Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kekecewaan kesinoniman kehidupanku....
Seperti biasa, seperti hari-hari sebelumnya, seperti hari-hari semalam, seperti dulu.. Perkara yang acap kali berulang memberikan implikasi yang sama dan memberikan kesan yang sama setiap kali.. dan setiap kali jua aku terpaksa berdepan dengan situasi yang sama.

Pembaca setia blog aku jua kiranya sudah terbiasa membaca kisah kehidupan aku yang sama setiap bulan.jua setiap masa..Semua coretan mempunyai nilai dan isi yang agak sama dan mungkin mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.

Melalui kesinambungan coretan sebelumnya, ini mungkin klimaks yang agak memberangsangkan minda untuk berfikir kenapa ia berlaku. Mungkin minda aku jua yang terangsang dan sedar insiden yang hampir meragut nyawa berpunca dari kesilapan aku sendiri.. Sekali lagi aku menyalahkan diri sendiri..

Aku tahu perkara ini tidak mungkin akan berakhir dan akan sentiasa terjadi dan aku seperti takut untuk gembira kerna kekecewaan, kesengsaraan dan segala macam dugaan yang akan menimpa. Dan kini aku sedar aku tidak punya kekuatan.. dan tidak layak untuk menerima kegembiraan.

Mungkin tawa riang dan senyuman yang terukir di bibir hanya lah sementara kerna sebentar lagi aku akan kembali kepada keberontakkan jiwa dan penderaan minda serta jiwa yang maha hebat.

Ya.. benar apa yang Mizmaryjane katakan pada aku.

Musfirah Tajuddin KRFM: wan…. life goes in circle… it is more alike a moving wheel

Ya ku memang tahu itu..ya.. memang aku persis roda.. dan turun naik itu bagai telah di atur laju dan jarak perjalanan.. dan seperti aku harus menerima hakikat yang aku tak perlu kan kegembiraan kerna pasti kekecewaan itu akan datang jua menyusul.

Aku sayang sama kamu.. ya memang aku sayang sama kamu. kenapa kamu suka meragut tatkala aku gembira. Kamu sedikitpun tidak menghargai betapa sayangnya aku sama kamu.. Setiap saat aku teringat kamu dan kamu hanya tahu aku bersalah kerna aku mendail destinasi kamu.. Karut.. alasan apa itu. Owh kerna aku ganggu kamu.

Baik aku tidak ganggu kamu lagi. Harap kamu gembira dengan ketiadaan aku.. Aku doaakan kamu bahagia bersama si dia ya. Biar aku tanggung derita ini seorang diri.
Ya apa yang dapat aku simpul rapi di sini bahawa Aku memang sinonim dengan kekecewaan, kesengsaraan dan segala macam dugaan. Semoga nanti ada jua yang dapat membuka ikatan ini dan mengubah ape yang disimpulkan supaya lebih baik….

Inikah dugaan yang ju terima mencintaimu sepenuh jiwa
Adakah salah aku, erm mungkin ya mungkin tidak
Entah la, aku jua tidak pati siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Pastinya aku yang tidak mengerti.. Kerna apa aku tidak mengerti.. kerna aku tak diberitahu.. Aku lagi bingung
Saban hari aku mendail tapi kata2 amarah yang aku terima. Kenapa aku ya yang menjadi mangsa di atas semua perbuatan kamu..engkau dan mereka. Aku tidak bersalah dalam hal ini.

Erk.. aku bersalah?? Aku tidak pasti apakah yang keluar dari kamu adalah benar..Gurauan semata ya?.. Iya aku yang bersalah?? Kerna aku mendail destinasi kamu aku jua yang bersalah?? Argh.. terpaksa jua aku terima kesalahan ini mungkin. Aku kerna kuat?? kuat menghadapi rintangan kerna mendail destinasi cinta aku..

Caramu dan caranya berbeza..

Mungkin pernyataan di ungkap oleh benak yang jauh tersorok dan tak dapat di bayangan pandangan mata kasar dapat menyedarkan aku.. Siapakah yang harus menurut siapa?? Kamu atau aku..

Terlintas jua di fikiran coret-coret ini
Hendak ku luahkan takut makanlah diriHendak ku simpankan meracuni hatiHendak ku jeritkan takut malu sendiriHendak ku diamkan kau takkan mengerti..

Huh.. dilema seorang insan seperti aku..Sehingga yang coret terakhir ini aku jua tiada kepastian siapa yang harus dipersalahkan?? Engkau, aku, dia, mereka.. atau semua nya benar dan betul semata..
Hati.. mungkinkah ia tulus.....
Udah berdekat lama rasanya aku tidak memposting dan entah kenapa laman ini kurasakan sepi kiranya seperti padang jarak bayangan mahsuri mahupun laman perang di singapura.

Erm.. Hati?

Bicara tentang hati ya.. apa yang bisa dibicara kan.. Mungkin jua dengan kehadiran Filem Sejarah Hati Malaya bikin aku menyelongkar ketulusan hati seorang insan.

Bila janji terlukis indah
Usah lagu kau buru cinta
Aku serahkan hati asmaraku
Kini bebas hati bersatu

Sedikit bait-bait lagu dendangan Siti Nurhaliza..

Hati kita ini ditentukan oleh kita sendiri.. bukan orang lain bukan sesiapa tetapi kita aja ya.. Jika kita mahu putih hati.. maka bersih jua hati itu dan jikalau mahu hitam hati itu… jelek jua ya..

Tapi kamu harus ingat hati yang putih mahu di jadi hitam cukup mudah… persis pakaian putih mahu di kotorin hanya calitkan sedikit lumpur.. dan mahu di bersih hati yang kotor itu cukup sukar dan perlukan usaha.. dan persis kain yang dicalit lumpur tadi.. mahu di bersih perlu di sental dan di rendam lantas di berus sehingga bersih.. Sukar kan..

Konklusinya jaga hati ya supaya tidak hitam. lebih baik ianya putih bersih.. semoga mendapat manfaat dengan hati yang bersih. Jiwa akan lebih tenang dengan hati yang tiada calitan lumpur.
Dunia akan lebih ceria tanpa hasad dengki dan amarah yang tidak dapat dikawal akibat hati yang tidak bersih.

Owh hati…
  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers