Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Terhimpit dan tersepit,Cemburu buta.. perlukah menghampiri minda suci ini.
Huh.. aku jua tidak mengerti mengapakah perasaan ini menghampiri sekali pun tidak di panggil, di undang apa lagi mahu di jumput.. Semuanya datang seperti kilat dan tidak sempat untuk mengelak.. Dari semalam lagi.. Perlukah ia datang.. perlukah untuk aku ini melayan kerenah nafsu yang sering membelenggu..

Sejak semalam lagi.. entah tiba2 perasaanku persis dipanah besi tajam yang bisa nya hingga ke ruangan fikiran terus menguasai minda yang sering kali di gores dengan pelbagai dugaan yang melanda sejak akhir2 ini.. Sewaktu berjalan pulang dengan jalan yang penuh ranjau dan duri terpaksa jua aku tempuh untuk tiba di rumah dengan amannya.Tetapi akhirnya harum yang diminta... kelat yang menembusi pintu rumah yang semenangnya utuh dengan besi2 yang membuatkan diri terpenjara sebentar..

Perasaan yang tidak pernah diundang itu tidak pergi begitu saja.. tapi masih bertapak utuh dalam hati dan kotak fikiran...Sewaktu bangun di pagi yang hening mahu berniat puasa dan ketika itu jua ia datang lagi.. Sekali lagi ku tanyakan.. perlukah hadir dalam diri ini

Tidak cukup dengan itu, setelah sampai di tempat curah bakti...seperti biasa mengucapkan selamat kepada teman2 wajib dan akhirnya perasaan itu datang lagi.... Aku kini benar2 terhimpat dengan perasaan ini dan akhirnya tersepit di persimpangan yang aku jua tidak pasti mana pangkal dan hujungnya dan akhirnya aku tidak dapat bergerak lagi....
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers