Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Perihal mati hidup semula.. Adakah satu gurauan
Semasa mencoretkan kisah duka di kala ini, saya teringat satu artikel yang
di siarkan di Mastika berberapa tahun lalu, perihal sesorang yang di sahkan
mati di Kota Mekah tiba-tiba bernyawa semula. Kita seharusnya bersyukur
kerana masih panjang umurnya dan dapat meneruskan hidup. Dan kita seharusnya
berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umur. Alangkah besarnya kuasa yang
maha esa, boleh menghidupkan dan mematikan. Masya Allah.

Tetapi bukan itu yang saya mahu kongsikan, walaupun cerita ini sebenarnya
tiada kena mengena dengan hidup saya tapi bahangnya mendengar cerita palsu
perihal kematian membuatkan saya sendiri hilang pertimbangan dan kewarasan
buat sementara waktu.

Sewaktu menjejakkan kaki di Bandaraya Johor Bahru, sangat dikejutkan dengan
berita kematian seorang rakan kepada rakan saya. Walaupun saya sendiri tidak
mengenalinya, rasa kasihan dan ungkapan "Innalillah" di lafazkan dengan rasa
yang penuh duka.. Inikah dugaan yang harus teman-teman saya. Berita itu
disampaikan kira2 jam 3 pagi dan semua yang mendapat berita ini terus
menghubungi rakan-rakan dan sanak saudara terdekat. Semuanya bingkas bangun
dari diulit mimpi indah dan tidak kurang juga kepada rakan saya yang tidak
dapat langsung melelapkan mata dan dikejutkan pula oleh berita kematian.

Setelah semua saudara terdekat diberitahu, ada juga yang menangis dan sugul
di atas pemergian dia. Sekali lagi dikejutkan dengan SMS yang berbau
gurauan. Adakah anda yang menerima sms yang mengatakan yang dah pergi
meninggalkan kita secara tiba-tiba hidup kembali boleh berkata-kata di
menerusi telefon boleh menahan kemarahan dan kewarasan minda.. Saya kira tak
ramai yang boleh menahan emosi. Yelah.. siapa yang tidak marah jika
dipermainkan begitu?? Sudah lah mengganggu tidur yang cukup penting untuk
menjalankan tugas pada hari esoknya.

Yang saya tegaskan di sini, kepada yang berkenaan, matangkan minda anda dan
jangan menjadi seperti kanak-kanak yang masih bertatih berjalan. Perihal
kematian bukan gurauan dan perkara yang boleh dipermainkan. Dan setiap dari
bicara itu adalah doa. Adakah anda berdoa untuk kematian? . Kami yang
membaca ini jelek dengan sikap anda. Anda sokong saya bukan???

Perkara ini juga telah mencetuskan perang antara rakan dan juga boleh
menyebabkan kematian. Jangan sampai gurauan tentang perihal hidup dan mati
nanti boleh menyebabkan kematian yang nyata dan benar. Saya sendiri kesal
dengan tindakan pihak yang melakukan sedemikian. Apa komen anda??

FYI.. artikel ini disiarkan di RelaxJAP. Gedung Ilmiah Malaysia
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers