Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Hish.. Perubahan Drastik.. Apakah...
Saban hari, kadang terleka aku berfikir kenapa ya ada saja perubahan demi perubahan yang di alami masyarakat dunia waima aku sendiri. Mengalami keadaan perubahan drastik (Bukan aku yang melakukannya tetapi menerima tempiasnya) Perubahan yang dirancang, tidak dirancang.. Dan terbahagi kepada dua pula: secara perlahan atau tiba-tiba.

Dan yang TIBA-TIBA itu yang dikatakan sebagai drastik. Kali ini cerita pula perihal perubahan drastik ya.. Sebelum apa-apa.. mari kita selak Kamus Dewan dulu ya.. Drastik bermaksud : keterlaluan, terlalu keras. Maksud frasa di dalam konteks ini merupakan perubahan yang terlalu besar dan mengejut.

Kata-kata Kak Lala yang baru aku kenal semalam,
khaful_zinorro: Drastik itu kan bermaksud secara mengejut.
khaful_zinorro: perubahan drastik.. cam abeed drag..tuh drastik la.

Shahril pula,
Tiada jawapan

Abid berkata-kata,
Abeed da Beedo: bagi aku. seseorg yg menjalankan perubahn yg drastik dia xkan kekal lama.

Aku sendiri di kala ini menerima tempias perasaan mengenai seseorang yang secara tiba-tiba melakukan perubahan drastik. Seperti bersama dengan orang lain tatkala duduk semeja menikmati makanan sambil gelak ketawa.

Aku setuju dengan kata-kata Abid yang mengatakan, masyarakat sekeliling sukar untuk menerima satu perubahan tersebut, tidak kira sama ada perubahan yang baik atau yang jahat. Kerana mungkin terkejut, tersentap dan sebagainya.. Memang benar, aku sendiri tidak dapat menerima perubahan tersebut tetapi hanya dipendamkan dalam hati saja..

Kata abid lagi... Mungkin masyarakat akan menerima jika perubahan dilakukan secara perlahan atau berperingkat-peringkat. Hal ini kerna, memudahkan masyarakat sekeliling untuk mengadaptasikan dalam kehidupan. Sebagai contoh terbaik... Michael Jackson yang menghembuskan nafas nya terakhir Khamis lalu, ramai di luar sana terkejut dengan perubahan industri muzik dunia kerana beliau dikatakan tidak sakit dan masih sihat dan merancang konsert. Jika beliau sakit tenat, tidak hairan lah jika mati secara tiba-tiba.

Pabila dipertahankan hujahnya, aku menerima kata-kata Abid yang mengatakan perubahan yang dilakukan secara drastik tidak akan kekal. Bila direnung kembali, memang ada kebenarannya.. Sebagai contoh terbaik, seorang perokok, jika diminta berhenti dari merokok secara tiba-tiba, sistem badan juga kadang2 tidak dapat menerima perubahan tersebut dan perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Betul kan?

Konklusinya, perubahan kamu itu mungkin akan tidak kekal lama dan aku sangat berharap kamu boleh berubah seperti sedia kala.. supaya keselesaanku bersamamu akan terpatri kembali. Aku berharap tuan empunya diri dapat membaca pos ini supaya kamu tahu perubahan kamu itu membuatkan ku terasa tidak selesa. Tapi persoalannya.. bila saja kamu mahu masuk... Kamu akan masuk? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tunggu dan lihat aja..

ps: Kepada tuan empunya diri, sungguh pelik ya perubahan kamu.

0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers