Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Cuti semester kali ini yang membuatkan aku mati...
Bagaimana kalau aku ceritakan kepada kamu bahawa aku kini keseorangan di rumah ini tanpa ada satu aktiviti pun yang boleh aku lakukan selain di depan kaca monitor usang ini kerana aku memang tiada jalan lain lagi sekarang ini. Dikala aku kehabisan wang dan tiada kerja, aku semakin buntu bagaimana untuk aku meneruskan kehidupan ini. Arhggh ... bagaimana?

Kehidupan aku hari makin hari semakin terkontang-kanting dan aku harus mengikut saja arus itu. Tapi mahu di ikut arus kelamaan aku jua tiada arah tujuan ke mana harus ku bawa saja diri ini. Mungkin ke situ dan mungkin ke sana.. Tapi kadangkala aku rasa.. sejak tadi aku mengkut arus, tapi aku masih berada di sini.

Hurm.. aku masih tidak tahu bagaimana harus ku terus kan perjalanan cuti semester yang agak panjang ini. Aku sangat berharap, aku celik sahaja mata esok pagi, haribulan sudah bertukar ke 4 Julai dan aku harus memulakan semester baru. Tapi mungkinkah akan terjadi..??
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers