Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Si Chubby ke Anugerah Skrin
Dapat tiket ke anugerah Skrin? Best kan... best bangat. Very da ExCiTed taw.. tu pun Meera yang punya kawan yang kerja di TV3.. yang pasti sangat terasa keexcitedtan... Bahasa apakah ini ya..

Setelah membereskan semua kerjaan yang kutinggalkan sejak kelmarin di tempat curah bakti tersayang.. terus lambai kepada semua rakan-rakan yang terus-terusan habisin kerjaan ntah sampai jam berapa.. mungkin tidur di opis saja.. ahakz.. yang pasti aku harus pulang lebih awal.. untuk tidak terlepas tren yang tidak berapa laju untuk ke PWTC...

Dalam tren... wajah2 ceria segala pelusuk celah-celah ruang segala.. ntah kenapa semuanya gembira menaiki tren yang cukup padat.. mungkin jua ingin ke tempat yang sama seperti aku... Eh.. mungkin tidak.. ngak mau.. Berfikir sejenak.. Owh ya.. hari Jumaat rupanya. Esok waktu libur sama kawan maupun pacar di taman bunga mungkin sekali bunganya layu segala..

PWTC yang tersegam indah.. sampai di sana masih belum kelihatan di mana ya Meera dan Meeza. Mungkir janji lagi. tahu sudah.. bukan biasa dengan pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang cukup effisien keberkesanannya... aku jua pernah tersesat kerna mengambil tren di platform yang salah.. buka mata... harussss berada di hujung dunia. Gejala tidur di dalam pengangkutan awam sangat berleluasa ya...

Mencari-cari telefon bimbit yang mana saja aku campakkan..mendail no kedua-dua no perempuan yang boleh la dikatakan cantik belaka... Ahakz.. Di mana saja kamu??? Mendail dan di jawab..

"Dah sampai dah" Baik lah.. sungguh lega hatiku kini ya.. dan keceriaan terpancar di setiap wajah-wajah yang menghadiri function itu ya.. Terus menaiki aras 4 untuk menyaksikan acara RED Carpet.. Merah sungguh ya carpet itu.. Melihat celebrity berjalan ala-ala kucing siam di red carped tersebut.. dan jurugambar tidak putus-putus mengklik kamera mereka... erm biarlah..

Terus menaiki tangga ke aras lima... Cukup cantik pentas yang direka oleh siapa aku jua tidak ambil peduli..dan Majlis Anugerah itu terus berlalu...

Photobucket

Pabila habis segala trofi di berikan kepada pemenang.. aku menyusup keluar untuk bergambar pula dengan artis yang mahu pulang.. Segala artis segala diselubungi peminat. Memang cantik belaka dan ini la masanya mahu melihat artis secara dekat..

Yang paling aku suka... Intan Ladyana.. wajahnya persis... persis apa ya.. ntah aku jua tidak taw.. Memang cukup cantik dan aku dan Meera sempat bergambar dengan dia yang cukup cantik menawan..


Photobucket

Jangan marah ya.. yang pasti selepas ini... Ashraf Muslim yang sangat tinggi.. Dan jua baik dan sporting.. tidak menolak sesiapa yang mau bergambar dengannya.. Hensem taw.. Nak geget je rasenye..


Photobucket
Yang pastinya.. kami jua yang berfoto-foto bersama artis.. Meeza?? Dia cuma mau tanggap gambar kami saja... katanya low profil.. Bencis.. ahakz

Perjalanan pulang segalanya tentang anugerah Skrin tadi. Bercerita jua dari A-Z tak putus2. Huh.. sudah penat jua mulut untuk berbicara..Nanti function kita pergi bersama lagi ya...
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers