Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kekelakaran yang kemelampauan...
Apa pendapat kamu jika seseorang yang menelefon kamu yang ingin bicara sama kamu tetapi meminta kamu menelefonnya kembali tetapi sudah berborak sekian lama, telefon termati kerana kehabisan kredit dan dia telefon kembali memarahi kamu kerana kamu tidak menambah nilai kredit kamu? Apa ya pendapat kamu?

Ya aku tahu: WTF bukan? tapi tu juga hakikat yang melanda aku kelmarin malam.

Tapi ceritanya sangat menarik tapi membosankan serta kekelakaran yang melampau . Tujuan menelefon hanya kerna mahu melepaskan geram dan meluahkan perasaan tentang satu perkara yang sangat dianggap remeh sengkang temeh (remeh-temeh) iaitu kehilangan KUCING.. Ya kehilangan kucing. Pertama kali menelefon dengan nada yang agak cemas hanya untuk menerangkan tentang kucing yang telah di bawa lari teman tersayang. Hurm.. begini pun boleh terjadi kepada aku ya.

Aku hanya menjawab dengan nada yang senang hati kerna diriku kini amat senang disamping teman tersayang. Walaupun yang meminta aku menelefon kembali itu hanya teman tersayang dahulu kala, aku masih boleh berkawan dan menjawab serta menelefon kembali si dia. Aku juga senang sekali kerna satu event yang puas aku terajui berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak kekurangan.

Berbalik kepada kisah kucing tadi. Kucing tadi hanyalah kucing biasa yang telah dijaga oleh teman tersayang dan dibawa lari menghilangkan diri bersama kucing tersebut dan hilang daya memanggil (lost contact) kerana mahu mengundurkan diri. Ntah la.. bagi aku, jika mahu mengundurkan diri sekalipun walau setapak, tidak perlu untuk membabitkan nyawa-nyawa yang tersayang itu. Hurm

Yang pasti, insiden ini sangat membuatkan aku tersenyum sepanjang malam termasuk untuk hari esoknya kerana teringat kisah malam itu tentunya bagi aku sungguh kelakar. Kekelakaran yang melanda...
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers