Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Berakhirnya satu semester..Kenapa masih belum tamat pertelingkahan ini..
Jika semester pertama aku hanya menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang baru sahaja melangkah ke alam Universiti, yang masih belum tahu yang betul mahupun salah di alma mater tempat aku duduk untuk mempelajari sesuatu dan mengejar cita-cita, di semester kedua, aku jalani kehidupan dengan penuh girang pada mulanya dan kegembiraan itu musnah pada akhirnya. Dan kini, aku sudah melangkah ke semester yang ketiga.. yang aku kira, aku jalani hari-hari aku dengan penuh rasa penting diri tanpa memikirkan kehidupan orang lain. Mungkin, aku rasakan hidup aku lebih bermakna dari hidup kamu semua. Mungkin.

Tapi, setelah hampir beberapa bulan aku berada di semester ketiga ini, aku rasakan satu pertelingkahan yang bermula pada awal semester lalu masih belum aku selesaikan kerana apa ya.. Aku juga tidak mengerti. Ha.. aku tahu. kerana ego yang bertakhta di jemala hati ini yang membuatkan aku rasa tidak perlu untuk berbaik-baik walaupun kini aku rasa kehidupan aku sangat sukar untuk meneruskan hari-hari aku berada di sini.

Kamu pula... Aku juga tidak dapat mengenal pasti kenapa kamu juga tidak mahu mencuba untuk berbaik-baik dengan aku walaupun itu satu tanggungjawab kamu untuk berbaik-baik dengan aku... Yang penting, mungkin keegoan kedua-dua pihak, antara aku dan kamu membuatkan pertelingkahan ini akan berterusan sehingga tiada penghujungnya.

Persoalannya, siapa yang perlu melakukannya? Aku? Kamu? ntah jua. Aku tidak pasti. Hanya tunggu dan lihat saja ya, ego siapa yang akan punah dulu.. Hanya waktu yang akan menentukan.
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers