Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Hari-hari terakhir....
Diam tak diam, antara bising dan senyap, aku dah mahu mula melabuhkan tirai curahan hati sepenuh jiwa.. Maka.. aku jua akan merindui kalian, kerana kalian jua akan merindui aku ini.. (terlalu perasan)

Masuk saja ke pejabat (kantor) kali pertama setelah puas beraya, hanya memikirkan bahawa aku sudah akan meninggalkan tempat ini. Maka, aku harus segalanya selesai sebelum aku tamat latihan praktikal. Dari permulaannya, aku tidak mengenali sesiapa, kini aku mudah gaul dengan teman yang juga membantu dalam aku pelajari erti pekerjaan dan tugas-tugas.

Hari ini, aku berusaha sedayanya untuk menghabiskan tugas-tugas pending... Maka hari2 seterusnya akan aku hanya duduk ditempat, sambil menghabiskan tugas-tugas penting..

Huh.. aku sudah mahu habis kerja... aku akan merindui...
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers