Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Gurauan: Perlu kena pada tempatnya..



Terkadang aku terfikir, kerana apa aku ini semakin sentitive, tidak dapat menerima gurauan melampau itu.. tetapi perlu diingat... gurauan perlu kena pada tempatnya..

Tidak perlu bergurau dengan nada yang cukup buas pabila di tempat kerja yang mengamalkan profesionalisme yang tinggi dan juga integriti yang cukup membanggakan.. Semua tempat curah bakti jua ku kira begitu tanpa ada syak wasangka lagi.. Mungkin kalian boleh senaraikan tempat kerja mana yang hanya mendapat gaji dengan bergelak ketawa sambil bergurau..

Bagaimana mahu meningkatkan productiviti.. Hurm... (Susah budak yang dah belaja management ni)

Bergurau itu boleh untuk mengurangkan stress.. tapi perlu kene pada saat dan ketikanya.. jangan waktu serius di bawak bergurau.. jika malang nasib badan.. bertumbuk la ia.. turunlah productivity syarikat.. kuranglah sales, kuranglah perkhidmatan dan sebagainya..

Itu yang cuba aku tekankan di sini.. Jika kita sentiasa berhemah dalam dunia pekerjaan ini, maka kita jua akan ceria, akan mendapat apa yang dikatakan sebagai "Job Satisfaction" pabila kesemua keperluan kita dikecapi.. mahu pun bergaji rendah... asalkan halal dan anda berpuas hati dengan pekerjaan anda, walau dengan kata lain ENJOY Bekerja.. itu tidak menjadi hal..

Jika gaji banyak jua, mungkin tidak menjamin apa2 bukan.. tetapi yang penting kita enjoy... Tapi berkata tentang enjoy semasa bekerja ini, ini pula yang dikaitkan dengan gurauan dan usikan tadi... Nah.. ini lah yang aku katakan, pabila gurauan itu tidak kena pada tempatnya, maka, kepuasan bekerja itu akan berkurangan..

Maka, akhir bicara, perlulah kita berhati-hati ketika bergurau, bukan semua orang boleh menerima gurauan anda. Jadi , berguraulah secara berhemah..

Cheer..
Piala Dunia : Kasihannya warga Singapura
p/s: Melb.. Dis is for u ok.. Pembaca berita nak mengulas

Ketika sebuk membelek-belek rangkaian intenet ini.. untuk mencari beberapa cerita sukan.. hanya teringat Piala Thomas.. tapi cerita ini pula yang terjumpa.

Chedok from http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,164637,00.html?

Pakej mahal? Sila ke masjid tonton Piala Dunia


Oleh
Azahar Mohd

ORANG ramai yang bosan kerana syarikat gergasi perhubungan SingTel dan StarHub menawarkan harga pakej yang tinggi bagi menonton Piala Dunia, kini berpeluang menontonnya secara percuma di Masjid Darussalam.

Selain menggalak golongan belia berjinak-jinak dengan masjid, penyiaran secara langsung Piala Dunia itu juga diharap dapat menarik masyarakat bukan Islam mengetahui dengan lebih mendalam peranan masjid di Clementi itu.

Pengerusi eksekutif Masjid Darussalam, Haji Abdul Mutalif Hashim, berkata penayangan Piala Dunia itu demi menjadikan masjid tersebut sebuah pusat sehenti bagi para penduduk, selaras dengan matlamat menjadikannya institusi yang mesra masyarakat.

'Ini merupakan kali kedua kami menayangkan perlawanan Piala Dunia selepas Piala Dunia 2006 di Jerman. Kami mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, bagi menarik mereka yang 'jarang-jarang ke masjid' untuk sama-sama memakmurkan masjid.

'Kedua, menarik golongan belia supaya mereka dapat berjinak-jinak ke masjid dan ketiga, menarik masyarakat bukan Islam supaya mereka lebih mengetahui peranan masjid, seperti peranan azan dan sebagainya,' ujarnya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, tayangan Piala Dunia itu akan diadakan di ruang berbumbung di tepi bangunan masjid.

Sebelum ini ramai peminat bola sepak melahirkan kekecewaan setelah kedua-dua syarikat perhubungan itu mengumumkan pakej bagi menonton Piala Dunia 2010.

Pakej yang dikenakan dua syarikat itu bagi 64 perlawanan ialah $70.62, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi pengguna yang mendaftar selewat-lewatnya 31 Mei ini dan $94.16 selepas tarikh itu.

Selain membeli antena bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung di RTM1, RTM2 dan saluran televisyen Indonesia, RCTI, mereka juga bercadang menontonnya di Internet.

Menurut Haji Abdul Mutalif, Masjid Darussalam beruntung kerana dapat memperolehi saluran televisyen Indonesia, SCTV dan RCT1, dengan terang. Pihak masjid kemudian akan menggunakan alat projektor supaya siaran itu dapat disiarkan di layar lebih besar.

Ustaz Ismail Othman yang ditugaskan Masjid Darussalam untuk mendekati golongan belia, berkata bahawa masjid harus dijadikan tempat yang terbuka untuk setiap Muslim - termasuk yang bertatu dan berambut panjang.

'Sememangnya kita harus peka dengan tanggungjawab memelihara kesucian masjid. Namun sekiranya kita dapat menarik golongan belia ini yang tidak pernah ke masjid menjejakkan kaki ke masjid dan kemudian membuka hati mereka untuk beribadah, ia merupakan bonus,' tegasnya.

Bagi menarik peminat bola sepak, Masjid Darussalam akan juga menyediakan makanan ringan yang didermakan orang ramai seperti pisang goreng, epok-epok, kopi dan teh bagi para pengunjung.


----


Kasihan bukan.. Singapura terlalu meletakkan harga yang tinggi untuk tayangan piala dunia. Sedangkan di Malaysia.. ASTRO dan TV tempatan dapat menyiarkan perlawanan dari pasukan pilihan (TV percuma) dan semua perlawanan (ASTRO). Tayangan percuma yang di berikan oleh Masjid Darussalam Singapura pun hanya menchedok tayangan dari TV percuma Indonesia.

Di Malaysia, sesiapa pun boleh menonton Piala Dunia melalui rangkaian RTM dan Media Prima secara PERCUMA.. Dan dengan harga yang biasa.. tanpa ada sebarang pakej lain, ASTRO menayangkan kesemua 64 perlawanan bersama pakej sukan.

Jika tiada TV pun, berbekalkan RM 0.20 atau RM 0.50 untuk mengORDER AIS KOSONG dan seterusnya lepak berjam2 menonton piala dunia... sehingga mata pun naik bengkak bukan.. Inilah yang dikatakan sebagai 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan.

Mungkin jua produktiviti di Singapura akan merudum setiap 4 tahun atau tiada penaja atau sudah jatuh miskin.. Tanya saja kepada empunya syarikat penyiaran berbayar Singapura SingTEL dan juga STARhub..

Beruntung jua rakyat Singapura yang mendapat SIGNAL tv dari Malaysia dan Indonesia, boleh menonton siaran piala dunia, yang mempunyai Internet, gunakan ia sebaik mungkin untuk menontonnya..

Maka, berbanggalah menjadi rakyat MALAYSIA..

Bas RapidKL Buatan China : Adakah mudah rosak?

Sekadar gambar hiasan dari Google.

Hari ini mari sama-sama merenung kepada Produk Industri pula.. kaitannya pula kepada Bas RapidKL yang datangnya dari Dongfeng.. China..

Bas RapidKL dari CHINA? Patutlah cepat ROSAK..

Ya.. Bas RapidKL sebahagiannya memang dari China.. setengahnya berjenama Mercedes..

Tapi persoalannya di sini.. adakah bas buatan China cepat rosak yang sering digembar gemburkan oleh masyarakat pengangkutan awam Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan awam semata?

Tetapi seperti kebiasaanya, pabila sampai di MALAYSIA saja, bas tersebut mudah rosak.. tetapi pabila di kaji, jika bas itu masih berada di CHINA, tidak pula cepat rosak..

Kenapa jadi begitu ya?

Kerana.. sikap dan etika pemandu bas di MALAYSIA.

Mari kita selusuri satu persatu...

  1. Pemandu di Malaysia sukakan kenderaan yang "cepat pickup".. Maka, pakcik bas suka lah menekan minyak sekuat mungkin dan memecut untuk mendapatkan pickup tersebut.. Sah sah bas buatan China adalah bergear automatis dan lambat pickup.. Kerana ia sudah direka untuk dipandu secara perlahan dan berhemah. Maka CEPATLAH ROSAK.
  2. Pemandu bas di Malaysia suka menekan brek secara terus pabila mahu memberhentikan bas.. maka bus akan bergoyang2 bila dibrek.. Maka CEPATLAH ROSAK.
  3. Pemandu di Malaysia sudah terbiasa pabila ada apa-apa yang tidak kena terhadap bas.. maka di ketuk-ketuk bahagian yang tidak kena itu.. Maka CEPATLAH ROSAK.
  4. Pakcik bas juga suka meninggalkan bas dalam keadaan tidak menutup enjin walau berehat selama 30 minit.. maka minyak pun cepat habis dan memendekkan hayat enjin.. maka CEPATLAH ROSAK.
  5. Pakcik bas juga suka membuat modifikasi terhadap bas seperti membuat pintasan aircond kepada dia sorang... Maka CEPATLAH ROSAK.
Ada banyak lagi sebab kenapa bas RAPIDKL mudah rosak.. ini lah sebabnya.. walaupun bas yang di gunakan tidak sampai 10 tahun..

Maka.. fikirkanlah.. buanglah sikap STREOTAIP anda terhadap barang buatan China itu dan ada sebab kenapa kerajaan memilih bas dari China..
Ibu adalah segalanya : Jangan Jadi seorang yang TAK SEDAR DEK UNTONG
Sejak kita lahir itu.. siapa yang melahirkan kita.. Ibu bukan.. post ini hanya berikutan kepada hari IBU minggu hadapan..

Itu lah IBU...panggilan apa pun yang kamu rasa.. MAMA, UMI, EMAK, dan sebagainya.. baik buruk.. itulah yang melahirkan.. tidak ada apa yang dapat memisahkan kamu dengan ibumu..

Maka.. ini lah yang aku katakan, tidak perlu di jadikan isu.. jika ibu itu jahat.. tidak perlu di patuhi.. Tidak ada di dalam mana-mana nas dalam Quran Al Karim yang berkata seperti itu..

Sejahat mana ibu itu.. sebaik mana ibu itu.. walau apakah bentuk ibu itu.. itu lah ibu yang melahirkan kamu.. tidak dapat dinafikan. Ibu itu jua yang mengendong kamu 9 bulan... yang membesarkan kamu.. memberi kamu susunya dari badannya... tidak kira kuat atau lemah.. Yang memberikan kamu rezeki yang datangnya dari tuhan.. walau tidak banyak.. kita sebagai anak perlu untuk menghargainya.

Jangan kamu sesekali berbicara terhadap tanggungjawab.... jangan pertikai tanggungjawab ibumu.. kamu hanya perlu memikirkan tanggungjawab kamu sebagai seorang anak.. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seorang anak dengan baik...

Tidak perlu berkira dengan ibumu... Segalanya perlu dikira.. mahu dengan jari.. mahu dengan kalkulator atau apapun alat kiraan.. Kerana, kelahiran kamu ke dunia fana ini walau dengan apa pun caranya, tidak pernah dikira oleh ibumu itu...

Tidak perlu menyesali kelahiran kamu... Kerana itu kehendak tuhan.. Pemberian rezeki olehnya dan rahmatnya sentiasa mencurah.

Maka hargailah ibumu itu....
Perjalanan yang masih panjang.. YA MASIH PANJANG


Hurm.... pabila di fikirkan.. masih ada 1 sem untuk menjalani praktikal.. sudah tiba masanya aku sendiri melepaskan diri dari cengkaman Seri Iskandar.. dan terus ke Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan hidup ini..

Praktikal.. masih ada beberapa tempat sebagai finalisnya.. KL Star Rail Sdn Bhd mungkin menjadi pemenang.. tapi tengok dulu bagaimana.

Ya.. apa yang di katakan masih panjang.. ya masih panjang kerana ada masih lagi tinggal 3 tahun untuk meneruskan pengajian.. Pengajian dalam bidang yang aku suka.. masih panjang rupanya.

Moga aku sentiasa bersemangat.. untuk menjalani kehidupan seterusnya...
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers