Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Langkah demi langkah.. untuk mencabut kaki sendiri...
Tepat jam 6.15, aku telahpun bangkit dari tempat tidurku.. Sungguh awal kerana pada hari pertama aku telah terlambat bangun... Untuk keselamatan bersama, aku bingkas bangun setelah aku mendengar telefon ku menyanyikan lagu alarm.. Kuk kuk (bunyi ayam ya)...

Segalanya berjalan lancar pagi tadi.  Semuanya berlaku seperti yang dirancang.  Menggosok baju dan sempat memakan ubat kurus sambil menyuapkan dua keping roti disapu jem yang aku rembat di McD tempoj hari.. Aku melangkah keluar dengan rasa yang cukup aman.


Berjalan ala-ala asi-asi katanya pabila sampai di Menara MPL dan terus menaiki lif menuju ke tingkat 20.  Semuanya berjalan lancar sehingga aku dipanggil untuk satu perbincangan.  Sok sek sok sek gitu gini cam tu cam ni, aku dengan perasaan yang agak marah melangkah keluar bersama 4 rakan lain; fatin, ina, hakim dan puteri,  dari syarikat itu L**p***n P**m* Sdn. Bhd.  Di situlah permulaan perutku kempis dan di situ la saatnya aku berjalan rasa-rasa lebih beribu batu.. Mahu tercabut rasanya kakiku ini.

Pertama sekali, aku berjalan terus ke the weld kerna dipaksa oleh Ina untuk melunaskan janji (sebenarnya janji yang lain tetapi yang lain pula dituntutnya).  Mencari McD dan membelikannya satu set sarapan pagi. Itulah permulaan aku bereksesais.

Seterusnya... kami berbincang di bus stand.. soksek soksek.. kami memutuskan untuk menuju ke kedai mamak.. berjalan lagi aku hingga ke belakang the weld.

Diteruskan lagi dengan acara seterusnya.. diputuskan mahu mencuba di syarikat pengiklanan di Masjid Jamek.  Si Hakim dan Puteri sudah melangkah ke motor.. kami hanya menaiki perkhidmatan awam.  Setelah puas bergaduh, keputusannya menaiki saja bus kerna mahu jimat ongkos (naik monorel mahal)

Untuk mengelakkan kekeliruan kerna tidak pasti sama ada bus yang dikehendaki melalui jalan di hadapan Wisma MPL, fatin mencadangkan mengambil bus di Bukit Bintang.. Lalu berjalanlah kami dari Wisma MPL ke Bukit Bintang.  Sampai sahaja di sana, kami menjumpai bus yang betul lalu menaikinya...

Apa ya yang kamu rasa apabila bus yang kamu naiki melalui jalan yang sama kamu lalui tadi untuk ke Bukit Bintang? Berhangin kamu bukan? begitu juga aku.. Tapi tidak apalah... sudah nasib badan.

Setibanya kami di Masjid Jamek, kami berjalan kaki lagi sehingga ke hadapan Amanah Raya.. (memang jauh ya dari sana) utk ditemuduga di satu syarikat pengiklanan.  Kami berlima dengan tiada persediaan memang pecah masuk saja di office itu. Tapi.. semuanya berjalan lancar.

Seterusnya....

Selepas tamat semuanya, Ina memaksa aku menemaninya mengambil bus di hadapan Menara Maybank.. berjalan lagi aku bersama Fatin dan Ina ke menara maybank dari Amanah Raya itu..(sumpah jauh giler).  Hakim dan Puteri sudah meluncur menaiki motosikal.  Setelah sampai di situ, aku pula telah berjanji dengan Que untuk ke KLCC. Untuk menjimatkan kos, aku menaiki saja bus untuk ke sana (kerna tiket boleh dipakai sepanjang hari)

Aku tidak tahu di mana laluan bus ke KLCC tetapi ketika di kawasan Amanah Raya tadi.. aku terlihat akan bus itu.. Maka berjalan terus ke bus stop kawasan Amanah Raya tadi.. (Jauh vavis).  Aku tiba di KLCC lebih kurang selepas 15 min.  Aku dengan Que pula berjalan lebih kurang 3 kali pusing satu SURIA KLCC tersebut kerana cuci mata.

Kehadiran Meera di KLCC pula membuatkan aku semakin ligat berjalan ala-ala asi-asi membuat pusingan di Suria KLCC.. Pergi ke Maxis, Fitness First dan macam2 tempat lagi membuatkan kaki aku betul-batul mahu tercabut.

Akhirnya kami terus pulang jua ke rumah masing-masing.  Berjalan lagi ke Stesen KLCC dan sepanjang perjalanan selama 40 min, aku tidak duduk.

Huh.. memang kaki aku lenguh sekarang... Sampai di rumah, singgah kedai makcik then borak2 dan akhirnya jejak kaki ke kediaman.. Penat sungguh kaki aku bagai aku sepeti tiada kaki lagi..

Ok lah.. aku berikan Langkah Demi Langkah

1.  Aku berjalan tempat turun bus ke LRT Kelana Jaya
2.  Berdiri sepanjang perjalanan ke Dang Wangi (30 min)
3.  Berjalan lagi dari LRT Dang Wangi ke Monorel Bukit Nanas
4.  Berdiri sepanjang perjalanan ke Raja Chulan (5 Min)
5.  Berjalan dari Monorel Raja Chulan ke Wisma MPL
6.  Berjalan dari Wisma MPL ke McD The Weld
7.  Berjalan dari The Weld ke Wisma MPL
8.  Berjalan dari Wisma MPL ke kedai mamak belakang The Weld
9.  Berjalan dari Belakang The Weld ke Wisma MPL 
10.Berjalan dari Wisma MPL ke Bukit Bintang
11.Berjalan dari Bangkok Bank ke Amanah Raya
12.Berjalan dari Amanah Raya ke Menara Maybank
13.Berjalan dari Menara Maybank ke Amanah Raya
14.Berjalan 3 pusingan dalam Suria KLCC
15.Berjalan dari Suria KLCC ke LRT KLCC
16.Berdiri sepanjang perjalanan ke Kelana Jaya (45 min)

Ha.. betapa penatnya aku hari ini ya.. Nasib baik dengan bantuan dadah yang aku ambil, penthemin membuatkan aku cergas sepanjang hari..



0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers