semua yang mendapat berita ini terus
menghubungi rakan-rakan dan sanak saudara terdekat. Semuanya bingkas bangun
dari diulit mimpi indah dan tidak kurang juga kepada rakan saya yang tidak
dapat langsung melelapkan mata dan dikejutkan pula oleh berita kematian.

Setelah semua saudara terdekat diberitahu, ada juga yang menangis dan sugul
di atas pemergian dia. Sekali lagi dikejutkan dengan SMS yang berbau
gurauan. Adakah anda yang menerima sms yang mengatakan yang dah pergi
meninggalkan kita secara tiba-tiba hidup kembali boleh berkata-kata di
menerusi telefon boleh menahan kemarahan dan kewarasan minda.. Saya kira tak
ramai yang boleh menahan emosi. Yelah.. siapa yang tidak marah jika
dipermainkan begitu?? Sudah lah mengganggu tidur yang cukup penting untuk
menjalankan tugas pada hari esoknya.

Yang saya tegaskan di sini, kepada yang berkenaan, matangkan minda anda dan
jangan menjadi seperti kanak-kanak yang masih bertatih berjalan. Perihal
kematian bukan gurauan dan perkara yang boleh dipermainkan. Dan setiap dari
bicara itu adalah doa. Adakah anda berdoa untuk kematian? . Kami yang
membaca ini jelek dengan sikap anda. Anda sokong saya bukan???

Perkara ini juga telah mencetuskan perang antara rakan dan juga boleh
menyebabkan kematian. Jangan sampai gurauan tentang perihal hidup dan mati
nanti boleh menyebabkan kematian yang nyata dan benar. Saya sendiri kesal
dengan tindakan pihak yang melakukan sedemikian. Apa komen anda??

FYI.. artikel ini disiarkan di RelaxJAP. Gedung Ilmiah Malaysia
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
Perlukah aku egois......
Itu satu persoalan yang sering aku tanyakan di dalam hati dan minda dan acap kali jawapan yang aku terima tidak pernah sama.. perlukah aku egois...

Perasaan ego seorang insan seperti aku juga mungkin setiap kali sukar di ramal dan perasaan benci, cemburu yang tidak bertempat dan apa2 jua rasa yang tidak sepatutnya di rasa semakin menebal bersarang di dalam hati dan minda yang sememangnya tidak suci lagi ini..

Aku jua sering mengalami penderitaan emosi yang aku sendiri yang cipta ke atas rasa itu. Sekali lagi aku tanyakan.. perlukah emosi ini di carik2 persis surat khabar lama yang mahu di kitar semula itu... tidak perlu yah tetapi secara semula jadi rasa itu bangkit dan tanpa ada sebab aku menjadi keras kepala dan keras segalanya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun di kala mahu menunjukkan rasa egois itu... tapi bila tersedar mahu dibunuh saja diri ini.

Aku sering kali ingin orang sekeliling mahu tahu apakah yang aku rasakan tapi tanpa aku sedari dan secara tidak langsung aku pula yang mendera dan memukul emosi mereka yang sedikit pun tidak bersalah terhadap diri ini.. apakah aku mahu terus terusan menyiksa mereka kerna aku sendiri tersiksa??? aku dilema dan musykil kenapa rasa itu sering aku mau bangkitkan waima aku sendiri sedar tiada mendapat faedah lakuin itu semua.

Tapi kalian... kalian mungkin tidak mengerti kenapa rasa itu muncul. Aku di sini jua tidak mengerti apatah lagi kalian bukan... cuma setelah satu2 perkara itu berlaku baru rasa penyesalan akan membelenggu diri dan ini akan menambahkan lagi penderitaan emosi yang aku hadapi..

Konklusinya.. perlu lebih bersikap positif?? Ya aku tau bangat dengan pernyataan itu..tapi aku tidak tahu di mana mahu gunakannya. kerana itu mungkin aku menjadi seperti ini
Kepada kalian yang telah menjadi mangsa terjebak dengan penderitaan emosi dan penyiksaan jiwa raga yang telah aku ciptakan, aku ingin meminta maaf akan kelakuan aku itu...fahami lah diri ini dan aku ingin tegaskan bahawa cerita dan kisah penderitaan emosi ini tidak akan tamat dan akan berterusan hingga aku mati...

Kerna apa.. kerna aku telah di lahirkan begitu
0 komentar | edit post
Reaksi anda: 
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers