Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Anugerah Industri Muzik 16 (AIM16)
Perjalanan artis-artis di Malaysia sangat bagus penghayatannya ketika membuat persembahan di mana saja dan patut dihargai dan diiktiraf oleh badan-badan yang profesional. Kerana itulah RIM dengan kerjasama perbagai pihak untuk menganjurkan Anugerah Industri Muzik untuk mengiktiraf bakat-bakat mereka. Baguskan?.. Sangat memberangsangkan.

Apa yang aku ingin ceritakan di sini bukan lah satu madah berhelah tentang sejarahnya, tapi hanyalah untuk cerita tentang kisah menonton AIM16 yang ditayangkan semalam di bilik TV.. Siaran secara langsung tersebut di adakan secara ekslusif dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra sangat meriah aku kira di dalam dewan tersebut. Di dalam bilik TV ini tidak kurang hebatnya kerana Shahril dan rakan seperjuangan sudah ada di barisan VIP sejak jam 8.30 malam lagi, sambil sabar menanti sehingga jam 9:00 malam.

Aku pula hanya sampai di dalam bilik tersebut jam 8:45 dan aku kira aku sudah terlepas persembahan pertama tetapi di dalam hati berkata "Belum stat ghupenye.. penat je turun awal"

Persembahan pertama pada malam itu adalah persembahan dari M.Nasir dengan kumpulan dikir baratnya walaupun aku hampa kerana aku kira persembahan pembukaan haruslah meriah dan gemilang seperti yang dilakukan pada AIM yang terdahulu. Aku hanya teringat dengan AIM tahun 2005 yang menampilkan Tiara Jaquelina dengan ASMARADANAnya.... Tapi kini, persembahan pembukaan tidaklah seperti yang dijangka. Hanya terlalu hambar.. Aku kira.

Jalinan mesra 3 orang hos sangat mantap dan sangat sinonim dengan AIM. Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta Bob Lokman. Rasa nya sudah lebih 10 tahun Afdlin Shauki mengacarakan AIM ini.. Bertuah badan ya.. Paduan suara 3 hos ini sangat mantap ya..

Pemenang2 anugerah memang tidak calang-calang orang dan aku sangat berpuas hati dengan keputusan juri. Hanya sedikit ralat kenapa "Bila Aku Sudah Tiada" dimasukkan di dalam kategori Lagu Rock tapi aku kira itu adalah satu lagu Pop.. ntah la.. juri Profesional juga yang menentukan. siapakah kita untuk menilai..

Apa yang aku boleh katakan hanyalah persembahan semuanya sangat bagus dan mantap. Gabungan pelbagai budaya dan bangsa juga sangat bagus kerana kita tidak terdedah dengan lagu2 sebegitu. Masa ini sahajalah kita dapat mendengar mereka membuat persembahan.. Sedap juga ya. tapi malangnya tidak faham.. Ala.. langu ingeris yang kita kadang-kadang tak faham pun syok je dengar.. ni pula lagu lain.. Marilah sama2 kita menyokong industri muzik tempatan.

Aku pula di Bilik rekreasi sangat gembira dengan keputusan lagi2 Dato' Siti menang lagi dan Album Lantera Timur menang. Alhamdullilah.. memang lagu2 dalam album tersebut sedap2 belaka..

Semoga industri kita akan berkembang maju dan bertambah meriah di masa akan datang....
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers