Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Piala Dunia : Kasihannya warga Singapura
p/s: Melb.. Dis is for u ok.. Pembaca berita nak mengulas

Ketika sebuk membelek-belek rangkaian intenet ini.. untuk mencari beberapa cerita sukan.. hanya teringat Piala Thomas.. tapi cerita ini pula yang terjumpa.

Chedok from http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,164637,00.html?

Pakej mahal? Sila ke masjid tonton Piala Dunia


Oleh
Azahar Mohd

ORANG ramai yang bosan kerana syarikat gergasi perhubungan SingTel dan StarHub menawarkan harga pakej yang tinggi bagi menonton Piala Dunia, kini berpeluang menontonnya secara percuma di Masjid Darussalam.

Selain menggalak golongan belia berjinak-jinak dengan masjid, penyiaran secara langsung Piala Dunia itu juga diharap dapat menarik masyarakat bukan Islam mengetahui dengan lebih mendalam peranan masjid di Clementi itu.

Pengerusi eksekutif Masjid Darussalam, Haji Abdul Mutalif Hashim, berkata penayangan Piala Dunia itu demi menjadikan masjid tersebut sebuah pusat sehenti bagi para penduduk, selaras dengan matlamat menjadikannya institusi yang mesra masyarakat.

'Ini merupakan kali kedua kami menayangkan perlawanan Piala Dunia selepas Piala Dunia 2006 di Jerman. Kami mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, bagi menarik mereka yang 'jarang-jarang ke masjid' untuk sama-sama memakmurkan masjid.

'Kedua, menarik golongan belia supaya mereka dapat berjinak-jinak ke masjid dan ketiga, menarik masyarakat bukan Islam supaya mereka lebih mengetahui peranan masjid, seperti peranan azan dan sebagainya,' ujarnya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, tayangan Piala Dunia itu akan diadakan di ruang berbumbung di tepi bangunan masjid.

Sebelum ini ramai peminat bola sepak melahirkan kekecewaan setelah kedua-dua syarikat perhubungan itu mengumumkan pakej bagi menonton Piala Dunia 2010.

Pakej yang dikenakan dua syarikat itu bagi 64 perlawanan ialah $70.62, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi pengguna yang mendaftar selewat-lewatnya 31 Mei ini dan $94.16 selepas tarikh itu.

Selain membeli antena bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung di RTM1, RTM2 dan saluran televisyen Indonesia, RCTI, mereka juga bercadang menontonnya di Internet.

Menurut Haji Abdul Mutalif, Masjid Darussalam beruntung kerana dapat memperolehi saluran televisyen Indonesia, SCTV dan RCT1, dengan terang. Pihak masjid kemudian akan menggunakan alat projektor supaya siaran itu dapat disiarkan di layar lebih besar.

Ustaz Ismail Othman yang ditugaskan Masjid Darussalam untuk mendekati golongan belia, berkata bahawa masjid harus dijadikan tempat yang terbuka untuk setiap Muslim - termasuk yang bertatu dan berambut panjang.

'Sememangnya kita harus peka dengan tanggungjawab memelihara kesucian masjid. Namun sekiranya kita dapat menarik golongan belia ini yang tidak pernah ke masjid menjejakkan kaki ke masjid dan kemudian membuka hati mereka untuk beribadah, ia merupakan bonus,' tegasnya.

Bagi menarik peminat bola sepak, Masjid Darussalam akan juga menyediakan makanan ringan yang didermakan orang ramai seperti pisang goreng, epok-epok, kopi dan teh bagi para pengunjung.


----


Kasihan bukan.. Singapura terlalu meletakkan harga yang tinggi untuk tayangan piala dunia. Sedangkan di Malaysia.. ASTRO dan TV tempatan dapat menyiarkan perlawanan dari pasukan pilihan (TV percuma) dan semua perlawanan (ASTRO). Tayangan percuma yang di berikan oleh Masjid Darussalam Singapura pun hanya menchedok tayangan dari TV percuma Indonesia.

Di Malaysia, sesiapa pun boleh menonton Piala Dunia melalui rangkaian RTM dan Media Prima secara PERCUMA.. Dan dengan harga yang biasa.. tanpa ada sebarang pakej lain, ASTRO menayangkan kesemua 64 perlawanan bersama pakej sukan.

Jika tiada TV pun, berbekalkan RM 0.20 atau RM 0.50 untuk mengORDER AIS KOSONG dan seterusnya lepak berjam2 menonton piala dunia... sehingga mata pun naik bengkak bukan.. Inilah yang dikatakan sebagai 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan.

Mungkin jua produktiviti di Singapura akan merudum setiap 4 tahun atau tiada penaja atau sudah jatuh miskin.. Tanya saja kepada empunya syarikat penyiaran berbayar Singapura SingTEL dan juga STARhub..

Beruntung jua rakyat Singapura yang mendapat SIGNAL tv dari Malaysia dan Indonesia, boleh menonton siaran piala dunia, yang mempunyai Internet, gunakan ia sebaik mungkin untuk menontonnya..

Maka, berbanggalah menjadi rakyat MALAYSIA..

edit post
Reaksi anda: 
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers