Penafian

Semua entri dalam laman blog ini adalah luahan jiwa dan raga semata-mata, tiada kena mengena dengan hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Entri di dalam blog ini tidak sesuai untuk bahan rujukan rasmi dan pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kejadian tembak-menembak, sepak terajang dan tendang-menendang di atas penggunaan bahan dalam laman blog ini. Harap maklum.
Kegunaan sebenar sebuah BLOG



Bermacam kerenah aku lihat kepada penulis-penulis muda mahupun tua yang menjadikan laman blog sebagai wadah untuk meluahkan perasaan kepada umum dan mencurahkan idea, maklumat dan sebagainya. Dan sewajarnya digunakan dengan baik tanpa ada sengketa.

Seperti yang sedia maklum, kewujudan blog-blog ini tumbuh dan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Aku kira satu permulaan yang baik dalam diri masyarakat Malaysia yang sudah mula mahu melontarkan suara mereka untuk ke arah kemajuan. Permulaan yang sangat bagus dalam usaha untuk meningkat kebolehan menulis dan berkomunikasi menggunakan saluran telekomunikasi digital.

Ada juga yang menjadikan blog sebagai diari seharian untuk memudahkan penulis mengimbau masa lepas, apa yang terjadi walau tidak terlalu mendalam. Dan apa yang aku mahu katakan hari ini adalah menggunakan blog untuk melayangkan fitnah dan cacian serta kutukan.

Ramai juga yang menggunakan wadah digital ini untuk tujuan yang tidak sihat, seperti menyebarkan fitnah dan sebagainya. Bayangkan, 1/3 penduduk dunia sudah dikatakan celik internet dan celik teknologi, penyebaran fitnah memang akan berkesan dengan penggunaan saluran ini. Bagi aku, penggunaan akta fitnah yang baru diperkenalkan perlu di laksanakan seberapa ketat untuk membendung gejala ini.

Kutukan dan cacian yang tidak membina yang dilemparkan melalui laman blog juga telah mencemarkan teknologi digital masa kini. Pencemaran seumpama ini yang dikatakan sebagai penyebab pengguna semakin sakit dan tidak sihat dengan wabak penyakit seperti ini. Ini belum lagi dikira kesan yang akan menimpa mangsa yang masih belum terbukti bersalah, alih-alih wajah dan nama sudah dicemari ludah dek penangan kecanggihan teknologi. Bukan tidak boleh jika mahu menegur tetapi rasanya tidak perlu untuk mengaitkan kepada mana-mana nama atau gambar yang boleh mengaibkan.

Tuntasnya, penggunaan teknologi canggih haruslah digunakan sebaiknya dalam usaha untuk meninggkatkan kredibiliti sebagai masyarakat dunia yang bertamadun. Kita sebagai orang melayu juga masih dikandung adat dan budaya yang masih kukuh dan janganlah ia terhakis perlahan walau dengan cara apa sekalipun.

Adat dan Melayu, tidak dapat dipisahkan....

p/s: Reezwanblog masih menyokong Bahasa Melayu..


2 Responses
  1. hudzhulfa Says:

    macam2 fitnah zaman sekarang ni melalui blog...lagi2 dlam politik.. *sigh*


  2. Yup.. itu yang saya cuba perkatakan..


Post a Comment

Makasih sebab comment ya....

  • Jerit-Jerit di Sini

    Adakah rupa baru ini lebih indah, ceria dan membuatkan mata anda terpanggil untuk meminta otak supaya mengawal anda untuk melawat laman blog ini lagi?

    Followers