Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Pelajar UiTM Perak menghadiri aktiviti hanya untuk "STICKER", bukan kerana ilmunya
Inilah yang terjadi sekarang dan inilah realiti yang perlu dihadapi oleh warga kampus, tatkala program-program ilmiah yang dijalankan mendapat sokongan dan galakan yang begitu memberangsangkan tetapi objektifnya tidak sama sekali dicapai demi untuk mempertabatkan anak bangsa.

Lihat saja semalam, Forum Remaja anjuran Unit Kaunseling mendapat sambutan yang luar biasa sehinggakan audien terpaksa beratur untuk memasuki Dewan Seri Iskandar. Sempat saya bertanya kepada beberapa orang pelajar yang menghadiri program tersebut, apakah matlamat utama untuk menyertai program ini?

Jawabnya mudah dan tepat dan tanpa berfikir panjang, hanya untuk mendapatkan "Sticker" Aktiviti, supaya tidak dibuang kolej. Untuk pengetahuan umum, "Sticker" aktiviti adalah satu medium untuk membuktikan pelajar hadir ke mana-mana aktiviti untuk memudahkan urusan permohonan kolej. Jika pelajar tidak menghadiri sekurang-kurangnya 5 aktiviti Universiti, maka, pelajar terpaksa mencari rumah di luar, berpanas berhujan untuk menghadiri kuliah. Hal ini telah menunjukkan bahawa tujuan utama pelajar atau siswa juga siswi menghadiri program ilmiah bukan kerana ilmunya, tetapi "sticker"nya. Satu lagi bukti yang amat kukuh, mereka semua berasa hampa pabila hampir 2 jam berhimpit di dalam Dewan Seri Iskandar tanpa mendapat apa-apa ilmu yang disampaikan, tatkala keluar dewan, tiada apa-apa "sticker" yang akan diserahkan kepada pelajar. Hal ini telah menimbulkan suasana gamat dengan keluhan pelajar.

Secara tidak langsung, objektif utama program ilmiah dijalankan tidak "sampai" kepada pelajar kerana Nawaitu atau niat utama bukan untuk mendapatkan ilmu. Jadi, apakah perlu membuang masa menjalankan aktiviti kerana hanya untuk mendapatkan "Sticker" tersebut.

Sama saja kisahnya di Uptown (Kafe) yang mempersembahkan Wayang Pacak yang bertemakan kemerdekaan. Filem Bukit Kepong yang ditayangkan hanya ditonton hanya beberapa kerat pelajar, dan yang lain setia menunggu dengan rasa bosan, bila saja filem ini akan berakhir, untuk mendapatkan "Sticker". Adakah ini yang di katakan warga kampus yang berwawasan? Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini.

Mungkin saja kesalahannya terletak di bahu UiTM yang mendidik warga kampus supaya menghadiri aktiviti hanya untuk mendapatkan penempatan di dalam kolej, bukan untuk mendapatkan manfaat darinya. Bukan hadir dengan hati yang ikhlas tetapi dengan rasa terpaksa. Inilah realitinya.

Masalah lain yang timbul apabila pihak UiTM menguatkuasakan dengan ketat polisi kemasukan ke Kolej yang tidak memberikan imuniti kepada aktiviti dibawah fakulti dan persatuan fakulti. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak fakulti adalah "tidak laku" dan tidak boleh diguna pakai untuk membuat permohonan kolej. Natijahnya, aktiviti yang dijalankan di bawah nama fakulti sepertinya tidak akan mendapat sambutan yang mengalakkan dan semestinya acara-acara fakulti akan berbentuk ilmiah seperti ceramah, forum dan kempen. Nah, inilah yang dikatakan pelajar UiTM Perak berlumba-lumba mengejar "Sticker" daripada mengejar ilmu.

Bagi saya, hal ini merupakan hal yang sangat serius dan perlu diatasi dengan penuh gaya kepimpinan. Kita bukan ingin lahirkan pelajar yang kosong jiwanya dan tidak mempunyai "Soft Skill" kerana inilah yang membuktikan pelajar UiTM sangat laku di pasaran. Kita perlu berganding bahu mengembleng tenaga untuk membendung gejala yang tidak sihat ini demi untuk melahirkan warga UiTM yang penuh berwawasan selaras dengan Misi dan Visi UiTM.
5 Responses
  1. helmi Says:

    pasal budak2 NR yang duk luar tak dapat stiker kenderaan kena cter gak , menyusahkan orang je nak kena jalan kaki dari gate belakang tu , masuk jugak kena saman , pandai betul uitm carik duit


  2. Anonymous Says:

    saya tak berminat dengan sistem pemberian stiker yang mejadi kebiasaan di uitm perak sangat tidak efektif dan tidak sistematik!


  3. Anonymous Says:

    i don't understand why aktivity like wayang pacak was being recognised in order to apply for college instead of faculty's activites that sound academic...is that because wayang pacak was held by MPP/college? please be more rational!


  4. bluecollar Says:

    Uitm Seri Iskandar bagus..cuma sistem yg di aplikasikan tak bagus langsung...gua ingat lu punya blog cite pasal stiker transportation.aku punya r geram dgn pak guard uitm seri iskandar yg kuang hajar tu.aku baru transfer dari s.alam ke seri iskandar.so stiker motor mmg takde.one day aku yg blur pg la nak masuk ikut pintu depan sebab kelas aku lebih kurang 50meter dari pintu depan.dengan selambanya pakcik guard tu halau aku.alasan die sebab takde stiker.pastu suh aku masuk kat gate belakang.fine.aku pg...sampai pintu belakang kena halau lagi.wtf?


  5. Anonymous Says:

    sem 5 aq kna ddk luar sbb aq x join aktiviti, aq bkn x nak join masalhnya course aq wat aq x dpt join, dlm borang cakap dpt kolej klu xde tatatertib, tp ni...?


Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers