Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Skrip 7707 - Hanya filem sampah dan layaknya hanya ditepi longkang...
Maaf kerana terlalu berani mengeluarkan kenyataan berikut tetapi aku mempunyai hak untuk memberikan sebarang ulasan terhadap perkara yang telah menggunakan wang aku sendiri. Tetapi itulah hakikatnya. Skrip 7707 arahan Prof.Madya A.Razak Mohaideen kali ini memang layaknya di tepi longkang kalau boleh aku menyebut sipi-sipi ingin masuk ke dalam longkang. Kenapa aku kata sipi-sipi kerana ada juga yang bagus di dalam filem ini tapi malangnya terlalu sedikit.

Kerana apa aku berkata begitu?

Memang benar sama sekali... Filem yang berharga RM 8 (Harga pelajar RM 6) yang berunsurkan seram dan mempunyai klasifikasi sebagai PG13 (Tontonan dengan pengawasan ibu-bapa aku kira) memang langsung tiada unsur seramnya. Hanyalah permainan terkejut-terkejut membuatkan penonton menjerit ARRRRRHHH dan akhirnya ketawa KAH KAH KAH.

Contohnya kepada scene yang pertama (cerita yang pertama), pengarah membawakan satu watak seorang pelajar perempuan india yang membunuh diri tetapi watak itu dilakonkan oleh Kenchana Dewi yang lengkap dengan bersari yang sememangnya terkenal dengan aksi lawaknya. Saya tidak berkata lakonan Kenchana tidak bagus kerana beliau berusaha sedaya upaya membuat muka seperti hantu tetapi watak kenchana sudah sinonim dengan watak lawak. Bukan saya dan Meera saja ketawa, malah hampir keseluruhan ketawa dengan aksi Kenchana menjadi hantu.

Scene yang kedua pula menceritakan seorang pelajar lakonan Que Haidar sedang menyiapkan majalah di sebuah bangunan dalam kampus. Ceritanya seakan cerita yang biasa aku dengar di menara SAAS UiTM.. Lebih kurang sama kerana Pn. Rohana juga pernah mengalami kisah yang sama. Biasalah ceritanya sangat klise. Hantu yang menyerang Que Haidar di pintu lif pula hantu yang cantik dan tidak seperti hantu. Sekali lagi semua penonton di panggung semalam berdekah ketawa tidak henti-henti.

Bagi aku, kewujudan filem seram adalah untuk memberikan impak ketakutan dan jeritan dan aku faham jika Malaysia menghalang penerbitan filem seram yang terlalu daring atau berani tetapi secara lumrahnya.... Gelak atau ketawa adalah untuk LAWAK maka jeritan, laungan, lolongan terus menjurus kepada SERAM. Tapi bila aksi seram bertemu dengan GELAK.. nampaknya sudah menyalahi hukum alam dan there must be something wrong....

Tetapi itulah yang terjadi pabila aku menontom filem ini. Fasha Sanda beriya-iya mengatakan filem ini filem terbaik yang pernah di lakonkan dan ditonton. Entahlah, di mata mereka memang terbaik kerana sudah mendapat bayaran untuk melakonkan watak yang sangat mudah.

Walau apa pun yang terjadi, filem Jangan Pandang Belakang yang diarahkan oleh Ahmad Idham (betul kot) memang memberikan kesan kepada aku, walaupun tidak menontonnya di dalam panggung wayang. Hanya menontonnya di bilik menggunakan laptop saja. Tapi kesannya, memang menakutkan. Walaupun ceritanya agak klise, tetapi cara pengarah membawa cerita sangat menakutkan. Itulah satu-satunya filem hantu Malaysia yang paling baik dan terbaik pernah aku tonton.

Banyak lagi scene yang seram tapi lawak yang perlu aku rungkaikan tapi kesuntukan masa. Untuk menilai sendiri filem ini, anda perlulah menonton sendiri filem ini. Walaubagaimanapun, tiada bintang yang saya berikan kerana ia langsung tidak mencapai tahap standard yang telah ditetapkan oleh saya sendiri sebagai penyokong filem Malaysia.

Kepada GB, Primeworks, Line Clear dan terutamanya kepada PM Razak, sila cuba lagi ya...
1 Response
  1. Anonymous Says:

    cerita2 PM Razak mmg sgt mmbosankan..


Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers