Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Dalam kenangan: Zaman sekolahku...






Satu hari, aku mendapat jemputan sms untuk berparti dengan rakan-rakan lama di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1 dulu. Memang banyak kenangan di sekolah itu kerana aku salah seorang peneraju arah tuju sekolah tersebut kerana aku merupakan batch pertama sekolah tersebut. 5 Sains 2, kelas yang teakhir aku duduki sebelum duduk dikerusi peperiksaan SPM dan seterusnya meninggalkan sekolah...

Reunion party? Mungkin aku dapat menghadirinya dan mungkin tidak kerana tuntutan tugas hakiki yang perlu aku selesaikan. Sesi kuliah telah bermula dan aku rasa aku tidak dapat hadir ke Parti tersebut. Kirimkan salam aku kepada mereka yang hadir. Walau banyak kenangan, aku memang sudah lupa nama-nama mereka yang berada di sampingku dulu. Tapi mereka sume mengenali aku dengan sifat pelupa itu. Ahakz... memang aku ada masalah mengingati nama dan wajah seseorang.
Logo Sekolah: SMK Puchong Utama (1)

Bagi aku, perjalanan hidup yang penuh pancaroba bermula pabila kaki melangkah ke Sekolah Menengah dan aku rasakan aku lah senior dan aku lah junior. Kerana kami semua adalah batch pertama yang memasuki penggal pertama sekolah pada 5/1/2001. Ketika itu, fasiliti yang ada hanyalah sangat minima, habuk dan debu sudah sebati dengan perjalanan hidup sebagai pelajar tingkatan 1. Masih belum ade logo sekolah, lagu sekolah.. semuanya masih tiada dan En. Mohd Mahmudi Bakri yang dipertanggungjawabkan untuk meneraju sekolah baru ini.

Semuanya masih dalam keadaan daif, Pusat Sumber masih kosong, kantin masih tiada kerusi walau operasinya sudah bergerak menjual makanan kepada pelajar, pejabat sekolah masih lagi menggunakan meja plastik. Tiada sistem siaraya yang bagus, hanya satu buah Amp saja untuk digunakan kala membuat pengumuman. Dinding2 juga masih cantik tanpa apa2 lukisan.

Segalanya dilakukan pantas. Semua fasiliti dilengkapkan dalam masa satu tahun.. Pusat sumber dirasmikan pada bulan Mei 2009. Sistem siaraya dipasang juga untuk memenuhi keperluan dewan, sukan tahunan juga telah diadakan bulan Ogos tanda komitmen sekolah terhadap sukan dan lagu sekolah serta logo sekolah telah dirasmikan dengan jayanya pada bulan Mac ketika Mesyuarat Penubuhan PIBG sekolah.

Aku pula mula aktif dalam pembangunan sekolah dan sama-sama menjadi tunjang dalam pembentukan rohani dan jasmani. Aku merupakan Pengawas Pusat Sumber yang boleh dikatakan mula-mula diterapkan dalam organisasi. Kami sama-sama membangunkan pusat sumber sekolah dengan buku-buku dan bahan-bahan bacaan ilmiah. Sistem paling minima digunakan untuk membangkitkan kesinambungan pembelajaran dan pengajaran telah kami gunakan dengan sebaik mungkin dan akhirnya, kami mendapat tempat ke 18 dari 50 dalam pertandingan Pusat Sumber terbaik, kategori penubuhan baru.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, perubahan demi perubahan yang telah dilakukan dalam masa 5 tahun sahaja. Fasiliti dilengkapkan dan ibu-bapa pula berlumba-lumba untuk memasukkan pelajar ke sekolah ini kerana bolah saya katakan sekolah ini merupakan antara sekolah yang terbaik di Puchong. Keputusan memberangsangkan telah membuatkan nama sekolah mengharumi setiap inci mukim Puchong, lantas aku salah seorang dari penyumbang bauan itu.

Kini, apa yang boleh aku katakan, namamu sekolah tetap menjadi ingatan sepanjang zaman kerana telah membentuk aku menjadi orang yang lebih berguna dan berbakti kepada masyarakat. Sehingga sekarang aku dapat mengiramakan lagu sekolah yang bertajuk Sentiasa Gemilang.

Sentiasa Gemilang

Sentiasa gemilang
Itulah kata-kata hikmat
Pendorong kejayaan
Ke arah capai matlamat

Kami semua sepakat
Bekerjasama gembleng tenaga
Mempertahankan kecemerlang
Mencapai puncak wawasan

Sentiasa Gemilang
Sentiasa Gemilang
SMK Puchong Utama (1)

Dengan semangat dan berkat muafakat
Kami yakin kami boleh
Menjadi warga yang berkualiti
Dan bertaraf antarabangsa

Sentiasa Gemilang
Itu impian itu sasaran
Menjulang namamu sekolah
Ke persada negara

Sentiasa Gemilang
Sentiasa Gemilang
SMK Puchong Utama (1)

Dalam Kenangan: 2001-2009
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers