Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Separa Normal ; Satu kedrastikan dalam kehidupan
Semenjak aku mula berduka lara.. hanya ini yang aku rasakan, AKU SUDAH SEPARA NORMAL..dari kehidupan normal.

Apakah yang dikatakan separa normal itu?

  • Melakukan bukan kelaziman seorang aku - Bangkit awal, tidur awal.. Sungguh rajin bukan
  • Cuba lakukan perubahan drastik - nanti saja diceritakan
  • Kekejaman melanda!
Itu saja.. Mungkin keadaan itu membuatkan aku lebih bersedia dengan kehidupan...
Kekecewaan kesinoniman kehidupanku 3
Sepertinya, menarik nafas panjang saja, tatkala jari jemari menari di atas papan kekunci, menaip serta luahkan kepada kalian, betapa bingung dan kecewanya aku di saat ini.

Persoalanku?

Masihkah ada yang kurang?

Lantas, minda pula termain layar kisah lama, terpusing dan terhenti di saat-saat mahu mulakannya dulu: Semuanya indah belaka.

Persoalan kedua?

Apakah dikau tidak cinta?

Sekali lagi.. menarik nafas panjang, yang kurang enak untuk dihembus, kerana semuanya telah berakhir. Persis layunya bunga yang kau beri pada ku dulu, inilah sepertinya hati ini.

Beribu sesalan....
Pesaing ASTRO akan tiba tidak lama lagi?
Sepertinya, roh penulisan itu akan datang bila-bila masa saja, kerana seolah diseru, mahupun di panggil.. Semua itu tidak penting, kerana hari ini aku masih di sini, untuk menemani kalian.. Walau hanya 3 atau 4 tulisan setiap tahun. Tidak bermakna menyepi, hanya melihat keliling, apa mahu di paksikan dalam penulisan..

Sudah lama rasanya tidak dicoretkan tentang TV berbayar ini.. ASTRO!!



Jika kalian kesemuanya perasan, satu gegaran sudah pun terbenam, Nilamas Corp Sdn Bhd akhirnya mengumumkan serta melancarkan pembekal TV berbayar terbaru, di panggil sebagai ABN (Asian Broadcast Network) yang akan memulakan siarannya suku kedua tahun 2012.

Arakian, stesen baru ini yang menggunakan sistem TV Kabel (Gentian Optik dan Kabel Koksial) akan menjadi pesaing terbaru kepada TV berbayar terbesar ketika ini, iaitu ASTRO. Maka ianya merupakan titik tolak kelegaan kepada mereka yang sudah jelak dengan permainan ASTRO, yang kini memonopoli siaran TV berbayar negara.

ABN yang kini dalam proses penyenaraian siarannya dan usaha untuk menyiapkan pusat penyiarannya di Puchong Gateway (sementara) dan apabila siap kelak, ianya akan menemui penonton dengan 500 saluran baru yang akan dapat menawan hati pelanggan dengan kos yang lebih murah. Dan yang pastinya, siaran tidak akan jua terganggu dengan cuaca hujan atau mendung kerana tidak langsung menggunakan peralatan satelit.

Untuk makluman, sehingga kini, tiada mana-mana syarikat pembekal TV berbayar dapat menembusi pasaran, MegaTV yang menamatkan siaran pada 2001 dan MiTV yang menamatkan siaran pada 2005. Kini, hanya TM iPTV yang masih bertahan dengan sambungan Internet Berkelajuan Tinggi tetapi harganya masih mahal dan tidak dapat menembusi pasaran pegangan ASTRO.

Semoga, dengan pelancaran ini, ASTRO akan berasa agak kecut ya kerana pesaingnya akan memulakan langkah drastik, membuka ABN Mediapolis dan ABN Academy yang seterusnya melumpuhkan pegangan ASTRO dalam dunia penyiaran negara.

Untuk makluman lanjut mengenai ABN, sila layari http://www.abnxcess.com/

p/s : Pengguna telahpun jelak dengan khidmat ASTRO yang membabi buta menaikkan harga, walaupun hujan, tiada siaran.. Sepertinya ASTRO dan pegawainya makan gaji buta..
Istiadat Konvokesyen le 74, UiTM Perak




Shuh,... huh.... penat sudah meniup sesawang yang telah mencemburui blog yang cantik ini.. akhirnya disawangkannya hingga buruk rupanya.. Hari ini kerajinan telah menjelma kerajinan itu menghapdate blog ini buat kali ini.

Sepertinya tajuk entri buat kali ini.. aku akhirnya sudah bergraduasi.. setelah 3 tahun aku mengahadapi peperiksaan, penat jerih aku bergelumang dengan buku2.. kini aku bergelar graduan.

Tidak lupa juga... aku yang sering melemparkan kata-kata pedas kepada alma mater aku itu bukanlah untuk menjatuhkan tetapi untuk meningkatkan kualiti Universiti tempatan supaya lebih membuka mata terhadap isu2 terkini.. dan juga mengeluarkan diri dari selubung selimut empuk tapi sudah kusam warnanya....

Sedikit Komen aku mengenai Istiadat Konvokesyen ke 74 (UiTM Perak)

  • Proses pengambilan jubah dan pek konvo - Tiada panduan langsung apabila aku melangkah ke UiTM Perak.. mujur aku telah membaca terlebih dahulu panduan yang disiarkan di Internet bahawa pengambilan jubah di FSKM.. Bukan semua orang berpeluang untuk membaca panduan tersebut, maka panduan yang lengkap perlulah disiarkan apabila graduan tiba di pintu masuk UiTM.

  • Apabila Istiadat Bermula - Graduan dan hadirin terpaksa menunggu lama untuk menunggu perakaran utama masuk ke dalam dewan.. Hingga lebih 5 minit berdiri..Cadangan aku, kalau semuanya telah bersedia, barulah memulakan istiadat.. untuk kelancaran.

  • Pengumuman nama graduan - Macam manalah boleh silap.. graduan diploma tidak perlulah menyebut KELAS PERTAMA kerana tiada langsung kelas-kelas tersebut untuk graduan diploma. Kesilapan tersebut sepatutnya tidak berlaku langsung kerana raptai di fahamkan 4 kali sebelum Istiadat berlangsung atau alasannya : Pengacara Majlis tersebut tidak mempunyai kelayakan apa-apa mungkin.. sebab itu tidak tau. Kesilapan menyebut nama jangan cakaplah.. dari 10 nama.. mesti ada 1 yang salah sebut.

  • Paparan nama graduan - Nama graduan dipaparkan tidak selari dengan tuan punya diri sendiri.. Kadang-kadang terlalu cepat.. kadang-kadang, graduan sudah turun baru nama dipaparkan.

  • Penerbit dan Jurukamera MCP - Sepatutnya, penerbit MCP hanya memaparkan Istiadat sahaja di skrin bukan Juruacara.. Kerana juruacara Istiadat Konvokesyen perlulah lebih tersembunyi dari pandangan hadirin.. Tidak apalah.. kesilapan kecil saja, tidak perlu di perbesarkan.

  • Persembahan Selingan - Persembahan Ghazal adalah persembahan yang bagus untuk Istiadat yang bermakna ini tetapi dendangan lagu dangdut yang di ghazalkan tidak sesuai sama sekali kerana ini adalah ISTIADAT KONVOKESYEN... bukan PESTA MUDA MUDI..

Mungkin itu saja.. kalau ada lagi yang perlu diperbetulkan.. maka boleh di tambahkan di dalam ruangan komen nanti ya...

Di kesempatan ini, aku dengan bangganya mengucapkan TAHNIAH kepada kesemuanya yang telah bergraduasi..
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers