Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Identiti sampingan MALAYSIA


Seperti yang sedia maklum, Malaysia kala ini sedang dalam usaha untuk mencari identiti yang dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Dari aspek kebudayaan dan adat kaum di Malaysia yang dapat mencerminkan kesantunan dan kegemilangan Malaysia sebagai "Truly Asia".. Semuanya ada di Malaysia.

Itu ialah identiti terbesar Malaysia, yang dapat menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia. Buktinya, rakyat di Malaysia sangat bebas untuk bekerja dan melakukan pekerjaan seharian tanpa ada sengketa. Walau ada sengketa atau perbalahan, itu perkara biasa dan lumrah manusia.

Itu hanya muqadimahnya...

Satu lagi identiti Malaysia yang telah dapat dikesan sekian lama dan acap kali disebut, namun tiada aksi (terjemahan langsung dari perkataan "Action") atau tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib.

Satu situasi... (Terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia)
Semasa di dalam tren, mahu pulang ke Kelana Jaya

Pelancong : Hi. adakah awak orang tempatan

Reezwan : Yeah, saya orang tempatan, apakah yang boleh saya bantu

Pelancong: Saya dari Australia, bolehkah awak tunjukkan saya arah ke KLCC

Reezwan: KLCC, Owh. Awak dah menaiki tren yang salah. Destinasi tren ini ke Kelana Jaya. Awak mesti menaiki tren sebelah sana.

Pelancong: Apa yang mesti saya buat sekarang?

Reezwan: Begini, awak turun di stesen berikutnya (Asia Jaya) dan menaiki tren yang berada di sebelah sana dan turun di Stesen "KLCC". Ia mengambil masa sekitar 20 minit.

Pelancong: Owh begitu. Terima kasih kerana membantu.

Reezwan: Sama-sama. Owh.. awak dari Australia belah mana.

Pelancong: Sydney, tetapi keluarga saya berada di Melbourne.

Reezwan: Owh, begitu... Pertama kali ke Malaysia?

Pelancong: Ya, pertama kali..

Reezwan: Bagaimana keadaan di Malaysia? Baik?

Pelancong: Ya, sangat baik. Rakyatnya peramah seperti kamu. Tetapi saya ingin meluahkan rasa dukacita saya pabila saya melangkah kaki di sini.

Reezwan: (Semakin menarik untuk berbual) Apa dia?

Pelancong: Pabila saya melangkahkan kaki ke KL Sentral selepas turun dari ERL, saya terus ke Tandas Awam dan ia mendukacitakan saya. Tandas awam di KL Sentral sangat kotor.

Reezwan: (Terkesima aku mendengarnya) Ye ker? Saya minta maaf untuk itu. Saya akan membuat aduan mengenai perkara itu.

Pelancong: Tetapi saya sangat menyukai KL Sentral, ia seperti lapangan terbang mini. Sangat bagus (Hanya untuk menyedapkan hati aku kira)

Reezwan: Terima kasih di atas pujian itu. Eh, kita sudah sampai di Asia Jaya. Awak turun di sini dan menaiki tren di platform sebelah ya.

Pelancong: Terima kasih atas bantuan awak ya. Awak sangat baik.

Reezwan: Terima kasih ya (Kami berpisah)



Gambar Hiasan: Stesen Sentral Kuala Lumpur


Minggu lepas, aku hanya singgah di KL Sentral untuk menemui seseorang dan aku tergerak hati untuk melawat tandas yang di katakan kotor itu. Setahu aku, tandas di KL CAT sangat bersih dan aku memang suka untuk memasuki tandas tersebut kerana terjaga kebersihannya tetapi malangnya, tandas tersebut memang kotor dan tidak memenuhi standard kawasan tersebut. Aku sangat terkejut dengan perkara ini. Aku terus membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan KL Sentral.

Hal ini telah mencerminkan rakyat Malaysia memang sesungguhnya tidak pandai menjaga tandas dan pihak berwajib juga tidak mempunyai langkah pro aktif dalam menagangi isu tandas ini dan acap kali disebut dalam persidangan parlimen. Namun, perubahan yang ditunggu hanyalah bagai menanti buah yang akan gugur.

Tapi.. bagi aku sebagai pengguna tandas yang setia, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bertanggungjawab untuk menjaga tandas kita dan menjaga kebersihan sekeliling seperti tidak membuang sampah merata-rata dan sebagainya. Aku juga sangat hairan, bagaimana Singapura dapat membentuk rakyatnya supaya berdisiplin ya.. Ya.. aku tahu, mereka sangat tegas dalam melaksanakan tugas untuk menyaman mereka yang membuang sampah dan sebagainya.

Itulah realitinya.

Dan apa yang aku boleh katakan, identiti Malaysia yang sudah lapuk tetapi masih disebut-sebut... Malaysia mempunyai tandas yang kotor.

Setuju?

Jika setuju, mari sama-sama mengubah persepsi tersebut. Apakah anda sebagai rakyat Malaysua yang tinggi dengan adat dan budaya tidak dapat menjaga tandas dengan baik? Semuanya termaktub dalam hati dan minda anda...Kita harus mengubahnya dan hentikan menuding jari.. 1 jari menunjuk kepada mereka.. 4 jari lagi menunjuk kepada kita sendiri.

Fikir-fikirkanlah..
0 Responses

Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers