Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Penantian tanpa harapan:: Apakah status itew ya
Waiting without hope.. itu adalah istilah bahasa orang di seberang.. kata ketimurannya seperti tajuk nya itu.. Ha ha.. perubahan status yang mendadak selepas di tendang habis-habisan di kala itu membuatkan aku jua tersungkur hiba di bawah sedar.. Juga dilema menguasai minda.. Betulkah apa yang aku lakukan..

Hari itu... terkandas jua di kawasan yang tidak perlu gue nyatakan disini sambil menunggu tren laju yang agak perlahan jua perjalanannya membuatkan aku terfikir sejenak. apakah yang aku lakukan sehingga aku terdampar di sini.. di tempat yang menjanjikan kedamaian... setelah sekian lama menunggu harapan menjadi nyata tapi akhirnya harapan itu punah persis tersentuh periuk api lalu berkecai jua akhirnya...

Kini status penantian satu harapan itu telah berubah jua waima hal ini aku jua tidak pasti akan kiranya bila berlaku kelak.. Mengapa ya.. status itu aku tukarkan kepada penantian tanpa harapan sedangkan aku terpikir.. mengapa perlu di tunggu... Huh.. seperti telah ku nyatakan tadi... aku jua tiada kepastian..

Kini.. siapakah yang mampu menukar status itu kepada status yang baru.. Silakan.. aku sudah acap kali menukar status pemikiran dan jua lali dengan keadaan persis ini.. Acap kali......
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers