Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kebahagian semalam.. Satu kebahagian untuk cuti semester kali ini..
"Esok jangan lupa erk.  Orang telefon, angkat. Jangan tak jawab.. Nak kuar awal pagi tau"

Itu saja dialog aku ingat sebelum aku meninggalkan dia semalam.  Awal pagi katanye... But, ape saja yang boleh aku katakan, memang awal pagi beliau memanggil aku seawal 7.30 pagi tapi kereta yang mengambilku hanya tiba jam 9.00 pagi.. Yang pasti aku sempat tidur selepas mengenakan semua pakaian. Owh ya.. lupa mahu bagi tahu kalian aku menemankan meeza dan babyku, ijam (aku memang suka memanggilnya baby walau tiada apa-apa hubungan dengannya.  Untuk baby ku yang sebenar.. jangan ada rasa cemburu ya) untuk ke medical check up untuk kemasukan ke KPTM..

Destinasi pertama kami adalah Poliklinik Komuniti Kelana Jaya untuk membuat medical check up tapi malangnye.. Semua pemeriksaan kesihatan perlulah membuat temujanji terelbih dahulu.. Huh.. sangat leceh kan perjalanan hidup ini.. 

Selepas berbincang, kami akan membuat medical check up di klinik swasta saja di Sentul.  Dalam perjalanan, perut kami berasa berkocak-kocak dan bergendang lagu macam2 kerna lapar.. Kami berhenti untuk menikmati makanan pagi yang enak di Mc Donals..

Sambung lagi perjalanan ke destinasi yang sepatutnya di Sentul.  Setibanya di Klinik Mediviron, pesakit nya agak ramai dan kami terpaksa menunggu beberapa ketika untuk menunggu semuanya siap dan kita boleh meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya adalah ke Wangsa Maju untuk sesi interview aku dengan wakil daripada FARMASI.  Kamu tiba di sana kira2 jam 1 petang dan aku menjalankan sesi pada jam 3.30 petang.. Waktu itu aku memang merasa amat "FEDUP" dan ingin saja aku balik, tapi babyku sudah membawa aku jauh2 ke sini.. Aku turutkan saja..

Setelah semuanya selesai, kereta kami meluncur pula ke One Utama untuk berkaraoke dan menonton wayang.. Memang berjalan sakan ya kami satu hari.. Ke hulur dan ke hilir dan paling penting, aku tidak mengeluarkan se sen pun kerna semuanya ditanggung oleh Ijam dan Meeza... Kami bermarathon 10 lagu dan menonton Angle and Demon di GSC One Utama...

Bersuka-suka ya kami setelah menonton dan menyanyi, kereta kami pun meluncur ke rumah dan aku pulang ke rumah dengan muka yang sangat berseri2 kerna satu hari di cuti semester yang amat bagus dan ceria...
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers