Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Perlunya khidmat pelanggan yang baik...
Pabila aku membelek fesbuk aku pabila pulang dari tempat curah bakti sukarela tanpa ada bayaran.. aku terkesima kapan melihat seseorang di atas talian telah menegur aku sambil berkata : Beliau merupakan pembaca blog ini.. dan mempunyai pelbagai info... PELBAGAI INFO... nan hadow.. tidak tau apakah info itu .. Tapi.. teruskan membaca ya..

Walau tidak aktif lagi berblog.. kerana tugas harian memaksa.. akhirnya, kadar penulisan aku kini mencecah 201... (baru saja 201, bukan 2001 ya...) tapi aku agak bangga.. dengan kadar penulisan ini.

Hari ni, acap kali setiap Selasa, aku akan memberikan penerangan terhadap ISO dan juga ICC itu.. dan seperti biasa.. aku akan terus menerus menekankan tentang aspek khidmat pelanggan... kerana aku MERUPAKAN SEORANG PELANGGAN YANG CEREWET.

Sepertinya.. pabila pekerja barisan hadapan perlulah mewujudkan suasana yang gembira pabila berurusan dengan pelanggan.. contoh yang paling senang.. SENYUM.. dan senang jua... TERIMA KASIH... mudah bukan...

Tetapi.. aku jua faham.. keadaan mereka yang penat bekerja.. tetapi harus ingat..pelanggan juga penat bekerja.. maka pabila stress itu.. di tambah dengan sikap staff barisan hadapan yang tidak menentu suasana kerjanya.. maka akhirnya.. ketidakpuasan itu timbul...

Cara mudah... pabila bekerja.. cipta suasana yang ceria.. bersembang dengan rakan sekerja.. dengan topik yang menarik.. membuatkan kita sentiasa rasa gembira... mungkin bergelak ketawa juga dapat menaikkan mood dan seterusnya tidak memberikan wajah mencuka kepada pelanggan. Cari seseorang yang boleh berlawak..

Itu yang aku tekankan..pabila aku memberikan ceramah... setiap selasa.. maka.. hal ini dapat jua memperbaiki mutu perkhidmatan ya...
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers