Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kesantunan berbahasa...
Sungguh meriah tajuknya di atas ya... dan sungguh bersahaja serta berhemah dalam berbahasa. Hal ini yang sepatutnya di tekankan dalam percakapan dan penulisan, iaitu kesantunan berbahasa. Aku juga akui, aku juga terkadang melanggar tembok kesantunan itu, melangkauinya walau tembok itu tinggi ya.. Tapi apakan daya.. walau dapat melangkauinya, terpaksa mengaduh sakit kerana terjatuh pabila mahu melompat. Ini yang mahu dikatakan... walau terpaksa dilakukan, akhirnya robek sedikit demi sedikit kesantunan bahasa kita.

Blog juga tidak terkecuali untuk kita berbahasa dengan penuh berhemat. Kata-kata yang manis dan baik juga menjadi penyeri untuk blog yang kita gunakan untuk meluahkan perasaan terhadap sesuatu tapi terkadang tidak dapat mengelak pabila perasaan dan emosi berkecamuk, segala macam perkataan akan dilemparkan, tidak kira cacian dan makian serta kata-kata carutan.

Itu yang perlu kita kawal. Perasaan marah memang ada pada semua insan tetapi kita perlu bersikap rasional sepanjang masa.. walaupun dalam aspek penulisan hikmah peribadi, juga ketidakpuasan dan sebagainya.

Bagaimanapun, marilah sama-sama kita menjaga bahasa kita walau apa jua bahasa yang anda gunakan.. kerana bahasa itu juga menunjukkan personaliti kita, menjadi cermin kita dan menjadi pengganti kita. Bahasa jiwa bangsa..

p/s: Aku jua perlu bermuhasabah diri... menjaga bahasaku jua..


0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers