Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Resipi Spagetti Bolognese... Hakcipta Terpelihara
Sekadar Gambar Hiasan... Sedap kan..


Ada juga yang bertanya aku bagaimana untuk membuat sos spagetti yang sedap dan lazat seperti yang aku selalu sediakan di rumah untuk dijamah penghuni serta tetamu sama ada yang diundang atau tidak diundang. Mak aku pula kata seperti makan di Itali kerana rasanya hampir sama dengan spegethi yang di hidangkan di Restoran makanan Itali, Italinies. Abang aku pula berkata, RM 40 saja dihabiskan untuk mencari spegethi yang sedap... tapi kalau dapat makan free yang sedap.. tak salah kan..

Memang tak salah... Sebab kamu hanya datang dan makan, aku yang bertungkus-lumus menyiapkannya.

Baiklah, aku akan dedahkan cara-cara aku menyediakan sos spegethi yang biasa aku sediakan di rumah.

Perhatian: Sos ini berasal dari resipi sos yang asli tetapi diubah suai untuk selera lidah melayu. Walaubagaimanapun, rasanya memang masam-masam lemak manis dan rasanya seperti resepi asal. Jika anda mahu mencuba, cuba dalam kuantiti yang sedikit dulu kerana takut-takut tidak kena dengan lidah kalian nya.. (Pernah ada pengalaman.... faham-faham je la kan)

Spegetti Bolognese

Bahan-bahannya.

1 Tin Tomato Puree (Cari yang pekat bukan cair, jenama yang aku selalu gunakan adalah KIMBALL)
500gm (1 tub) Daging cincang (Aku selalu menggunakan daging, Ayam boleh juga, tiada masalah)
1 labu bawang kuning (Potong Dadu)
5 ulas bawang putih (Mayang halus)
5 biji tomato segar
1 cawan susu segar
1 camca kecil garam
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 sudu besar jus anggur pekat (optional)
Daun Oregano dan Mixed Herbs
Minyak Zaitun

Ok.. mari kita lihat cara-caranya..
  1. Cuci daging sebersih yang mungkin dan perapkan dengan sedikit daun thyme.
  2. Bagi aku, kalau nak masak sos spegethi, baik gunakan periuk dasar tebal. Kalau tak de pakai je la periuk ape2. Asalkan muat kuah tu nanti..
  3. Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun dan saute bawang kuning dan putih. Jangan sampai garing, sikit-sikit sudeyh.. Bagi layu jew.
  4. Bile dah layu bawang, masukkan daging tadi dan saute sampai brown. Bile dah agak brown, masukkan secawan susu tadi.
  5. Biarkan susu menggelegak dan bile susu dah ilang kerana daging tadi dah serap, baru masukkan 1 tin tomato puree tadi dan masukkan satu tin air rebusan spegethi.. (air yang korang rebus spegethi tu.. ha.. pakai air tu...) (gunakan tin yang sama).
  6. Masukkan tomato yang telah di potong baji. Biarkan lembut dan picit-picit buah tomato bagi hancur.
  7. Barulah boleh masukkan cendawan butang tadi... Hiris tau..
  8. Then masukkan 1 sudu jus anggur pekat, kalau tak de pun tak pe sebab rasa die tak banyak beza. Seterusnya biarkan mendidih dengan api yang paling perlahan selama 1 jam. Kuah akan pekat selepas satu jam. Kalau nak buat 2 jam lagi best.. Tapi aku selalu buat 1 jam sebab jimat gas.
  9. Bila kuah pekat, baru masukkan oregano dan perasakan dengan garam. Renih beberapa minit dan lehla sejukkan sikit.
  10. Boleh la hidangkan dengan spegethi yang korang dah rebus awal2.. Hiaskan dengan parsley dan cili benggala (capsicum)..
Ok.. dah puas hati... kalau korang ikut tol-tol, sure jadi.. Selamat mencuba ya.. NYUM...
2 Responses
  1. Taz Jaafar Says:

    sedapnyeeeeee. wan dtg rumah taz tolong masakkan. hehe


  2. erk.. dah bagi resipi pun wan nak kene masakkan juga ker?? ahakz.


Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers