Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Ramadhan kali ini....
Pabila direnung kembali, aku sangat merindui tatacara aku menghadapi ramadhan dulu-dulu, zaman bekerja.. seharian bekerja... setelah pulang.. menjadi jurugegas ke rumah.. masak dan berbuka bersama adik-adik tersayang..

Itu yang aku lakukan saban hari selama beberapa tahun sebelum aku melangkah ke menara gading.. Di universiti, caranya amat berbeza.. hanya duduk2.. tiada gegas.. tiada larian mengejar sebuah bus.. hanya santai membeli.. akhirnya makan..

Kali ini, seperti mengundang kenangan lama, kembali bergegas, kembali merenung masa.. Kapan jam 5 itu ditunggu-tunggu.. jika di kampus, jam 5 masih lagi di kelas, tiada suara mahu ke bazar jam 5, semuanya menanti jam 6 lebihan baru turun membeli. Suasananya jauh beda dengan di Kuala Lumpur ini ya. Maka.. kenangan itu berputar kembali.

Hari ini, hari kedua berpuasa.. menerima juadah percuma dari pihak pengurusan.. kerana makanannya banyak sekali, sungguh sayang jika dibiarkan.. maka aku jua tidak betah mengambil hanya 1 bekas penuh dengan lauk dan nasi.. untuk santapan berbuka nanti ya.. di Maharajalela...

Itu yang aku tunggu2 sejak tahun demi tahun... kini aku menjalani kehidupan aku seperti biasa.. Memang ini yang aku mahukan. Maka aku jua tidak sabar untuk meraikannya saban tahun.. bersama teman-teman... Di mana rasa mahu berbuka, disitu ada aku dan teman.. Pernah sekali ke hotel... bayarannya cash tiada kompromi.. tapi kepuasan itu.. ISH.. tidak betah aku katakan...

Occay.. aku mahu berjalan ke sana ke sini.. menunggu waktu berbuka tiba..
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers