Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
KL, Berlin, Russia, dan akhirnya JB... Huh... perkataan asing jua bagiku
Hye there...
Kiranya kebelakangan ini banyak pula nama2 tempat yang kadang kala begitu asing di sebut2 orang sekeliling.. Kenapa ya.. Kadang kala satu kebetulan dan seperti biasa.. aku jua sendiri tidak pasti apakah ini semua ya..

KL - Kuala Lumpur..

Apa yang ada di Kuala Lumpur .. kalau tidak LRT jua monorel. Tidak kurang kereta api laju.. Golongan yang sukakan kegelapan akan bicara tentang club2 sekitar bukit bintang.. atau imbi atau kedua2nya sekali... Kiranya aku ini agak benci dengan kota besar yang penuh hipokrasi waima aku jua sering ke Kuala Lumpur... bukan kerna mau terjebak dengan anasir hipokrasi tetapi jua jumpa dengan teman2 atau makan sendiri di KL Sentral.. Huh.. Napa ya

Berlin..

Kenapa dengan berlin di jerman itu... Ini semua gara2 gathering di Shah Alam dan berjumpa dengan jelitawan jerman.. katanya dari berlin dan lidah aku jua tidak petah berbahasa.. jua dalam bahasa inggeris yang amat pekat bunyi kemelayuan... Lah Lah Lah... Biasa ya... Setelah itu setiap hari aku teringat akan berlin dan jua teruna putrajaya mahu pindah ke berlin... Kebetulan ya... dan kadang aku rimas setelah mamat perintih simpati yang ku kenal di gathering itu mahu juga pindah ke berlin.. CHOYYYYYYYYY

Russia

Apa ada dengan lelaki russia yang amat di kagumi nya..Membuatkan aku jua rimas dengan cara dan kaedah yang menjengkelkan.. Aku jua seperti hilang arah.. dan seterusnya terkandas di hentian kereta api laju.. Teringat jua aku kepada tukang kenal kan aku kepada dunia penulisan kucar kacir.. yang terlalu obses dengan russia.. dengan bahasa dan caranya yang persis mamat russia.. malangnya.... mamat obses itu terputus hubungan dengan aku sejak sekian lama.. Tapi bentuknya dan suaranya masih terpahat di kotak jalani tugasku.. kengkadang di main semua persis pita video tersangkut2 atau CD cetak rompak yang dimain berulang kali..

JB

Apa jua yang ada di JB.. Setia Indah?? Clickers, Proxus -Yensi, zurah dan mcam2 lagi ada di JB.. jua abang yang telah berpindah dari JB ke tempat lain jua yang sering kali menggamit kenangan silam semasa berjalan2 di pasaraya SMART sambil membelek ikan kala aku baru sahaja menjejakkan kaki ke JB.. Itu lah kisah nya perjalanan pertama di JB...Huh.. Kini kenangan membeli ikan di SMART kembali secara tiba2 setelah secara tidak sengaja ketemu dengan Abang Highreeeeeellllllll.. ntah napa ya.. Jikalau tadi teringat akan berlin.. kini semuanya bicara tentang JB... Sampai majlis berbuka puasa pun bicara tentang JB,, keindahan taman setia indah yang menempat kan abang highreel.... syai dan jua azurah.. Tidak lupa company tersayang TMNET Clickers Taman Setia Indah........

Selepas ini.. apa pula..
Terhimpit dan tersepit,Cemburu buta.. perlukah menghampiri minda suci ini.
Huh.. aku jua tidak mengerti mengapakah perasaan ini menghampiri sekali pun tidak di panggil, di undang apa lagi mahu di jumput.. Semuanya datang seperti kilat dan tidak sempat untuk mengelak.. Dari semalam lagi.. Perlukah ia datang.. perlukah untuk aku ini melayan kerenah nafsu yang sering membelenggu..

Sejak semalam lagi.. entah tiba2 perasaanku persis dipanah besi tajam yang bisa nya hingga ke ruangan fikiran terus menguasai minda yang sering kali di gores dengan pelbagai dugaan yang melanda sejak akhir2 ini.. Sewaktu berjalan pulang dengan jalan yang penuh ranjau dan duri terpaksa jua aku tempuh untuk tiba di rumah dengan amannya.Tetapi akhirnya harum yang diminta... kelat yang menembusi pintu rumah yang semenangnya utuh dengan besi2 yang membuatkan diri terpenjara sebentar..

Perasaan yang tidak pernah diundang itu tidak pergi begitu saja.. tapi masih bertapak utuh dalam hati dan kotak fikiran...Sewaktu bangun di pagi yang hening mahu berniat puasa dan ketika itu jua ia datang lagi.. Sekali lagi ku tanyakan.. perlukah hadir dalam diri ini

Tidak cukup dengan itu, setelah sampai di tempat curah bakti...seperti biasa mengucapkan selamat kepada teman2 wajib dan akhirnya perasaan itu datang lagi.... Aku kini benar2 terhimpat dengan perasaan ini dan akhirnya tersepit di persimpangan yang aku jua tidak pasti mana pangkal dan hujungnya dan akhirnya aku tidak dapat bergerak lagi....
Bisakah yang benci di sayangi......
Siti Nurhaliza
Bisakah

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu Namun?

Chorus

Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula Namun?

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Ulang Chorus

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Aku sayang kamu sangat...
Aku sayang kamu sangat...
Huh sekali lagi.. satu kali je lagi.. waktu mahu pulang ke kediaman nan indah dari tempat curah bakti.. tangan ini terasa sungguh gatal ya... Mahu mengucap selamat kepada kamu... sedangkan aku jua invi pada kamu.. hp juga di mati kerna kamu.. nekad tak mau dengar khabar kamu tapi aku tidak kuat untuk melakukan itu...kerna aku sayang sama kamu

Kamu tahu.. aku sayang sama kamu.. waima apa yang berlaku.. aku sayang sama kamu.. Malangnya aku kerna kamu sudah dimiliki....apa yang aku boleh lakukan... Malah mau melupakan sungguh payah... mahu dibenci tetapi sayang... sekali lagi aku tidak betah untuk menghindari kamu..kerna aku sayang sama kamu...

Petang tadi setelah selesai makan malam... tangan ku yang chomel ini sekali lagi gatal mendail... mendail kamu... walau aku jua sudah nekad tak mahu dengar suara kamu.. tapi aku tak bisa.. kerna apa.. kerna aku sayang sama kamu...

Dan malam ini.. semasa aku mengarang post ini.. aku masih terpikir tentang kamu... Ingatan tentang kamu semakin hari semakin tebal ya... persis lemak2 yang sentiasa berkumpul di perut aku.. senang berkumpul sukar pula di hakis..ibarat nya ingatan aku terhadap kamu... Kerna apa... kerna apa ya..... sekali lagi aku bilang yang aku sayang sama kamu...
Aku sayang bangat sama kamu..
Perihal menjatuhkan orang... Mana akal kita..
Tajuk yang amat sensitif dan ini yang berlaku di kalangan kita orang melayu.. Jangan terkejut jikalau saya hari ini menggunakan bahasa yang penuh bertatasusila dengan penggunaan tatabahasa yang agak tepat.

Hal ini juga yang berlaku terhadap saya yang rasanya berulang-ulang kali terlakunya perbuatan ini.. Kejadian manusia begitu rupa yang sering mengagungkan sifat hasad dengki dan sikap suka menjatuhkan orang lain.. Pernyataan ini bukan bererti saya tidak mensyukuri ciptaan tuhan tetapi inilah hakikatnya..

Bagaimana mahu menghakis sifat dan sikap yang telah sekian lama bertapak dalam pemikiran orang melayu. Apa salahnya kita berganding bahu untuk menjayakan satu organisasi mahupun satu majlis agar menjadi lebih sempurna. Pendapat orang yang lebih muda jangan sekali-kali di abaikan kerana mungkin akan membawa perubahan dan revolusi kepada kebiasaan yang sekian lama jua dipertahankan. Ada juga baiknya kita menjaga yang lama dan pertahankan yang klasik.. tapi sampai bila kita hanya mahu bertaut di takuk lama. Inilah persoalan yang sering di timbulkan oleh kaum muda setelah acap kali di tindas habis-habisan.

Kita seharusnya lebih menghargai tenaga muda dan sifat menjatuhkan orang lain perlu dihakis sedikit demi sedikit tetapi secara total agar kita dapat melahirkan rakyat yang lebih berintergriti.
Penantian tanpa harapan:: Apakah status itew ya
Waiting without hope.. itu adalah istilah bahasa orang di seberang.. kata ketimurannya seperti tajuk nya itu.. Ha ha.. perubahan status yang mendadak selepas di tendang habis-habisan di kala itu membuatkan aku jua tersungkur hiba di bawah sedar.. Juga dilema menguasai minda.. Betulkah apa yang aku lakukan..

Hari itu... terkandas jua di kawasan yang tidak perlu gue nyatakan disini sambil menunggu tren laju yang agak perlahan jua perjalanannya membuatkan aku terfikir sejenak. apakah yang aku lakukan sehingga aku terdampar di sini.. di tempat yang menjanjikan kedamaian... setelah sekian lama menunggu harapan menjadi nyata tapi akhirnya harapan itu punah persis tersentuh periuk api lalu berkecai jua akhirnya...

Kini status penantian satu harapan itu telah berubah jua waima hal ini aku jua tidak pasti akan kiranya bila berlaku kelak.. Mengapa ya.. status itu aku tukarkan kepada penantian tanpa harapan sedangkan aku terpikir.. mengapa perlu di tunggu... Huh.. seperti telah ku nyatakan tadi... aku jua tiada kepastian..

Kini.. siapakah yang mampu menukar status itu kepada status yang baru.. Silakan.. aku sudah acap kali menukar status pemikiran dan jua lali dengan keadaan persis ini.. Acap kali......
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers