Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Perginya kepimpinan yang matang..
Hari ini, aku bakal menghabiskan sisa-sisa hidup di zaman diploma.. Pejam celik, rupanya hampir 3 tahun berlalu, dari permulaan langkah pertama ke UiTM, kini ke langkah terakhir.

Terkalam di blog ini pelbagai jenis tohmahan dan kritikan, bukan untuk merendahkan tetapi untuk menaikkan semangat pihak terlibat, untuk memperbaiki langkah-langkah plastik dan hipokrit... untuk memperbetulkan keadaan..

Kerana apa aku menulis, kerana aku merasakan perginya sifat-sifat kepimpinan yang matang, ditelan arus generasi... bertukar ganti akhirnya langsung lenyap ditelan zaman.. Hanya sisa-sisa yang tinggal.. Maka inilah yang akan menjadi tunjang kepada keutuhan institusi itu sendiri.

Pabila melihat kembali, aku rasakan segala paduan suara kepimpinan segalanya menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan, kematangan, unsur perpaduan menegakkan yang betul, meranapkan yang salah.. Tetapi pada hari ini.. apa yang berlaku.. mereka sedaya upaya menegakkan benang yang basah dek termakan kata-kata nista dan juga sebagai duri dalam daging untuk mempertahan diri sendiri..

Inilah kepimpinan yang tidak matang, hanya menurut kata belakang, yang di hadapan di endah, maka tersungkur pabila ditolak, terbangun pabila ditarik... terduduk pabila terkilan.. itulah pengakhirannya... Inilah pula generasi yang bakal pemimpin negara..

Tapi... yang datang tetap pergi, silih berganti. tidak dapat dinafikan, tetapi harus diingat, perlulah jua kekal mempertahankan maruah bangsa.. tidak seperti harimau di sondol hidungnya.. Ingatlah...
2 Responses
  1. sha Says:

    assalamaualaikum reezwan...

    sha bangga dengan pandangan reezwan tentang kepimpinan pelajar dan juga kematangan dalam memimpin terutamanya dalam kampus. Masih ada lagi pelajar yang masih membuat pemerhatian dan juga analisa tentang kematangan kepemimpinan pelajar terutamanya di UiTM khususnya dan juga IPT amnya.

    Memang tidak dinafikan masih terdapat pemimpin pelajar yang hanya menghabiskan duit universiti/kerajaan atas dasar program yang "syok sendiri" di dalam kampus.

    Rasanya pandangan reezwan betul pada tempatnya kerana inilah yang kita mahu lihat, hasil dari metamorfosis selama 3 tahun melalui zaman diploma telah membentuk reezwan yang berani mengutarakan pendapatnya sendiri tentang kepimpinan pelajar yang bakal menerajui negara suatu hari nanti. Malang negara kita mempunyai pemimpin masa hadapan yang sebegini rupa.

    Namun begitu, kita tidak perlu duduk berdiam diri sahaja, reezwan dan sha serta mana-mana individu yang sedar tentang kepincangan ini perlu "take part" dengan pendekatan masing-masing untuk mengubah perkara ini. Melibatkan diri sebagai Alumni juga merupakan salah satu cara untuk membimbing mereka secara tidak langsung.

    I'm hoping that you'll always never give up speaking off your mind coz i believe you're on the right path....all da best..


  2. Thanks sha di atas komen tersebut.. dan itulah hakikatnya dan pengakhirannya...


Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers