Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kisah si pemberi TIPS
Jangan tidak tahu ya.. Tips yang saya katakan hari ini bukanlah tips yang biasa itu.. Tapi ini TIPS yang selalunya diberikan oleh pelanggan yang merasakan perlunya diberikan sedikit 'sumbangan' atas layanan yang diberikan... Itu lah tips yang dikisahkan pada kali ini..

Yelah.. kan aku ini menjalankan tugas dengan ikhlas di Nando's One Utama, tips yang aku terima.. hrm.. tiadalah banyak.. tapi, tak de langsung pun tidak jua.. Kisah nya bermula di sini, pabila aku mulai menjaga di Seksyen 5, seksyen luar yang begitu sesak dengan pelanggan.. Selalunya, pelanggan yang kaedahnya, cam hanjeng lakunya..

Seperti biasa, aku senantiasa menjalankan tugas dengan penuh hemat..

"Bom dia sir, welcome to Nando's, My name is Reezwan, this is table no 55, are u ready to order?"

"Eh.. kamu ni Melayu ke Mat Saleh"

"Maaf Encik saya Melayu"

"Abis tu, dah tak reti cakap Melayu dah? Nak ikut sangat orang puteh tu"

Wah wah, agak bagus ya, mempertabatkan Melayu.. terkadang aku teringat kata Prof Dr Ibrahim, ketuanan Melayu perlu di jaga..

Aku pun mulai menjalankan tugas di meja 55 dengan bahasa ibunda aku.. tersangat bangga menjadi anak Melayu... hatiku berbunga...

Tapi lain pula ceritanya selepas segalanya selesai, urusan pembayaran dimulai..

"Adik, nah ambillah duit ni..service bagus"

Sepertinya polisinya tidak boleh mengambil sebarang duit tips secara serahan tangan... jika mahu memberi, tinggalkan saja dalam folder itu... bukan tidak mahu.. tapi itu aturannya.. jika terkena "Mistery Shopper" sah sah failed...

"Maaf Encik, saya tak leh terima, encik dah bayar untuk service charge.."

"Ambil je lah.. saya tak nak orang kata, orang Melayu ni kedekut, tak de duit, berkira"

WTF... hanya dalam hati.. itu saja yang mampu aku katakan.. ni kah cara orang yang bermula dengan "mim".. Inikah caranya untuk membangkitkan kemelayuan itu.. inikah caranya untuk memartabatkan melayu??

Bagi aku bukan ini caranya... caranya mudah, sopan santun, ikhlas dan sebagainya.. kamu jua pun boleh berfikir bukan?

"Tak pe Encik, terima kasih ya.. datang lagi" lalu aku berlalu kerana terlalu terkesima dengan jawapan itu... Ade jua orang melayu yang begini.. Hurm.. pelbagai orang yang aku temui sepanjang perjalanan hidup ini...

Tegas aku katakan, entri kali ini bukan untuk menjatuhkan bangsa "mim" ini tetapi memberikan kesedaran sivik kepada yang lain..bukan ini caranya untuk mempertabatkan Melayu.. bukan ini caranya...

Sekali lagi.. BUKAN INI CARANYA.. untuk bermegah-megah dan sebagainya..

p/s: Cara dan rupanya serta pakaiannya biasa saja.. hanya menunjukkan yang orang biasa pun bisa memberi tips...
3 Responses
  1. Unknown Says:

    owhh,aku baru tw camtu ehh cara bagi tips??patutlah selama ni aku bagi tips kat org depa belah gitu je..ingatkan taknak,tapi ada polisinya rupanya..owh terkena aku disini..terima kasih wan,klu takde org bgtw aku takkan tw..


  2. memang begitu kaedah benarnya.. rajen2 lah datang nando's.. dan tinggalkan tips di dalam folder... makasih ya..


  3. Anonymous Says:

    betul ebtul kita orang melayu x semetinya perlu memberi tips untuk mengelakkan dari dikata kedekut. owh tolongla. at least berbudi dan berbahasa tu pun is enough 4 us to show how berharganya diri melayu kan...?
    hahahahhaANJEN.


Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers