Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Perlukah aku egois......
Itu satu persoalan yang sering aku tanyakan di dalam hati dan minda dan acap kali jawapan yang aku terima tidak pernah sama.. perlukah aku egois...

Perasaan ego seorang insan seperti aku juga mungkin setiap kali sukar di ramal dan perasaan benci, cemburu yang tidak bertempat dan apa2 jua rasa yang tidak sepatutnya di rasa semakin menebal bersarang di dalam hati dan minda yang sememangnya tidak suci lagi ini..

Aku jua sering mengalami penderitaan emosi yang aku sendiri yang cipta ke atas rasa itu. Sekali lagi aku tanyakan.. perlukah emosi ini di carik2 persis surat khabar lama yang mahu di kitar semula itu... tidak perlu yah tetapi secara semula jadi rasa itu bangkit dan tanpa ada sebab aku menjadi keras kepala dan keras segalanya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun di kala mahu menunjukkan rasa egois itu... tapi bila tersedar mahu dibunuh saja diri ini.

Aku sering kali ingin orang sekeliling mahu tahu apakah yang aku rasakan tapi tanpa aku sedari dan secara tidak langsung aku pula yang mendera dan memukul emosi mereka yang sedikit pun tidak bersalah terhadap diri ini.. apakah aku mahu terus terusan menyiksa mereka kerna aku sendiri tersiksa??? aku dilema dan musykil kenapa rasa itu sering aku mau bangkitkan waima aku sendiri sedar tiada mendapat faedah lakuin itu semua.

Tapi kalian... kalian mungkin tidak mengerti kenapa rasa itu muncul. Aku di sini jua tidak mengerti apatah lagi kalian bukan... cuma setelah satu2 perkara itu berlaku baru rasa penyesalan akan membelenggu diri dan ini akan menambahkan lagi penderitaan emosi yang aku hadapi..

Konklusinya.. perlu lebih bersikap positif?? Ya aku tau bangat dengan pernyataan itu..tapi aku tidak tahu di mana mahu gunakannya. kerana itu mungkin aku menjadi seperti ini
Kepada kalian yang telah menjadi mangsa terjebak dengan penderitaan emosi dan penyiksaan jiwa raga yang telah aku ciptakan, aku ingin meminta maaf akan kelakuan aku itu...fahami lah diri ini dan aku ingin tegaskan bahawa cerita dan kisah penderitaan emosi ini tidak akan tamat dan akan berterusan hingga aku mati...

Kerna apa.. kerna aku telah di lahirkan begitu
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers