Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kamu yang rosakkan... Siapa ya yang bersalah? Aku atau Engkau?
Cuba anda semua fikirkan.. Kalau kamu mengalami pergaduhan dan si dia telah merosakkan harta kamu.. Rasa-rasa siapa yang bersalah? Kamu atau dia. Dia bukan? Kerna secara logiknya, dia yang menyentuh harta kamu. Sungguh tidak beretika.

Hurm.. inilah yang aku rasakan sekarang ini. Kerana harta yang aku beli dengan duit aku sendiri telah punah ranah dimusnahkan oleh engkau secara sekelip mata saja. Engkau ingat laptop aku ini harganya seringgit dua? Kalau seringgit dua.. tidak perlu aku mahu menuntut kembali harta itu kerna aku memang mampu untuk membeli laptop dengan berharga seringgit dua.. Tetapi dengan harga beribu.. Aku memang tidak mampu untuk membeli lagi sekarang ini. Cuba fikirkan.. kalau seorang pegawai keselamatan hanya bergaji tidak sampai seribu ringgit... Berapa kali gaji ya.. Mungkin 3 mungkin 4 mungkin 5 atau mungkin 6. Banyak lagi tanggungan yang perlu dibayar. Tidak faham la aku..

Agak susah bila ketiadaan laptop ini. Semua dokumen aku di dalam laptop tersebut dan hard disk nya telah rosak sama sekali. Bila mahu menuntut kembali laptop tersebut.. memang banyak sekali cubaan untuk memberi helah. Nanti, esok, minggu depan, bulan depan tetapi yang paling menarik sekali.. SEMESTER hadapan.. Semester hadapan itu bila? Awal semester, tengah semester? Akhir semester pun di kira sebagai semester hadapan.

Yang penting.. bila di depan aku berani betul ya kamu mengeluarkan kata-kata. Kamu ingat dengan kata-kata kamu itu aku akan takut dengan kamu. Malangnya kamu yang takut dengan aku dengan kata-kata sinis aku. Haha. Tetapi, apabila di hadapan pihak berwajib, tahu pula berunding, terketar lutut bila mahu di bawa ke hadapan. Itu lah kamu.. Hanya tahu bercakap besar tetapi tiada maksud yang bernas lagi tepat.

Aku hanya tunggu hari esok untuk aku membuat laporan lanjut di Bahagian Keselamatan.. Laporan tentang kamu mahu mengugut aku.. Lebih banyak tuduhan kamu.. Lebih banyak la dugaan kamu.. Saksi memang banyak ya... Betul kan kalian....
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers