Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Hurm... Kenapa engkau begitu...
Hurm... perlajanan hidupku memang penuh dengan pancaroba yang selalu mengganggu fikiran dan melemahkan ingatan aku kepada yang lain tetapi menguatkan ingatan kepada kamu sahaja. Perbualan di YM tempoh hari membuatkan aku terfikir sejenak tentang apa yang kamu cuba lakukan kepada aku dan juga S**h***.

Yang pasti, tiada apa-apa yang akan berlaku antara kami berdua kerana persahabatan yang kami lakukan atas dasar saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati dan saling memberi dan menerima. Yang pasti sekali lagi, aku yang sentiasa berada di sisi beliau, bukan engkau. Semestinya aku sentiasa mengetahui apa yang dilakukan yang sememangnya benar belaka.

Cubaan untuk memisahkan aku dan dia aku rasakan tindakan yang bodoh dan b**g**g sekali kerana tindakan itu tidak akan memisahkan kami setelah 3 semester bersama, belajar bersama-sama dan bermain bersama-sama (di taman). In fact (dengan izin) engkau saja yang kali ini terpisah dengannya tanpa belas kasihan kerana keZALIMan engkau. Tidak salah aku rasa dengan tindakan beliau.

Aku harap... engkau cepat-cepat bertaubat dan hentikanlah dakyah-dakyah palsu dengan harapan aku dan dia akan terpisah dan dalam usaha untuk membuatkan hati engkau puas. Tetapi malangnya, kami bina persahabatan kami dengan dasar yang aku telah katakan tadi.

p/s: Pos ini hanya ade kena mengena dengan hati yang sangat busuk. Tiada kena mengena dengan hati yang bersih lagi suci
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers